13/03/2024
[KEPENTINGAN PERJANJIAN SEWA RUMAH]
Ambil tahu‼️ Mengapa perlu Perjanjian Sewa sebelum menyewa & memberi sewa. Kepentingan yang ke empat biasanya ramai tak jangka akan terjadi.
(1) HAK DILINDUNGI
- Perjanjian Sewa tidak berpihak dan berkepentingan pada satu pihak sahaja. Ia seharusnya telus dan adil bagi memastikan hak kedua pihak antara Pemilik dan Penyewa dilindungi.
(2) JELAS AKAN TANGGUNGJAWAB
- Segala perkara yang dinyatakan di dalam Perjanjian Sewa hendaklah jelas dan difahami bagi kedua pihak antara Pemilik dan Penyewa. Perkara ini sangat penting agar amanah antara keduanya terjamin dan juga dapat mengelakkan perkara-perkara buruk contohnya kelewatan membuat bayaran sewa.
(3) KADAR SEWAAN YANG TIDAK BERUBAH SESUKA HATI
- Segala perincian didalam Perjanjian Sewa akan dinyatakan seperti jumlah kadar sewa bulanan, tarikh mula menyewa, kadar bayaran 'security deposit' dan banyak lagi. Jelas dan nyata bahawa Pemilik tidak boleh sewenang-wenang nya menukar kadar sewaan sesuka hati.
(4) BUKTI HITAM PUTIH
- Perkara-perkara yang berlaku diluar jangkaan biasanya tidak dapat dikawal dan di uruskan dengan baik melainkan dengan merujuk kepada Perjanjian Sewa untuk memastikan hak masing-masing. Dengan adanya Perjanjian Sewa, tindakan undang-undang boleh dibuat jika perlu.
****
Sekiranya anda perlu servis dan khidmat ini, kami sedia membantu.
Tekan link untuk dapatkan Kontrak Perjanjian Sewa
https://NakPerjanjianSewaRumah.wasap.my
https://NakPerjanjianSewaRumah.wasap.my
https://NakPerjanjianSewaRumah.wasap.my