Resepi Masakan Mamak Haji

Resepi Masakan Mamak Haji tribute page to mamak haji yang telah meninggalkan kita semua. innalillahiwainalillahirajiun..

semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga ilmu yg dikongsi sebagai pahala yg berterusan untuk Mamak Haji.

RESEPI: SUP KAMBING MAMAK PENANG.Salam kali ini mamak haji ingin mempertengahkan sup kambing berempah mamak penang seper...
07/11/2024

RESEPI: SUP KAMBING MAMAK PENANG.

Salam kali ini mamak haji ingin mempertengahkan sup kambing berempah mamak penang seperti diminta.

Sebenarnya sup kambing ini ada berbagai-bagai variasi. Rasa Sup kambing ini akan berbeza di antara satu restoren ke restoren mamak yang lain. Perbedzaan yang ketara sup mamak ini ialah sup ini kepekatan dan berasa rempah segar dari sup biasa yang cair dan tidak berperisa rempah.

Ramai juga tanya kenapa sup mamak ini pekat wal hal sup yang dibuat kita tidak jadi pekat. Jawapannya mudah, tanya mamak yang jual sup pekat itu, berapa lama sup itu berada dalam periok?. Sebenarnya bukan kerana mamak-mamak ini s**a recycle tetapi rahsianya terletak pada cara mereneh/ simmering sup tersebut. Seperti mamak haji terangkan, setiap sup perlu di reneh bukan mendidihkan sampai kering kontang air supnya. “Reneh” atau simmering akan melikatkan sup kerana ‘collegen‘ yang terdapat dalam tulang dan isi daging kambing itu akan pecah dan bertukar menjadi “Gelatin”. Geletin ini adalah pemekat sup tersebut. Gelatin juga digunakan dalam proses membuat ais krim dan juga pembuatan coklat. Maka awaslah gelatin ini. Kalau ternakan yang tidak sembelih, sekiranya bahagian tulangnya dijadikan untuk proses membuat gelatin, ia adalah HARAM bagi orang Islam. Gelatin yang paling murah ialah Gelatin yang dihasilkan oleh haiwan kulit dari “Khinzir”. dibawah permukaan kulit khinzir mempunyai paling banyak gelatin. Maka mamak haji peringatkan umat Islam yang melawat ke luar negara berjaga-jaga dengan bahan gelatin yang terdapat dalam makanan terutamanya Coklat-coklat buatan luar negara. Di Pelabuhan Bebas Cukai Langkawi banyak terdapat Coklat-Coklat yang di import seperti ini. Sebelum membeli tentukan baca dulu bahan-bahan yang digunakan untuk pembuatan coklat ini.

Maka masak sup mestilah masak dengan cara reneh atau simmering. Inilah rahsianya sup mamak dan bukan tambah tepung atau ada rahsia keturunan mamak..hahahaha!.

Cara reneh sup ialah, bila sup mula mendidih, perlahankan api dapur dan biar sup reneh selama sekurang-kurangnya 1-2 jam.

Jangan lama sangat nanti bau haruman rempah dan rasa sup akan berubah. Reneh bermaksud anda boleh nampak gelembong udara yang halus dihasilkan dari bawah sup tersebut, sekiranya mendidih gelembong udara besar dan cuma dihasilkan di atas paras sup dengan banyak. Banyak kali mamak haji terangkan mengenai simmering digunakan dalam masakan seperti masakan kurma atau kari.
Ini adalah cara asas buat sup jenis apa saja. Tetapi kita selalunya silap dengan mendidihkan sup sehingga gelatin hancur berkecai. Maka sup kita cair. Aroma sup perlu menyelerakan maka dengan menitik-beratkan, kita perlu tambah bawang, berbagai-bagai rempah-rempah dan juga karot. Tujuan kita masukkan tomato dalam sup cuma menjadikan sup keasidan (asid) untuk mempercepatkan masa untuk masak urat dan tisu sambungan tulang supaya ia terlerai dengan mudah.
Dengan sebab itu bila gunakan tomato dalam masakan sup. Dalam masakan lain kita sering gunakan cuka, limau, asam jawa sebagai ajen asid. Bila gunakan asid dalam masakan, jangan sesekali gunakan periok aluminium atau kuali aluminium untuk menyediakan masakan kerana bahan logam Aluminium akan bertindak-balas dengan bahan asid (acidic). Bahan yang hasil dari tindak balas logam aluminium dengan asid amat berbahaya untuk kesihatan seperti aluminium oksida. Kepada suri rumah janganlah gunakan bekas-bekas yang diperbuat dari logam aluminium. Tukarkan kepada stainless steel walau pun ia mahal sedikit tetapi akan memberi manfaat untuk kesihatan keluarga.

Ada juga yang masukkan ubi kentang dalam sup, pandangan mamak haji ubi kentang ini akan menyerapkan segala rasa dan aroma yang ada dalam sup tersebut. Terp**ang pada anda sekiranya anda minat kat ubi kentang untuk jadikan mata anda kelihatan biru seperti mata omputih tak salah bukan?.hahahaha!. Sebenanya mamak haji igin nak terangkan cara asas menyediakan, “stock”, “broth” dan “boulion” dalam masakan. Tapi lain kali sajalah. Kalau terangkan ini, lagilah berjela-jela posting ini. Untuk berniaga daging kambing perlu diasingkan dari supnya setelah masak dan jangan reneh terlalu lama. Air sup itu gunakan tulang lebih sesuai.

Mengasingankan daging kambing dari sup bukan saja elakan daging berkecai dalam sup tetapi ia memudahkan untuk s**atan dan juga air sup boleh panaskan dan tidak perlu risau isi daging kambing terlerai atau hancur. Masukkan daging kambing dalam mangkuk hidang, tuang saja kuah sup kedalam mangkuk sup. Bawang goreng dan daun sup boleh ditaburkan diatas.

RESEPI SUP REMPAH MAMAK PENANG:

BAHAN-BAHAN:

500gm Daging kambing.
1kg tulang kambing dijadikan “broth” atau air rebusan untuk sup.
4 biji bawang labu sederhana besar. Perlu dikisar halus.
2 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih / 5 ulas bawang putih dan 2 inci halia.
2 keping kayu kayu manis (2″).
5 biji buah pelaga.
3 kuntum bunga lawang (star annise).
1/2 sudu (tsp) kecil garam masala (kalau ada dalam simpanan kalau tiada tak apa).*
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk lada sula.*
1 sudu besar serbuk jintan putih (cu**in powder).*
1 sudu besar serbuk ketumbar (corriander powder).*
3 pokok daun ketumbar, kalau baunya tak s**a gunakan daun sup saja.
2 pokok daun bawang dihiris halus untuk dihiaskan ke atas sup.
Bawang goreng untuk hiasan juga.
Garam secukup rasa.
Nota: Tanda (* ) bermakana rempah-rempah ini perlu disediakan dengan goreng kering dan dikisar halus supaya ia lebih harum dari rempah yang belum digoreng kering. Sekiranya anda tidak mempunyai rempah tersedia, gunakan saja rempah kurma 150gm. Kalau tidak ada rempah kurmak gunakan rempah sup adabi, mamak haji rasa rempah sup adabi tersedia bahan-bahan rempah-rempah yang mamak haji sebutkan tetapi baca dulu air yang perlu digunakan. Semoleknya sediakan rempah sup anda sendiri sekiranya ingin rasa sup mamak yang klasik yang segar.

CARA PENYEDIAAN:

1. Seperti mamak haji terangkan kelazatan sup ini banyak bergantung kepada penyediaan “broth”. Basuh tulang-tulang kambing. Sediakan sebuah bekas, hidupkan api dapur dan masukkan tulang kambing. Kacau rata tulang-tulang ini supaya ia sedikit terbakar melalui kepanasan bekas merebus. Masukkan 3 liter air kedalam bekas rebusan tulang. Masukkan satu batang celeri telah dihiris dan hirisan 1 biji carrot kedalam air rebusan tulang. Jangan masukkan garam. Biar air rebusan ini mengelegak. Bila air mula mengelegak, perlahankan api dan biar ia direneh selama 1-2 jam. Semasa reneh tutup tudung periok. Selepas dua jam tutup api dan sejukkan. Tapis airnya dan simpan untuk membuat sup. Ia juga boleh disimpan dalam peti sejuk selama seminggu. Sebelum anda buat sup eloklah disediakan air rebusan ini

1. Panaskan bekas buat sup, dan masukkan air rebusan tulang tadi dengan menapis airnya, masukkan Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. mas**an halia bawang putih. Masukkan rempah serbuk seperti serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar.

2. Masukkan air bawang yang telah kisar. Masukkan daging kambing yang telah bersihkan dan saiz yang anda kehendaki.

3. Biarkan sup mendidih, selepas mendidih perlahankan api dapur dan direneh sehingga daging kambing masak. Masukkan garam dan rasa apa yang tak cukup atau terlebih, ia sungguh mudah untuk kita mengubah mengikut selera kita sendiri.

Nota: kalau diperhatikan mamak haji tidak tumis perencah-perencah sup ini. walau pun ramai yang menumis dahulu sebelum masukkan dalam sup. Seperti mamak haji katakan variasi membuat sup ini berlainan. Bila kita tumis kemungkinan bau haruman akan semerbak didapur dan tetapi bukan dalam sup.

4. Sup kambing perlu dijamu semasa supnya masih berada dalam keadaan panas. Taburkan daun sup dan bawang goreng keatas sup yang dihidangkan. Ia amat lazat sekiranya di makan bersama Roti Benggali. Sup kambing rempah mamak ini sesuai dihidangkan semasa cuaca sejuk kerana ia akan memanaskan tubuh badan kita serta merta. Ia juga amat sesuai untuk suri rumah yang dalam pantang selepas bersalin. Semoga dapat cuba resepi ini dan perelokan lagi mengikut cita rasa anda sendiri. Mamak haji memberi penerangan berjela-jela ini supaya anda faham dan membolehkan anda cipta resepi sendiri mengikut selera anda.

Selamat mencuba.

NOTA:

*** Nak sup sedap kena cari kambing tempatan kerana kurang lemak dan kandungan collegen di tulang tinggi. Garam masala itu sendiri sudah sedia ada daun salam India. Tentang gunakan kas-kas perlu cermat kerana selalunya ia jadikan masakan kita pahit jika tidak digunakan dgn cara betul. Kas-kas ini boleh digunakan sebagai pemekat tetapi perlu hati-hati penggunaannya. Banyak negara telah haramkan kegunaan atau import kas-kas ini seperti negara Singapura. Kalau berniaga mamak rasa ia ok..mungkin pelangan akan ketagih seperti beratus panjang dlm embun jantan pagi berjam-jam. Untuk keluarga mamak haji rasa tak payah kot?. Kalau kari cuma gunakan daun kari, kalau kurma atau masakan beriani boleh gunakan daun salam India. Mamak haji rasa untuk bau haruman untuk kari gunakan daun pandan, serai dan daun pudina lebih bangkitkan bau harum kari.Sup gunakan daun ketumbar kerana sup mesti berwangi dengan ketumbar sebagai bahan asas rempah sup.Tanpa bau haruman ketumbar ia bukan sup. Garam masala buat sendiri lebih wangi dari dibeli dikedai kerana yg jual itu nak untung tinggi maka kualiti rempah yg baik harganya tinggi maka kita tidak akan dapat kualiti garam masala yang baik.

*** Memang tepat sesuatu masakan perlu dicuba dua atau tiga kali..kali keempat kalau tak jadi maknanya penulis resepi tidak memberikan maklumat yg betul atau resepi yang salah.
Tentang ubi kentang tambahkan dlm sup memang boleh terutama ada juga jenis sup masakan barat atau masakan Cina gunakan ubi kentang sebagai bahan utama dalam sup mereka. Bagi sup mamak, biasanya tidak gunakan ubi kentang kerana ubi kentang ini bersifat menyedut segala rasa dan haruman sup mamak yang menggunakan asas rempah. Sekiranya anak-anak kita s**akan ubi kentang dan s**a menjamah sup, kurangkan rempah (mild) dalam masakan sup, cairkan sedikit dan boleh ditambah ubi kentang. Kuah pekat sup cuma untuk dicicah dan makan dengan roti benggali amat bersesuaian.

*** Resepi boleh juga untuk sup ayam..dalam masakan mamak yg gunakan rempah Daging kambing, lembu dan ayam sama saja tetapi untuk masakan hasil laut (sea food) lain jenis rempah. Masakan ketam,udang, sotong atau ikan biasa adunan rempah lembut dan warnanya kekuningan sikit. Bila beli rempah yg tersedia kena pastikan dengan label. Terima kasih. Wassalam.

*** Bila kita nak buat sup, kita perlu ada asas sup atau ibunya atau dalam bahasa omputih digelar stock. Biasanya ibu sup ini di sediakan melalui renehan dulu selama 1-2 jam dgn berbagai bahan seperti karot, bawang, bawang putih, halia, batang saderi atau rempah yg kita s**a. Bila dah siap kita perlu tapis renehan. Hasil tapisan itu di gelar stok sup. Ok, kadang kita malas memelih utk mereneh kita segerakan dgn menggunakan stok maggielah dan mcm-mcm. Kadang kita juga tak reti nak guna rempah apa utk sup, maka syarikat adabi ada keluar sup buyot atau rempah dikat dengan kain. Mereneh rempah utk stok perlu diikat dgn kain.

Dgn hanya gunakan rempah sup buyot saja sup anda tidak akan sedap..maka itulah sebab masakan kita sayur atau pun masakan lain tak sama dgn kedai makan tom yam. Kita datang p**a dgn masalah rempah sup yg serbuk ini. semua rempah-rempah sudah tersedia utk membuat sup dlm bungkusan ini. anda tak perlu cari rempah seperti serbuk jintan putih, lada, atau pun serbuk ketumbar..cuma tuang saja rempah ini dlm stok sup anda sudah cukup. Cuma mamak haji ingatkan serbuk ready made ini perlu bancuh dgn air sebelum tuang dlm stok anda kalau tidak ia akan bergentel dan terapung di atas permukaan sup. sekian wassalam.

*** Kambing sudah cukup lemaknya dan minyak. Tak perlulah kita tumis. Macam masak lemak cili padi, ada yg tumis dan ada yg masak gitu saja.

*** Biasanya masakan mamak ini tidak gunakan air untuk masakan tetapi gunakan bawang sebagai air atau kuah. Bawang di blender dengan air dan dikisar halus..tidak perlu tapis kerana bawang ini akan hancur dalam masakan dan berikan kuah atau sup yg pekat dan beraroma. Dalam pembuatan “stok” ‘ala barat gunakan bawang sebiji atau emapatkan utk dapatkan aroma bersama karot, celery dan herba barat yg dibunjutkan tetapi dalam masakan mamak p**au pinang..dikisar halus saja.

RESEPI: AYAM VARUVAL (Resepi Dari Tamil Nadu, India)Bahan-Bahan yang diperlukan:1 kg ayam kalau boleh buang kulitnya dap...
30/09/2024

RESEPI: AYAM VARUVAL
(Resepi Dari Tamil Nadu, India)

Bahan-Bahan yang diperlukan:
1 kg ayam kalau boleh buang kulitnya dapatkan isi di sinkir tulang. Tapi dengan tulang dan kulit pun boleh juga tapi potong kecil..kalau 1/2 ekor ayam potong dalam 10 bahagian.

Bahan untuk peram isi ayam:

2 atau 3 sudu besar rempah kari ayam.
2 sudu besar jus limau nipis.
1 sudu besar pes halia bawang putih.
1 sudu kecil garam atau cukup rasa.
1 sudu kecil garam masala.
Adunkan semua bahan itu perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit.

Bahan-bahan untuk menumis:

4 sudu besar minyak masak.
1 biji bawang labu merah dihiris halus.
1 sudu besar pes halia bawang putih.
4 tangkai cili kering dipotong dua.
2 kpg. kulit kayu manis.
2 kuntum bunga lawang.
3 kuntum cengkih.
4 biji buah pelaga.
15 helai daun kari.
1/2 sudu kecil biji jintan putih.
1 sudu kecil serbuk cili – boleh tambah kalau tambah pedas.

CARA-CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan kuali dan masukkan 4 sudu besar minyak masak dengan api dapur sederhana.

2. Masukkan hirisan bawang, goreng sehingga warna bawang bertukar kepada kuning keemasan, masukkan pes halia bawang putih. Goreng hingga bau aromanya naik, seterusnya masukkan cili kering, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, biji jintan putih dan akhir sekali masukkan daun kari dan juga serbuk cili. Serbuk cili jangan sampai hangus p**ak.

3. Masukkan segera perapan isi ayam dalam tumisan tadi. Adunkan sebatian ayam dengan segala rempah-rempah tadi. Kecilkan api dapur supaya rempah tak hangus dan biarkan air dari isi ayam keluar. Tutup dengan penutup kuali untuk air dari isi ayam dapat dikeluarkan. Kalau isi ayam saja anda masak memadai selama 10-15 minit isi ayam itu akan masak. Tetapi gunakan ayam bersama tulang biar dalam masa 30 minit untuk masak dengan tudung tertutup. Dalam proses masak ini anda perlu kacau selalu setiap 5 minit supaya tidak menjadi kerak. Dalam proses ini sekiranya masakkan anda kering sangat tambahkan sedikit air dalam tiga sudu besar untuk ketulan ayam masak sempurna.

4. Selepas agak ketulan ayam anda telah masak, buka tudung dan masak lagi 10 minit untuk proses kekeringan. Sekiranya minyak telah terhasil di sekeliling masakkan anda maknanya “varuval” anda telah sempurna. Tutup api dapur dan hidangkan dengan hirisan daun ketumbar jika anda s**a.



Photo: mamak haji

RESEPI: AYAM MASAK ROS MAMAK PENANG.1 ekor ayam (1.6 – 1.8kg). Bersihkan. Potong 10 bahagian kalau nak berniaga / Potong...
30/09/2024

RESEPI: AYAM MASAK ROS MAMAK PENANG.

1 ekor ayam (1.6 – 1.8kg). Bersihkan. Potong 10 bahagian kalau nak berniaga / Potong 12 utk masak sendiri.
1/2 Tin ( bersaiz 225gm) “Kimball Sup Tomato”.
3 sudu besar tomato puri/ 1 tin kecil.
1/2 Tin Susu cair/sejat.
1 helai pandan dipotong 2″ panjang untuk tumis bersama.
2 biji bawang besar dihiris *memanjang (cara nasi kandar).
2 btg. kayu Kayu manis berukuran 2″ panjang, 3 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga dan 5 kuntum cengkih untuk menumis.
1 Senduk minyak masak untuk menumis dan minyak yang secukup untuk mengoreng ketulan ayam.
1 sudu besar (tbsp) serbuk jintan putih.
1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan manis.
1 sudu kecil kas-kas (tidak kemestian),
1 sudu kecil garam masala.
2 sudu besar serbuk cili ( ikut kepedasan anda perlukan).
Sedikit perwarna merah oren jika anda gagal dapatkan warna kemerahan. Biasa cili merah ini berbagai jenis kadang-kala kita tak dapat warna yang dikehendaki.
100gm santan pekat tidak kemestian.
2 sudu besar buah badam direbus dan dikisar halus.
1 sudu besar pes ahlia bawang putih.
Garam secukupnya rasa. Sedikit daun pudina atau daun saderi dan bawang goreng untuk dihias atas hidangan.

BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR:

10 biji cili merah atau 15 tangkai cili kering direbus dan dikisar.
1 batang karot.
1 biji tomato.
1 biji bawang labu besar.
1 inci Halia.
5 ulas bawang putih
100gm biji badam direndam air panas, dibuang kulit dan dikisar halus.
*Sekiranya anda punyai pes bawang putih halia gunakan 2 sudu besar. Tak perlu gunakan Halia dan Bawang putih.

CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan ketulan ayam. Mas**an garam dan sebuk kunyit. Gorengkan ketulan ayam itu sehingga 3/ 4 masak sahaja. Ayam gorengan yang garing menjadikan ketulan ayam keras dan s**ar rempah untuk menyalutinya. Sekiranya menggunakan ayam kampung disyorkan tidak perlu digoreng.

2. Kisar bawang, halia, dan bawang putih dan asingkan.*

3. kisar karot, tomato dan bersama cili hidup dan asingkan.

4. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak (minyak berlebihan gorengan ayam tadi boleh digunakan). Mas**an rempah ratus kayu manis dan serai dan daun pandan. Apabila bau harum mula dikeluarkan mas**an hirisan bawang besar. Tumis sehingga bawang bertukar warna keemasan (jangan hangus).

5. Mas**an kisaran bawang+bawang putih+Halia, tumis sektika hingga naik baunya, masukkan kisaran tomato+cili+ carrot dan juga biji badam yg telah dikisar. Masukkan sup tomato dan tomato puri dan juga susu sejat.Tumiskan sehingga bahan gorengan ini keluarkan bau haruman dengan api yg perlahan (ini amat mustahak supaya kuah ayam masak merah tidak berbueh semasa dihidangkan).

6. Mas**an serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis. Anda perlu adunkan sedikit utk jadikan pes supaya serbuk tidak menjadi ketulan terapung.

7. Bila kuah mula pecah minyak mas**an 100 gm santan pekat.

8. Mas**an gula, dan garam secukup rasa.

9. Biarkan sebatian mendidih. Mas**an ketulan ayam yang telah digoreng. Kacau rata kuah supaya tidak hangus dan kuahnya sebati dengan ketulan ayam. kecilkan api apabila kuah mendidih (biasa 15min.- 20min sudah memadai). Apabila kuah pecah minyak, bolehlah dikeluarkan untuk hidangan. Hidangkan dengan daun pudina dan bawang goreng (siap) di atas hidangan bagi menambahkan lagi bau yang harum.

Nota/tips:

1.Fuuuh, banyaknya ramuan ..hahaha. Sebenarnya masakan nasi kandar ini memerlukan bahan masakan yang banyak tetapi seperti disiri-siri resepi mamak…perhatikan bawang adalah kegunaan utama. Bagi pengetahuan saudara-saudari masakan nasi kandar tidak menggunakan air untuk menambahkan kuahnya atau pun cairkan. Bawang yang dikisar dengan air menjadi kuah masakan maka seperti mamak cadangkan 50% air dan 50% bahan kisaran sudah memadainya. Sekiranya anda nakkan cair bolehlah tambah airnya.Tetapi perlu ingat kuah nasi kandaq mamak yang sedap kerana kuahnya likat melekat…sebab itu mamak haji tambah karot dan biji badam dlm resepi ini. kalau ayam masak merah ditambah cili sos dan tomato sos..untuk kelikatan hasil dari tepung jagung yg digunakan utk buat kedua-dua sos ini. Kelikatan kuah masakan nasi kandar pekat likat dan baunya harum sehingga 1km boleh berbau.Tangan yang dibasuh selepas makan masih boleh bau rempahnya sekra menggunakan rempah yang baik. Jangan sekali tambahkan air sejuk kepada kuah yang sedang mendidih ini akan mengakibatkan air tidak akan sebati dengan kuah dan terapung dipermukaan kuah nanti. Dalam bulan ramadan maka kalau buat itu sedekah-sedekahkan pada jiran tetangga. kerana tetangga semua tertanya-tanya apakah hidangan yang anda sedang dimasak…hehehe… Kalau sekali tak jadi cuba lagi perbetulkan resepi sendiri. Selamat Mencuba…


Photo google

RESEPI NASI KANDAR: NASI DALCA MAMAK HAJI PULAU PINANG.Untuk Hidangan 6 - 8 Orang.BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:1 1/2 cawa...
30/09/2024

RESEPI NASI KANDAR:
NASI DALCA MAMAK HAJI PULAU PINANG.

Untuk Hidangan 6 - 8 Orang.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

1 1/2 cawan basmathi.
1/2 cawan kacang dal / paruppu.
2 sudu besar (tbsp) minyak sapi tulin.
1/2 sudu kecil (tsp) biji jintan putih atau Jeera.
1 sudu besar (tbsp) puri tomato.
5 kuntum bunga cengkih.
1 dengan ukuran panjang 1 inci keping kayu manis
2 helai daun salam India/beriani.
3 biji buah pelaga.
1/4 sudu keci (tsp) serbuk lada hitam kasar.
1/4 sudu kecil serbuk kunyit.
1 biji bawang labu besar dihiris halus.
1 sudu besar pes halia bawang putih.
1/2 sudu keci (tsp) serbuk ketumbar.
1/2 cawan mix.vege / kacang campur.
5 cawan (cup) air.
Bawang Goreng dan Daun pudina untuk hiasan.
Garam dan gula secukup rasa.

CARA MEMASAK:

Basuh beras dan kacang dal. Rendamkan bersama 20 -25 minit.

2. Panaskan periok nasi, masukkan minyak sapi dgn satu sudu minyak masak (minyak masak untuk mengelak minyak sapi mudah terbakar). Bila minyak mula panas masukkan biji jintan putih. Masukkan Goreng beberapa saat tapi jangan sampai hangus. Mas**an kayu manis, bunga cengkih, pelaga, tumis sehingga keluar baunya. Mas**an pes halia bawang putih dan tumis sehingga baunya naik.

3. Masukkan hirisan bawang dan goreng sehingga warna hirisan bawang bertukar kepada warna kuning keemasan. Masukkan serbuk kunyit dan adunkan dengan bawang yang sedang goreng. Mas**an kacang campur/ mix vege. Sekiranya anda gunakan mix vege yg sejukbeku/ frozen, Tentukan ia dimas**an dalam air panas dan toskan. Masak mix vege itu 3 minit dengan tutup tudung periok nasi.

4. Buka tudung periok masukkan satu sudu puri tomato, gaulkan dengan rata. Anda perlu lakukan semua ini dengan api dapur yang minimum. Jangan sampai adunan ini terbakar.

5. Toskan beras basmathi dan kacang dal yang telah rendam. Adunkan adunan di atas dengan beras dan kacang dal. Mas**an serbuk lada hitam, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar dan garam masala, garam dan gula. Adunkan dengan sekata semua bahan-bahan rempah.

6. Masukkan 5 cawan air dalam campuran tadi. tutup tudung periok dan masak dengan api sederhan kecil. Masa yang diambil nasi anda dan masak oalah 20 -25 minit. Hidangkan nasi ini dengan dihias bawang goreng dengan daun pudina. Ia juga boleh makan bersama salad timun dicampur dengan yogurt asli dan juga sebarang lauk ayam. selamat mencuba.

Photo dari google

RESEPI IKAN BAKAR PARI BERSAMBALBahan-bahan diperlukan:3 keping ikan pari (basuh bersih dan peram dengan sedikit jus lim...
30/09/2024

RESEPI IKAN BAKAR PARI BERSAMBAL

Bahan-bahan diperlukan:
3 keping ikan pari (basuh bersih dan peram dengan sedikit jus limau nipis dan garam selama 30 minit…lepas itu basuh kembali dan toskan).

5-6 helai daun limau purut (keluarkan tulang tengah)..hiris halus untuk taburkan di atas ikan.

1/2 cawan (8 sudu besar) minyak bawang putih. Minyak bawang putih disediakan dengan panaskan sederhana 1/2 cwn minyak masak, bila minyak agak panas sederhana masukkan 5-7 ulas bawang putih yang telah ketuk. tutup api dapur dan biarkan minyak itu sejuk.

Daun pisang secukup – perlu balut dibawah dan atas ikan.
Aluminium foil untuk elak api sambar daun pisang.

Penyediaan Sambal :
Bahan-bahan diperlukan:

15 tangkai cili merah kering (kerinting) dipotong dan direbus untuk lembutkan. Kisar halus dan asingkan.
5 tangkai cili merah segar, dihiris kasar*
7 tangkai cili padi (terp**ang kepedasan yang diperlukan)*
10 biji bawang merah kecil @ 3 biji bawang labu sederhana besar.*
1 inci panjang kunyit hidup.
1 inci lengkus.
3 batang serai hiris ambil putih saja.
1 sudu kecil belacan*.
3-5 biji buah keras*
1 sudu besar gula pasir.
Garam secukup rasa.
2 sudu besar jus limau nipis / kasturi.
Nota: Semua bahan-bahan bertanda* dilayukan dengan sedikit minyak dalam kuali dan kisar halus.

Cara Penyediaan Sambal:
1. Masukkan 3 sudu besar minyak dalam kuali, bila minyak mula panas mas**an cili kering kisar yang ditepikan. Masak sehingga pecah minyak.

2. Bila cili kering mula pecah minyak masukkan semua bahan-bahan yang telah kisar bertanda*. Masak sehingga pecah minyak atau minyak mula timbul disekeliling sambal.

3. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Matikan api dapur dan akhir sekali masukkan jus limau nipis. Sejukan. Sambal anda telah tersedia.

Cara Menyediakan ikan bakar:
1. Ambil sehelai daun pisang yg bersesuain saiz untuk ikan. Percikan sedikit minyak bawang putih tadi..sapukan sambal yg telah sediakan. tempatkan ikan itu atas sambal.
2. Seterusnya di atas ikan itu sapukan sambal sekali lagi di atas ikan itu dan percikan sedikit minyak bawang putih. Seterusnya lapiskan sehelai lagi daun pisang. Bungkus kemas ikan itu

Photo: mamak haji

Resepi Kurmak Ayam Ala Nasi KandarBahan-Bahan:1.8 kg Ayam Dibuang Kulit (Potongan 12).1 Sudu Besar halia yang ditumbuk l...
30/09/2024

Resepi Kurmak Ayam Ala Nasi Kandar

Bahan-Bahan:

1.8 kg Ayam Dibuang Kulit (Potongan 12).
1 Sudu Besar halia yang ditumbuk lumat.
5 Ulas Bawang Putih ditumbuk lumat.
4 Biji Bawang Besar dihiris halus.
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis.
1/2 sudu teh serbuk kunyit.
1 sudu teh serbuk lada hitam.

* Campuran Rempah garam-masala untuk menumis ( 4 biji buah pelaga, 3 keping kayu manis panjang 2″, cengkih 4-5 biji).

3 sudu besar buah badam yang dikisar lumat (buang kulit dengan direndam dengan air panas 15 minit)

Yogurt (tairu) asli yang telah dipukul supaya cair.

100 gm perahan Santan pekat.

daun ketumbar satu pokok yang dicincang.

3-4 biji cili hijau.

Daun kari.

Garam dan minyak untuk masak.

Cara-cara memasak:

1. Bersihkan ketul-ketul ayam dan gaulkan dengan Halia, bawang putih, garam, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, serbuk lada hitam dan tairu atau yogurt. Perapkan selama 2 -4 jam atau pun semalaman di peti sejuk.

2.Panaskan periok dan mas**an minyak. Bila minyak mulai panas masukkan campuran garam masala, hirisan bawang, sedikit garam, serbuk kunyit, cili hijau dan daun kari. Sehingga keluarkan bau harum dan bawang mulai tukar kuning keemasan. JANGAN hanguskan. Mas**an Ketulan ayam yang telah perapkan ke dalam kuali/ periok. Kacau serata.

3. Mas**an santan dan biarkan sehingga pecah minyak. Kecilkan api dapur. Tentukan ayam di dalam kuali sentiasa kacau untuk tidak hangus dipermukaan bawah. Jus dari daging ayam akan mulai keluar dan akan cairkan kuah anda. Sekiranya anda ingin kuah yang lebih boleh tambah air sedikit. Tutup masakan dengan tudung periok atau kuali.

4. Kebiasaan ayam boleh masak dalam 25 -30 minit. Tetapi tentukan setiap 10 minit buka tudungnya dan kacau sebatian kuah secara berhati-hati tidak memecahkan daging ayam yang lembut yang sedang masak supaya tidak melekat permukaan bawah bekas masakan. Amat sesuai gunakan bekas masakan non-stick pot.

5. Selepas masak rasa kemasinan dan ambah garam jika perlu. Taburkan daun koriandar/ daun ketumbar dan tutup api dan tudung.



Image by google

Resepi Kari Ayam Nasi KandarBahan-bahan diperlukan:1  Ekor Ayam (berat 1.6 – 1.8 kg)di potong 12 ketulan dan dibersihkan...
30/09/2024

Resepi Kari Ayam Nasi Kandar

Bahan-bahan diperlukan:

1 Ekor Ayam (berat 1.6 – 1.8 kg)di potong 12 ketulan dan dibersihkan.
2 Biji Bawang Besar dihiris (untuk tumis).
2 sudu besar pes halia bawang putih.
2 Biji Tomato (dipotong dan dipenyekkan).
2 biji cili hijau dibelah dua.
2 tangkai daun pudina, daun pandan dan daun kari.
125ml ( 1/2 cawan) santan pekat tak di mestikan.
3-4 biji kentang sederhana besar, di kopek dan di potong dua.
1 1/2 liter air atau kepekatan yang diperlukan.
3 sudu besar minyak masak untuk menumis
Garam secukup di rasa.
Rempah-ratus yang diperlukan:

1/2 paket (125gm) Serbuk kari daging.
2 keping kayu manis 2 inci.
3 kuntum bunga lawang,
5 biji buah pelaga.
5 kuntum bunga cengkih.
1 sudu besar serbuk kas-kas (pilihan)
1 sudu besar serbuk cili.
1 sudu besar serbuk jintan putih.
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil garam masala

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga, bila naik aroma, masuk daun pandan (dipotong 4″- 3 helai), perlahankan api dapur.

2. Masukkan hirisan bawang, goreng sehingga hirisan bawang bertukar kepada warna keemasan, masukkan pes halia bawang putih.

Bila campuran ini mula keluarkan aroma, masukkan pes rempah (pes rempah ini boleh disediakan dengan adunkan rempah kari ayam, jintan putih, kas-kas dan cili serbuk dengan sedikit air dan jadikan pes).

Masukkan ketulan ayam dan kacau serata untuk rempah disaluti ketulan ayam dalam 2-3 minit. Proses semua campuran ini digoreng hingga warna kekuningan.

Mas**an bahan perencah bersama sedikit air.Kacau aduan sehingga sebatian ini mengeluarkan bau yang harum.Mas**an daun kari di ikuti dengan ketulan ayam sehingga ketulan ayam tadi sebati dengan bahan rempah. Dalam proses ini api dapur mestilah kecil supaya rempah ini tidak hangus.

3. Masuk segera air 1 1/2 liter dan diikuti ubi kentang dan tomato. Besarkan api dapur dan biarkan kuah kari anda mendidih selama 20 minit. Kecilkan api dapur dan biarkan kari anda dalam keadaan reneh 15 minit lagi atau sehingga ubi kentang dan ketulan ayam anda masak sempurna. Jangan masak terlalu lama kerana jus ayam akan kehilangan dari dagingnya. Sekiranya kuah anda pekat dan ingin cairkan jangan gunakan air biasa tetapi gunakan air mendidih. Bila gunakan air biasa kari anda akan wujudkan dua lapisan, dengan rempah kari akan terapung di atas permukaan atas dan air dibawah.

4. Mas**an santan, tomato, cili hijau,cili merah dan garam masala dan garam. Kacau rata supaya minyak tidak terapung di atas permukaan kari. Bila kuah kari anda mula mendidih semula, matikan api dapur dan teredia lah kari untuk hidangkan. Taburkan daun pudina di atas kari dan tutup hidangan anda dengan penutup. Selamat mencuba.

Nota: kepekatan kari anda tertakluk berapa lama anda masak kari anda dan yang memekatkan kari anda adalah gelatin yang dihasilkan oleh collegen ayam semasa proses renehan kari. Collegen yang banyak terdapat dalam ayam ialah bahagian kaki dan leher. Jadi gunakan kaki ayam dan leher dalam masakan kari.

# Image by jcomp
www.freepik.com

Address

Shah Alam
40460

Telephone

+60163667769

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resepi Masakan Mamak Haji posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Resepi Masakan Mamak Haji:

Share