11/10/2023
10 TIPS MEMBELI RUMAH PERTAMA
1) Tentukan Kemampuan Kewangan
“Kalau gaji RM3,000 boleh beli rumah macam mana ni?” Selalunya inilah soalan pertama yang orang akan tanya.
rumah baru, rumah undercon, surat perjanjian jual beli, prosedur beli rumah, proses jual beli rumah, proses beli rumah, cara beli rumah, cara beli rumah pertama, panduan membeli rumah, cara nak beli rumah, tips beli rumah pertama, tip beli rumah baru
Anda boleh gunakan pelbagai kalkulator di Internet untuk menjawab soalan ini, contohnya:
Affordability Calculator: Masukkan gaji serta komitmen bulanan anda, dan anda akan dapat jumlah pinjaman yang berpadanan dengan kemampuan anda.
Home Loan Calculator: Kalau anda dah tahu jumlah pinjaman dan berapa puluh tahun kena bayar, kalkulator ni akan kira berapa banyak anda kena bayar setiap bulan.
Senang cerita, pinjaman rumah anda tak patut melebihi satu pertiga (1/3) gaji kasar.
Jadi kalau gaji anda RM3,000 sebulan, anda tak sepatutnya membayar lebih daripada RM900 sebulan untuk pinjaman perumahan.
Ada banyak kos lain dalam membeli rumah yang anda perlu ambil kira termasuklah bayaran wang pendahuluan/downpayment, kos guaman, duti setem, Memorandum Of Transfer (MOT), dan banyak lagi.
Di sini, kami sediakan beberapa tip untuk berjimat dalam membeli hartanah:
Anda boleh keluarkan duit KWSP (Akaun 2) untuk membantu membayar pinjaman.
Tengok inisiatif kerajaan seperti PR1MA, PPR, RUMAWIP dan Rumah Selangorku.
Kalau anda berstatus bumiputera, perhatikan manfaat seperti lot bumiputera, kuota bumiputera, dan diskaun bumiputera.
Ada sesetengah pemaju yang menawarkan pelbagai pakej, rebat pembeli awal, rebat bumiputera, Internet percuma, perabot dan peralatan elektrik percuma, serta banyak lagi. Jadi jangan segan nak tanya ejen!
Kena munasabah diri akan apa yang mampu anda miliki berdasarkan rezeki bulanan yang anda dapat.
Gaji ni bukan untuk rumah je, tapi nak bayar bila kereta rosak, nak beli lampin dan susu anak, pendek kata semua komitmen kewangan anda.