14/06/2024
Pusat Komersil Seksyen 7 Shah Alam. Tempat di mana saya bermula pada 2015 sebagai subletter penangan baca buku Safuan Infolelong dulu. Sublet kepada syarikat dahulu asalnya sehinggalah demand berubah ke arah yang lebih baik, saya mulakan langkah sewaan per bilik.
1. Maksimum 5 orang per rumah sahaja sejak 2019.
2. Fully furnished unit dengan keperluan asas moden seperti wifi turut disediakan.
3. Sinonim dengan segmen pelajar sebab berdekatan dengan UiTM, tapi yang menariknya individu yang menyewa unit saya 80% adalah golongan muda bekerja. Ada sebab la kan, harga salah satu sebabnya.
Sewaan per bilik ini sejak 2019. Tahun yang sama juga saya menjadi ejen hartanah ketika itu di bawah agensi Mohd Nor & Partners. Salah satu unit sublet saya yang menjadi saya serahkan kepada kawan sebab dia nak cuba. Bagi tester unit yang berkualiti. Kawan sahkan ya betul menjadi. Dan dialah individu pertama yang membeli hartanah dengan saya di lokasi sama.
Kesan dari pembelian dia itulah Alhamdulillah saya terus mengorak langkah menjadi ejen hartanah. Lama juga saya buat jualan offline, kalau kata online pon tak silapnya sekadar di profile Facebook peribadi jela yang exposure sekadar dalam kalangan kenalan di facebook sahaja. Kebanyakannya offline. Dapat unit yang harga ngam terus propose pada mereka yang berminat.
Dekat 40 unit juga jual di sini. Pencapaian untuk diri sendiri la tu. Wakakakaka.
Nah belanja sikit antara unit yang telah dijual, bagaimana keadaan ketika dijual dan bagaimana keadaan selepas pembeli baiki dan jalankan sewaan.
Kalau ada yang berminat mencari unit di sini, boleh hubungi saya di 016-247 2827 dan follow telegram channel saya di t.me/haqimiehasimhartanah