18/07/2022
PENGECUALIAN DUTI SETEM RUMAH PERTAMA
Baru-baru ini, Perdana Menteri umumkan
pengecualian bayaran Duti Setem untuk pembeli rumah pertama
Persoalannya, BERAPA seseorang itu boleh JIMAT ??
Secara amnya terdapat dua (2) jenis duti setem
Duti Setem bagi transaksi harta tanah
-----------------------------------------------------------
Duti ini dikenakan bagi setiap pindahmilik
Hartanah dengan pengiraan berikut:
RM100,000 pertama : 1%
RM100,001 - RM500,000 : 2%
RM500,001 - RM1.0 juta : 3%
Melebihi RM1.0 juta : 4%
Contoh: Jika harga rumah dibeli pada harga RM500,000...duti dikira:
RM100,000 X 1% = RM 1,000
RM400,000 X 2% = RM 8,000
JUMLAH = RM 9,000
Duti Setem bagi dokumen Pinjaman
--------------------------------------------------------
Duti ini dikenakan sebanyak 0.5% x jumlah pinjaman perumahan
Contoh pengiraan :
Harga Rumah : RM500,000
Pinjaman = 90%
Jumlah pinjaman = RM450,000
RM450,000 X 0.5% = RM2,250
Pengecualian Duti Setem
----------------------------------------
a) Pindah milik bagi Rumah Pertama sahaja
b) Pengecualian yang diumumkan:
Harga RM500,000 ke bawah - 100%
Harga RM1.0 juta ke bawah - 50%
c) Tempoh: 1 Jun 2022 - 31 Disember 2023
Harga RM500,000 sehingga 31.12.2025
📢📢📢JUMLAH PENJIMATAN adalah sebanyak RM 11,250
Jimat tak ?? JIMAT. JIMAT. JIMAT
Iyda Harun | REN 52501
http://www.wasap.my/60129897008/terestanjongmalim
Kredit penulis asal :
Pensyarah Bijaksana Sr Idzwan Izuddin Shah