RMC Props

RMC Props Kepakaran kami adalah menyediakan servis menjual & membeli Hartanah, mencari & menyediakan kedai atau rumah untuk disewa dan mencari tanah untuk JV

[HOUSE FOR SALE][Corner Lot, Double storey, Partial furnished, Putra Heights]Property Type : Corner Lot, Double storey, ...
16/04/2015

[HOUSE FOR SALE]

[Corner Lot, Double storey, Partial furnished, Putra Heights]

Property Type : Corner Lot, Double storey, Partial furnished
Title type : Freehold, Bumi Lot
Bedrooms : 3
Bathroom : 4
Size : 3427 sq.ft.

Easy access thru:-
* Highways - Link to Elite, SKVE, LDP
* Have own highway exit - exit Putra Heights
* LRT - Putra Heights station will serve as an interchange station between the Kelana Jaya extension and the Ampang extension.
* Toll-free road to USJ, Puchong & Shah Alam.

Facilities:-
* 2-4km to Primary & Secondary Schools either at USJ or at Seksyen 27 Shah Alam (Alam Megah).
* 30 mins to KLIA 1
* 26 min to KLIA 2
* 31 min to Putrajaya
* 20 min to Taipan USJ
* 7 min to One City Shopping Mall
* 10 min to Main Place Mall
* 2 km to Giant Hypermarket
* 3 km to Hero Supermarket
* 2.5 km to Bank Islam
* Major Facilities e.g clinics, vaterinars, clean & safe playgrounds, police station, etc (many more, being a property under Sime Darby)
* 1 km to Police Station
* 500m to Pasar Malam & Pasar Ahad
* Food galore - Many cafes, restaurants, Domino's, KFC (Alam Megah)

Outdoor:-
* Spacious parking - can fit in 4 cars at one time
* Fully tiles parking lot/verandah/porch, leaving a small area for garden.
* Small garden - papaya tree, banana, starfruit etc
* Auto gate

Indoor:-
* 3 bedrooms - 1 Large master bedrooms (renovated to combine 2 rooms, become 1 spacious room), 1 medium room and another 1 medium room downstairs.
* Comfy Living hall (upstairs)
* Spacious Living hall (downstairs)
* Dry & Wet Kitchen
* Dining Hall separated with living hall
* Small surau with ablution area & toilet (beside the downstairs living room)

FREE:-
* a very good condition kitchen cabinet (attached)
* 4 fully taken care of Air Conditions. (regular service)

RM 1,300,000 NEGOTIABLE
Please call/whatsapp/SMS for more pictures. 018-399 3960.

[Tanah Sawah GRED AAA untuk di jual!]- Kebesaran tanah ialah 3.4 ekar.- Freehold. Non-Bumi Lot.- Lokasi strategik di Teb...
16/04/2015

[Tanah Sawah GRED AAA untuk di jual!]

- Kebesaran tanah ialah 3.4 ekar.
- Freehold. Non-Bumi Lot.
- Lokasi strategik di Tebok Panchor, mukim Gunung Semanggol, daerah Kerian, Perak
- berdekatan highway utara – selatan di Bukit Merah.
- Hasil padi lumayan! Setahun 3 Kali!
- Tanah ini juga sangat sesuai di jadikan tempat perternakan ikan arowana.
- 8 min = 4.6km ke Bukit Merah Laketown Resort.
- Sesuai dijadikan aset.

Harga : RM 380,000 (Negotiable)

Hubungi/whatsapp segera di : 018-399 3960.

09/01/2015

[ SESAK DUIT??? JOM REFINANCE RUMAH ANDA! ]

Setelah bertahun membayar ansuran pembiayaan perumahan, baki hutang kita di bank sudah pasti akan semakin berkurang. Sekiranya nilai rumah kita (harga pasaran terkini) melebihi baki hutang, maka kita dikatakan mempunyai ekuiti iaitu perbezaan nilai harga rumah dengan baki hutang kita.

Ekuiti kita akan bertambah lebih tinggi lagi sekiranya harga pasaran rumah kita naik. Walaubagaimanapun, ramai pemilik rumah tidak tahu cara untuk menggunakan ekuiti tersebut.

Sebenarnya ekuiti rumah boleh kita gunakan untuk pelbagai tujuan. Cara untuk menggunakan asset tersebuat adalah melalui “cash out” refinance di mana kita perlu mendapat pinjaman baru dan menggunakan rumah tersebut sebagai cagaran.

Kadar faedah atau keuntungannya sudah pasti lebih rendah berbanding pinjaman peribadi.

Salah satu penggunaan Cash Out Refinance adalah untuk tujuan menstruktur kembali hutang-hutang sedia ada . Ini kerana pinjaman perumahan merupakan cara yang baik untuk membayar hutang-hutang lain yang interest tinggi seperti kad kredit.

Kadar faedah untuk refinance adalah lebih rendah daripada pinjaman peribadi dan pinjaman lain. Setelah membayar hutang-hutang lain, kita hanya ada satu hutang sahaja iaitu hutang pinjaman perumahan. Oleh itu proses ini juga digelar debt consolidation (penggabungan semua hutang kepada satu hutang).

Selagi kadar keuntungan sekarang lebih rendah berbanding kadar keuntungan sedia ada yang dikenakan oleh Bank, refinance semula rumah boleh mendatangkan manfaat kepada kita. Duit daripada cash out pembiayaan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti berikut, antaranya:
1. menjelaskan hutang-hutang kita yang berfaedah tinggi seperti kad kredit
2. mengubahsuai rumah dan sekaligus menaikkan lagi nilai rumah kita.
3. membiayai kos pendidikan anak-anak
4. membayar bil perubatan dan rawatan hospital
5. melabur pada pelaburan yang menguntungkan seperti ASB (8%),TABUNG HAJI (6%), FELDA (16%),walhal hanya bayar 4.++% untuk rumah.
5. dan lain-lain.

Hubungi kami untuk consultation percuma.

AWAS: nak refinance pastikan kewangan adalah mencukupi @ komitmen rendah..CCRIS good...

09/01/2015

Assalamualaikum WBT,

Maaf sgt, dah lama tak update page.
Kami betul2 occupied.

Ok, salah satu azam untuk tahun 2015 kami, page mesti active!

Ok dearies, siapa dah mula rasa bahang ekonomi 2015???

[ NAK MASUK TINGGAL CUCI KAKI SAHAJA! ]Ok ok..kami ada good news nak share with all of you, our dearest readers.Rumah un...
19/11/2014

[ NAK MASUK TINGGAL CUCI KAKI SAHAJA! ]

Ok ok..kami ada good news nak share with all of you, our dearest readers.

Rumah untuk DIJUAL !!!

Details:-

Jenis : Semi D Double Storey
Lokasi : Puncak Alam
Title : Leasehold, Bumi Lot
Exterior : Keluasan kawasan-32x60
Keluasan rumah (built up)-22x36
10 kaki extra kawasan tepi.
Interior : Lampu & Kipas remote sudah dipasang.
Lampur dapur dah siap tarik point & dipasang lampu.

Facilities : Berdekatan sekolah rendah & menengah.
Berdekatan UiTM Puncak Alam
Berdekatan Tesco & EconSave
10 min ke Highway Latar
25 min ke Toll Shah Alam (PLUS)
30 min ke UNISEL
25 min ke Bandar Shah Alam
20 min ke Sg Buloh/ Hospital Sg Buloh

Syarat-Syarat: 3% booking & 7% masa sign SNP. Diminta untuk cek dulu loan sblm book sbb cancellation caj akan dikenakan kalau tak jadi proceed.

Price : RM 460k.

Pm/call 018-399 3960 untuk PERCUMA servis permohonan loan ke Bank dan untuk melihat rumah.

[ PAYAHNYA MEMBUAT 'THE CORRECT DECISION' - FREEHOLD KE LEASEHOLD? ]Isu ini dah lama juga dibincangkan. Nak beli freehol...
18/11/2014

[ PAYAHNYA MEMBUAT 'THE CORRECT DECISION' - FREEHOLD KE LEASEHOLD? ]

Isu ini dah lama juga dibincangkan. Nak beli freehold, mahalnyaaa..nak beli leasehold, tak menguntungkan p**a nanti bila dijual semula. Adoii..
Kalau tanya pada kami, freehold ke leasehold..tentulah pilihan kami freehold :D

Tapi persoalannya adakah memang tak digalakkan membeli hartanah leasehold walaupun projek-projek baru di Lembah Klang ini kebanyakan di atas tanah leasehold? Dan hartanah freehold hanya terletak di ceruk-ceruk kawasan yang kita sendiri tak mahu tinggal?

Ok di sini kami sharekan tips untuk anda fikir-fikirkan sebelum membuat keputusan:-

1. Adakah terdapat pilihan lain yang merupakan hartanah freehold ataupun mempunyai pegangan pajakan lebih panjang daripada yang anda ingin beli (dengan bajet yang lebih kurang sama)?
Jika TIADA, maka anda bolehlah pertimbangkan untuk pembelian hartanah leasehold tersebut tetapi dengan beberapa faktor lain yang perlu dipertimbangkan.

2. Jika anda membeli hartanah baru, pegangan freehold dan 99-tahun pajakan tiada jauh bezanya kerana secara logiknya, 99-tahun melebihi purata 1 generasi untuk didiami TETAPI jika anda membeli hartanah ‘second-hand’, maka di sini anda perlu lebih berhati-hati kerana terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan:-

PERTAMA : Semak berapa tahun baki pajakan hartanah tersebut. Kebanyakan hartanah diberikan pajakan 99-tahun (zaman dahulu mempunyai tempoh lebih pendek seperti 60 tahun) dan selepas beberapa tempoh, baki pajakan semakin pendek dan adalah kritikal untuk dipertimbangkan. Jika baki pajakan hartanah tersebut masih mempunyai 75 tahun atau lebih, tidaklah menjadi isu untuk anda meneruskan pembelian hartanah tersebut. Jika kurang daripada tempoh tersebut, anda perlu pertimbangkan faktor berikutnya.

KEDUA : Lokasi hartanah tersebut. Sesetengah hartanah leasehold terletak di kawasan yang strategik dan mempunyai permintaan yang baik terutamanya dari segi penyewaan. Oleh itu, jika hartanah yang ingin dibeli mempunyai baki pajakan kurang daripada 75 tahun tetapi masih melebihi tempoh 60 tahun maka anda masih boleh mempertimbangkan untuk membelinya dengan syarat harga hartanah tersebut secara relatifnya tidak tinggi berbanding hartanah lain di sekitarnya yang mempunyai ciri yang sama, pajakan yang lebih panjang dan/atau lokasi yang lebih baik.

KETIGA : Pajakan kurang 60-tahun. Jika boleh, adalah dinasihatkan anda mencari alternatif lain terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli hartanah jenis ini. Walau bagaimanapun terdapat hartanah di dalam kategori ini yang masih boleh dipertimbangkan pembeliannya kerana faktor lokasi dan bekalan yang terhad. Sebagai contoh adalah rumah banglo di Seksyen 1-5, Petaling Jaya. Walaupun kawasan ini mempunyai baki pajakan yang pendek, permintaan untuk pembelian masih ada kerana faktor tersebut selain harga yang rendah.

Walau bagaimanapun, anda hendaklah mengambil perhatian bahawa sesetengah bank tidak memberikan pembiayaan kepada pembelian hartanah yang baki tempoh pajakannya adalah pendek seperti kurang daripada 50 tahun. Walaupun terdapat sesetengah bank yang lain memberikan pembiayaan, kebiasaannya margin pinjaman adalah rendah seperti 60% atau kurang. Oleh itu, jika anda benar-benar sukakan sesuatu hartanah leasehold yang mempunyai baki pajakan pendek (mungkin kerana rekabentuk, lokasi dsb) maka anda haruslah mempertimbangkan faktor pembiayaan tersebut.

Sebagai kesimp**an daripada penjelasan ringkas di atas maka bolehlah kami katakan bahawa tidak semestinya semua pembelian hartanah itu adalah Freehold memandangkan ianya semakin berkurangan dan harga yang mahal. Jika terdapat hartanah lain di kawasan yang sama dengan ciri-ciri yang sama atau lebih baik disamping harga yang lebih rendah, maka bolehlah anda pertimbangkan pembeliannya walaupun ianya adalah hartanah Leasehold.

Moga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian ini :D

[ LEASEHOLD -VS- FREEHOLD ]Sebelum anda membeli sesebuah Hartanah, pasti anda akan terperasan salah satu dari dua perkat...
18/11/2014

[ LEASEHOLD -VS- FREEHOLD ]

Sebelum anda membeli sesebuah Hartanah, pasti anda akan terperasan salah satu dari dua perkataan ini. Freehold/Pegangan Bebas ATAU Leasehold/Pajakan.

Juga jika anda merujuk kepada geran Hartanah anda, akan ada tertera salah satu dari dua perkataan ini.

Ok hari ini kami kongsikan basic idea & perbezaan asas di antara dua jenis pegangan Hartanah ini.

FREEHOLD / PEGANGAN BEBAS
1. Tanah tersebut dimiliki oleh tuannya.
2. Pegangan atau pemilikan tanah ini berpanjangan tanpa had masa.
3. Tidak memerlukan kebenaran dari Kerajaan Negeri untuk pertukaran Hak Milik.
4. Tidak akan timbul persoalan mengenai had masa pemilikan tanah ketika memohon pembiayaan/pinjaman perumahan di Bank.

LEASEHOLD / PAJAKAN
1. Tanah tersebut kepunyaan Kerajaan Negeri, dipajak atau disewakan kepada pemilik tanah untuk sementara waktu/untuk sesuatu tempoh yang telah ditetapkan. (Biasa dilihat, 99 tahun pajakan)
2. Dipenghujung tempoh sewaan/pajakan tersebut, pemilik sementara tanah MESTI membayar sejumlah wang premium bagi menyambung/menambah tempoh sewaan/pajakan.
3. Memerlukan kebenaran dari Kerajaan Negeri untuk pertukaran pemilikan. (Permohoan dibuat di Pejabat Tanah)
4. Kebanyakan Bank TIDAK AKAN MEMBIAYAI Hartanah jika sewaan/pajakan tersebut kurang dari 30 tahun.

Diharapkan anda sudah dapat sedikit idea ya? :)

p/s: Nanti kami kongsikan Pemilikan Hartanah mana lebih bagus untuk dibeli. Freehold atau Leasehold. Tunggu ya ;)

[ PERLU SANGATKAH REFINANCE RUMAH? ]Artikel yg lepas, kami kongsikan kisah En Akmal. Hari ini kami kongsikan antara seba...
14/11/2014

[ PERLU SANGATKAH REFINANCE RUMAH? ]

Artikel yg lepas, kami kongsikan kisah En Akmal. Hari ini kami kongsikan antara sebab untuk refinance.

1. Mengurangkan bayaran ansuran bulanan.
2. Menikmati kadar faedah yang lebih bagus.
3. Mengurangkan jangkamasa pinjaman.
4. Menyelesaikan hutang-hutang kad kredit.
5. Untuk membuat renovation rumah.
6. Melabur atau membeli amanah saham.
7. Mendapat wang tunai segera untuk pelbagai kegunaan seperti pembelajaran anak-anak, perubatan, membeli Hartanah yg lain & mengerjakan Umrah/Haji.

Hubungi segera untuk khidmat nasihat percuma. 018-399 3960.

[ REFINANCE RUMAH? PERLUKAH? ]Kisah 1 - Kisah En Akmal.Harga barangan semakin naik. Minyak naik cuma 20 sen, tapi susu a...
13/11/2014

[ REFINANCE RUMAH? PERLUKAH? ]

Kisah 1 - Kisah En Akmal.

Harga barangan semakin naik. Minyak naik cuma 20 sen, tapi susu anak naik sampai RM2.00!

En Akmal mula terasa bebanan semakin bertambah dari sehari ke sehari. Tahun depan lahir p**a anak ke-4. Biarpun isterinya bekerja, namun nafkah dan sara diri anak-anak & isteri tetap En Akmal yang jaga.

Prestasi kerja semakin terjejas, dek kerana dua kerja dilakukan oleh En Akmal. Siangnya sebagai Pegawai Permit, dan malamnya berniaga di Uptown. Anak-anak dan isteri mula menagih masa untuk berjalan-jalan dan makan angin, menambahkan rasa tertekan di jiwa En Akmal.

Macam-macam berlegar-legar di fikiran En Akmal. Yang paling difikirkan adalah ansuran bulanan rumahnya yg sudah melebihi 5 tahun, iaitu RM 1,149.00 sebulan. Sangat tinggi baginya yang berpendapatan sederhana! Dan..TIADA wang lebih untuk simpanan hari tua.

Alhamdulillah, En Akmal akhirnya terjumpa dgn iklan kami. En Akmal meluahkan rasa yang ada ketika sesi khidmat nasihat percuma kami. En Akmal memilih untuk REFINANCE rumahnya.

Kini En Akmal cuma membayar RM 713.00 SAHAJA untuk ansuran bulanan rumah dan BUKAN lagi RM 1,149.00. PENJIMATAN sebanyak RM 436.00! En Akmal kini boleh sama ada untuk menabung duit tersebut atau meluangkan masa menghiburkan hati anak-anak dan isterinya.

CONTOH KIRAAN REFINANCE:

En Akmal membeli rumah teres 2 tingkat 5 tahun lepas berharga RM 200,000.00.
Pinjaman perumahan RM 180,000.00,dan BLR dulu ialah 6.00++. Bayaran bulanan RM1,149.00
Baki Pinjaman(Anggaran):RM 150,000.00
Nilai semasa rumah(Anggaran): RM 230,000.00

Kadar interest sekarang adalah SEHINGGA BLR(6.85%) -2.40

- Pilihan 1:
KURANGKAN BAYARAN BULANAN

Pinjaman RM 150,000.00
Bayaran Bulanan RM 796.00(30 Tahun) Atau RM 713.00(40 Tahun)

- Pilihan 2:
PERLUKAN WANG LEBIH

Pinjaman RM 200,000.00
Bayaran Bulanan RM 1,061.00(30 Tahun) Atau RM 951.00(40 Tahun)

- LEPAS REFINANCE
En Akmal boleh KURANGKAN bayaran bulanan atau dapatkan WANG LEBIH (sebanyak RM50,000).

En Akmal memilih Plihan 1. Mahu penjimatan seperti En Akmal? Whatsapp kami di 018-399 3960 atau PM kami segera!

07/11/2014

Kepakaran kami adalah membantu anda memiliki, menjual atau "refinance" Hartanah dengan efisyen dan professional tanpa caj tersembunyi.

Masaalahnya sekarang, ramai yang tidak mengetahui sistem dan jalan yang betul dan cepat untuk memiliki sebuah rumah. Bagi yang mahu menjual rumah, ramai yang tidak tahu cara & lunas yang betul dan pantas untuk menjual Hartanah tersebut. Bagi yg sudah memiliki rumah lebih dari 5 tahun p**a, mereka tidak jumpa atau mengetahui jalan untuk mengurangkan kos bulanan pembayaran pinjaman.

Alhamdulillah, pelanggan-pelanggan kami amat berpuas hati dengan servis yang kami tawarkan. Mereka amat gembira dengan servis kami yang cepat dengan caj servis yang berpatutan. Mereka juga mudah mendapat pembiayaan perumahan di bawah budget mereka.

Kami mengalu-alukan rakan agen untuk bekerjasama dengan kami. Komisyen yang lumayan menanti anda. Segera hubungi kami di 018-399 3960 untuk khidmat nasihat percuma.

Address

Shah Alam
40000

Telephone

+60183993960

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RMC Props posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category