Pembiayaan Hartanah Penjawat Awam

Pembiayaan Hartanah Penjawat Awam Perkhidmatan menyeluruh bermula dari pencarian hartanah untuk dibeli, pengurusan pembiayaan hartanah

03/06/2020
28/05/2020

Topik trending di hari raya selain makanan, pakaian & covid19, adalah PUSAKA.
Setuju?
Salam Aidilfitri & Selamat pagi - ❤️ MM

PROPERTY RE-FINANCINGRamai yang bertanya....Adakah sekarang masa yang sesuai untuk membuat PROPERTY RE-FINANCING?Ini jaw...
18/04/2020

PROPERTY RE-FINANCING
Ramai yang bertanya....
Adakah sekarang masa yang sesuai untuk membuat PROPERTY RE-FINANCING?
Ini jawapan dan pendapat peribadi saya 👇
Mahu bertanya lebih lanjut? Elok terus klik link Whatsapp ini 👇, lebih mudah berkomunikasi.
https://JurnalHartanah.wasap.my

TERBAIK bila kau habiskan masa, tenaga dan wang, masuk seminar sana seminar sini, sebab nak kumpul harta banyak-banyak.T...
12/01/2020

TERBAIK bila kau habiskan masa, tenaga dan wang, masuk seminar sana seminar sini, sebab nak kumpul harta banyak-banyak.
TERBAIK bila kau sedar yang 9/10 sumber rezeki datang dari perniagaan.
TERBAIK bila kau sedar yang memang kewajipan kau untuk jadi kaya raya supaya kau boleh bantu ramai orang lain.
Tapiiiiii KURANG BAIK bila kau gagal merancang dan menguruskan harta yang kau kumpulkan. Sekarang, kau guna lah akal fikiran dan buat lah pilihan bijak. Mana satu pilihan hati 👉 HARTA PUSAKA ATAU HARTA PUAKA?
Saya kongsikan salah satu kisah benar dari pengalaman menguruskan dan menyelesaikan masalah pusaka.
“Panjang ceritanya Puan, belum bercerita pun saya dah rasa penat. Saya pendekkan cerita ya.” keluh Abu (bukan nama sebenar).
Abu menyambung cerita. “Atok sudah meninggalkan kami sejak lebih 20 tahun yang lalu. Pada mulanya, urusan tuntutan pusaka sukar dilaksanakan. Waris-waris bergaduh, bertelingkah dan tiada kata sepakat. Namun begitu, beberapa tahun kemudian akhirnya mereka berdamai dan bersetuju melantik 2 orang dari kalangan waris sebagai pentadbir harta pusaka dan Alhamdulillah Surat Kuasa Mentadbir diperolehi”.
“Sikap acuh tak acuh, turunmilik ke atas nama Pentadbir tidak disempurnakan di dalam geran tanah sehinggalah kedua-dua Pentadbir meninggal dunia”
“Sekarang, dokumen bersepah dan ada yang sudah hilang. Waris-waris berlapis seperti kek lapis, silaturrahim tidak terjaga dan masing-masing sibuk dengan rutin harian. Waris-waris yang masih hidup tidak mahu ambil tahu dan urusan tertangguh lagi.” Tambahan Abu dalam nada kecewa.
“Abu sedar, harta kalau tak diuruskan dengan baik, boleh jadi fitnah. Ada di antara waris yang susah dan harta peninggalan sedikit sebanyak boleh membantu waris yang susah jika diekonomikan. Ada di waris lain kata Abu gila harta. Tapi Abu tak kisah sebab Abu tahu ini amanah dan tanggungjawab dunia akhirat”. Abu semakin sedih.
Setelah beberapa kali pertemuan dengan team saya dan percubaan untuk mengajak waris-waris berbincang secara baik, kurang berjaya, akhirnya keputusan dicapai untuk membawa kes ke mahkamah. Beberapa bulan berlalu dan Penghakiman Persetujuan untuk melantik pentadbir baru diperolehi. Alhamdulillah, kini hanya menanti Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan.
Selepas Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan dan jika waris-waris masih tidak bersepakat, tindakan mahkamah akan dibuat sekali lagi untuk tujuan pembahagian.
Saya percaya, ramaiiiii lagi masyarakat diluar yang mengalami situasi dan masalah yang sama. Ramai yang tidak sedar atau buat-buat tidak sedar, semakin bertangguh semakin rumit pengurusan harta pusaka dan semakin rapuh hubungan silaturrahim.
Konon tak nak sentuh bab pusaka kerana akan ada hati yang tersentuh. Percayalah, jika terus bertangguh akan ada lebih banyakkkk hati akan tersentuh.
Saya nak tanya, kalau waris dah berlapis-lapis dan banyak jenis kepala, agak-agak senang tak nak urus harta pusaka? Tepuk dada tanya iman…

REDEMPTION SUM  Sambil sibuk menghadiri jemputan rumah terbuka Syawal dan bersilaturrahim, kerja dan perkongsian ilmu te...
19/06/2019

REDEMPTION SUM
Sambil sibuk menghadiri jemputan rumah terbuka Syawal dan bersilaturrahim, kerja dan perkongsian ilmu tetap diteruskan. Ayuh 💪💪
Di hari pertama saya memulakan aktiviti kerja selepas bercuti panjang sempena Syawal, saya menerima lawatan dari seorang sahabat REN. Ada tugasan urusan jual beli hartanah yang perlu dijalankan segera dan pembeli telah melantik saya untuk mewakili beliau dalam urusan ini.
Setelah semakan dokumen dibuat, saya mendapati jumlah pinjaman penjual dan harga jual beli hartanah terlalu hampir dan pinjaman Penjual hanya dibuat pada tahun 2013, bermakna tempoh bayaran bulanan baru mencecah 6 tahun.
Fakta ini menyebabkan saya terpanggil untuk berkongsi tentang REDEMPTION SUM yang bermaksud:-
👉👉 Jumlah baki hutang pemilik hartanah yang perlu dibayar sepenuhnya kepada bank/institusi kewangan bertujuan untuk menebus hartanah dan seterusnya melepaskan hartanah dari pegangan bank/institusi kewangan.
Dalam urusan jual beli hartanah, Penjual/Peguam Penjual akan mendapatkan REDEMPTION STATEMENT/PENYATA BAKI HUTANG dari Bank Penjual. Pembeli/Bank Pembeli akan membayar REDEMPTION SUM mengikut REDEMPTION STATEMENT yang dibekalkan. Setelah pembayaran dibuat sepenuhnya, proses melepaskan gadaian/penebusan hartanah perlu dilaksanakan segera bagi membolehkan urusan jual beli selanjutnya boleh dijalankan.
Jika diambil kira fakta di atas, besar kemungkinan, REDEMPTION SUM akan melebihi harga jual beli/jumlah pinjaman Pembeli. Harga jual beli/jumlah pinjaman tidak mampu menampung sepenuhnya pembayaran REDEMPTION SUM.
Kepada Penjual‼️ Dalam hal ini, anda perlu menambah kekurangan REDEMPTION SUM menggunakan duit sendiri. Anda perlu bersedia dan sekiranya tidak bersedia, adalah elok perjanjian jual beli tidak ditandatangani dan urusan jual beli tidak diteruskan.
Jika urusan jual beli diteruskan dan Penjual tidak mempu menambah kekurangan REDEMPTION SUM dalam masa yang ditetapkan, Penjual akan dikira melanggar perjanjian dan sudah tentu membawa kepada implikasi undang-undang. Perkara ini, tidak sihat untuk semua pihak termasuk REN dan peguam terlibat. Pertelingkahan berlaku, hilang kepercayaan dan menjejaskan hubungan jangkamasa panjang.
Dalam situasi ini, saya berpendapat, sahabat-sahabat REN/peguam yang dilantik, perlu bijak menganalisa fakta dan dokumen-dokumen Penjual. Makluman serta nasihat awal perlu diberikan kepada Penjual tentang perkara-perkara yang perlu dititikberatkan, lebih-lebih lagi perkara yang mungkin akan membebankan mereka.
Salmiah Salim
SSPeace ✌️
Mencegah, lebih baik dari mengubati...

PENGURUSAN HARTA PUSAKA – PART 2(Di mana tuntutan Harta Pusaka boleh dibuat?....)==========....‘Puan, isteri saya sudah ...
01/06/2019

PENGURUSAN HARTA PUSAKA – PART 2
(Di mana tuntutan Harta Pusaka boleh dibuat?....)
==========....‘Puan, isteri saya sudah meninggal dunia dan saya ingin membuat tuntutan Harta Pusaka arwah segera. Saya perlu ke Mahkamah Syariah kan?....’ 👉👉 Ini antara FAQ yang selalunya saya terima. Orang-orang Islam selalunya berpendapat bahawa tuntutan Harta Pusaka perlu dibuat di Mahkamah Syariah.
Jawapan kepada FAQ tersebut adalah seperti berikut 👇👇
Di posting lepas 👉 https://www.facebook.com/SalmiahSalimSS/posts/314244496181908 👈 saya ada menyatakan bahawa waris-waris perlu mengenalpasti, menyenaraikan dan mengumpulkan dokumen-dokumen harta Si Mati.
🔸 Setelah di tolak hutang-hutang Si Mati/Harta Sepencarian/Hibah/Wakaf/Wasiat (jika ada), maka baki harta Si Mati yang tinggal itu dikenali sebagai Harta Pusaka.
🔸 Waris-waris kemudiannya boleh membuat anggaran nilaian Harta Pusaka Si Mati.
🔸🔸 Jenis Harta Pusaka dan jumlah nilaian Harta Pusaka akan menentukan tempat yang tepat untuk membuat tuntutan Harta Pusaka ➡️➡️ Sila rujuk gambar untuk mengetahui AGENSI-AGENSI TUNTUTAN HARTA PUSAKA...
Untuk pengetahuan awal, saya cadangkan anda, mengetahui ciri-ciri setiap agensi, supaya anda tahu secara tepat di mana tuntutan Harta Pusaka Si Mati sepatutnya dihantar. Menjimatkan masa, tenaga dan kos anda.
Sebagai maklumat tambahan untuk anda:-
✔️ Tuntutan di Mahkamah Tinggi perlu lantikan peguam.
✔️ Tuntutan di JKPTG boleh dibuat sendiri oleh waris-waris atau waris-waris boleh juga memilih untuk melantik peguam.
✔️ Untuk Harta Pusaka Ringkas, waris-waris juga boleh memilih untuk melantik peguam.
Salmiah Salim
SS Peace ✌️



HSKEE LAW FIRM

Superhero Hartanah

Hifdzi Hamzah Kee Thariq K Zainal Norleysah Salim

Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pembiayaan Hartanah Penjawat Awam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pembiayaan Hartanah Penjawat Awam:

Share

Category