16/08/2016
PERKONGSIAN SEBELUM MEMBELI RUMAH.
Untuk membeli rumah, selain dari memastikan gaji bersih anda layak untuk memiliki sesebuah rumah, anda juga perlu pastikan yang nama anda tidak berada dalam senarai blacklist atau disenarai hitamkan oleh CCRIS mahupun CTOS. Ini kerana keduanya menjadi kunci untuk anda layak membeli sesebuah rumah melainkan anda adalah seorang CASH buyer.
BLACKLIST atau SENARAIHITAM?
---------------------------------------------------------------------------
Ia adalah akibat kegagalan diri sendiri atau orang yang anda jamin untuk membayar balik pinjaman bank atau pinjaman Kerajaan seperti PTPTN atau pinjaman MARA.
Bahkan, ia tidak terbatas setakat di sana sahaja. Anda juga boleh disenaraihitamkan sekiranya gagal menjelaskan hutang kepada Institusi Perniagaan yang menawarkan skim sewabeli. Misalnya pembelian perabot, mesin basuh, post paid telefon dan seumpamanya. Dengan syarat, kes ini telah dibawa ke mahkamah oleh institusi perniagaan terlibat. Jadi berhati-hati dalam pembelian anda.
Anda boleh menyemak sama ada bebas daripada blacklist atau tidak dengan membuat penyemakan sendiri di bank, badan kerajaan atau syarikat terbabit (yang anda ada hutang dengannya).
CTOS (Credit Tip Off Services)
---------------------------------------------------------------------------
Secara mudahnya adalah sebuah badan atau mungkin paling tepat merupakan pengkalan maklumat yang mengumpul data-data saman atau perintah muflis yang dikeluarkan terhadap individu atau syarikat. Pada bila-bila sekiranya terdapat kes-kes saman atau muflis, mereka merupakan antara pihak yang akan dimaklumkan terlebih dahulu.
Bagaimana untuk membuat semakan sama ada tersenarai dalam CTOS atau pun tidak? Anda boleh datang sendiri ke pejabat CTOS atau register sendiri di laman sesawang CTOS
CCRIS (Central Credit Reference Information Systems)
---------------------------------------------------------------------------
Tahukah anda bahawa setiap rekod bayaran terhadap pinjaman, gadaijanji, kad kredit, overdaft atau lain-lain yang anda lakukan setiap bulan kepada mana-mana bank akan mereka hantar ke Bank Negara Malaysia dalam format laporan bulanan?
Laporan-laporan bulanan ini akan di uruskan oleh Jabatan Kredit (Credit Bureau) dan akan dimasukkan ke dalam sebuah sistem pengumpulan maklumat yang dipanggil CCRIS (Central Credit Reference Information Systems). Sistem CCRIS inilah yang dipanggil pengkalan data bersama itu. Mana-mana bank yang berdaftar boleh mencapai maklumat kredit seseorang atau sesebuah syarikat pada bila-bila masa apabila diperlukan.
Maksudnya, tidak kira anda peminjam bermasalah atau tidak, maklumat anda memang sudah sedia ada di dalam sistem CCRIS. Untuk mendapatkan laporan terkini CCRIS anda, kunjungilah BNMLINK di alamat seperti di bawah:-
Ground Floor, D Block, Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur.
Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)
Overseas: 603-2174-1717
Fax: 603-2174-1