SPNB

Call Directions Website Contact the business

SPNB Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SPNB, Property developer, Level 1, Blok C, Dataran PHB. Saujana Resort Seksyen U2, Shah Alam.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) is a national housing development company owned by the Minister of Finance Incorporated and has been established since 1997.

📣 WARGA BALING, JOM KUNJUNGI KAUNTER KUTIPAN RMR!Pemilik Rumah Mesra Rakyat (RMR) di daerah Baling dijemput hadir untuk ...
17/10/2026

📣 WARGA BALING, JOM KUNJUNGI KAUNTER KUTIPAN RMR!

Pemilik Rumah Mesra Rakyat (RMR) di daerah Baling dijemput hadir untuk membuat bayaran ansuran kediaman anda dengan mudah.

📍 Pejabat Daerah & Tanah Baling, 09100 Baling, Kedah
📅 19 & 20 Oktober 2026
⏰ 10.00 pagi – 3.30 petang

💳 Bayaran diterima secara tunai, kad debit, kad kredit atau e-wallet.

Jom manfaatkan kemudahan ini dan pastikan bayaran ansuran anda sentiasa teratur. Jumpa anda di sana!





MEMPERKUKUH KERJASAMA, MEMPERLUAS MANFAAT RMRSyarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) merakamkan penghargaan kepada Penga...
14/10/2026

MEMPERKUKUH KERJASAMA, MEMPERLUAS MANFAAT RMR

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) merakamkan penghargaan kepada Pengarah Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), En. Izwan atas sesi perbincangan pada 12 Oktober 2026 bagi meneliti cadangan kerjasama pelaksanaan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Perbincangan merangkumi keperluan peruntukan, sasaran unit serta cadangan konsep pelaksanaan dan pembiayaan. SPNB diwakili oleh En. Ediham, Ketua Seksyen RMR dan En. Shafien, Ketua Unit Prestasi & Maklumat.

Semoga perbincangan ini menjadi asas kepada kerjasama yang dapat memperluas peluang pemilikan kediaman kepada golongan yang memerlukan.

Kediaman Anda, Tanggungjawab Kami.





🏡 82,239 RUMAH SIAP, MEREALISASIKAN IMPIAN RAKYATSejak 2002 hingga 30 September 2026, sebanyak 82,317 unit Rumah Mesra R...
14/10/2026

🏡 82,239 RUMAH SIAP, MEREALISASIKAN IMPIAN RAKYAT

Sejak 2002 hingga 30 September 2026, sebanyak 82,317 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) telah dilaksanakan oleh SPNB, merangkumi 82,239 unit siap dan 78 unit dalam fasa pembinaan.

Bagi Bajet Tahun 2026, sebanyak 5,535 unit telah dilaksanakan daripada sasaran 6,545 unit, dengan perincian:

✅ 5,457 unit siap
🚧 78 unit dalam fasa pembinaan

SPNB terus komited menyediakan kediaman yang selesa dan mampu dimiliki, demi kesejahteraan rakyat serta masa depan keluarga yang lebih baik.

Kediaman Anda, Tanggungjawab Kami.




RM500 JUTA! MEMBINA KEDIAMAN, MENYEMAI HARAPAN Lembaga Pengarah, Pengurusan dan seluruh warga kerja Syarikat Perumahan N...
09/10/2026

RM500 JUTA! MEMBINA KEDIAMAN, MENYEMAI HARAPAN

Lembaga Pengarah, Pengurusan dan seluruh warga kerja Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, atas peruntukan RM500 juta kepada SPNB bagi pelaksanaan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) menerusi Belanjawan 2027.

Peruntukan ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam membantu rakyat memiliki kediaman yang selesa, selamat dan berkualiti, sekali gus meningkatkan kesejahteraan keluarga.

SPNB komited untuk melaksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab bagi merealisasikan impian lebih ramai rakyat memiliki kediaman sendiri.

Kediaman Anda, Tanggungjawab Kami.





🏡 WARGA KOTA BELUD, JOM SINGGAH KE RERUAI SPNB!Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Program Rumah Mesra Rakyat (RMR)? ...
09/10/2026

🏡 WARGA KOTA BELUD, JOM SINGGAH KE RERUAI SPNB!

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Program Rumah Mesra Rakyat (RMR)? Kunjungi reruai SPNB sempena Tamu Geopark Kota Belud, Sabah 2026 untuk mendapatkan maklumat dan penerangan berkaitan program RMR.

📍 Padang Pekan Kota Belud
🗓️ 10 & 11 Oktober 2026
⏰ 8.00 pagi – 8.00 malam

Sambil memeriahkan Tamu Geopark, ambil peluang untuk mengetahui langkah ke arah memiliki kediaman sendiri. Ajak keluarga dan rakan-rakan bersama!

Kediaman Anda, Tanggungjawab Kami.




PERBINCANGAN PEMBINAAN PERUMAHAN DI DESA SEJAHTERA, BALING7 Oktober 2026 | Baling, KedahSPNB merakamkan setinggi-tinggi ...
08/10/2026

PERBINCANGAN PEMBINAAN PERUMAHAN DI DESA SEJAHTERA, BALING

7 Oktober 2026 | Baling, Kedah

SPNB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Yazlan Sunardie bin Che Yahaya, Pegawai Daerah Baling, atas kesudian menerima kunjungan serta mengadakan sesi perbincangan berhubung pembinaan perumahan di tapak Perkampungan Desa Sejahtera, Baling, Kedah.

Sesi yang berlangsung di Bilik Pegawai Daerah Baling ini dihadiri oleh Encik Ahmad Yamani bin Zainol, Pengarah SPNB Kedah dan Encik Saiful Rizal bin Sahidin, Ketua Seksyen RMR, bersama pegawai Pejabat Daerah Baling serta pegawai SPNB.

Semoga perbincangan ini dapat memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak dalam menjayakan usaha penyediaan kediaman yang selesa demi kesejahteraan rakyat.

Kediaman Anda, Tanggungjawab Kami.




MEMPERKUKUH INTEGRITI, MEMBUDAYAKAN AMANAH7 April 2026 | Shahzan Hotel, Kuantan, PahangSPNB merakamkan setinggi-tinggi p...
08/10/2026

MEMPERKUKUH INTEGRITI, MEMBUDAYAKAN AMANAH

7 April 2026 | Shahzan Hotel, Kuantan, Pahang

SPNB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, khususnya PsK Tuan Nik Lokman, PPs Puan Roazfaniza dan PPs Puan Ruziani atas perkongsian ilmu menerusi Taklimat dan Bengkel Anti-Rasuah serta Pengukuhan Integriti bersama kakitangan SPNB Pahang.

Program ini memberi pendedahan mengenai kesalahan di bawah Akta SPRM 2009, polisi antirasuah serta statistik aduan dan jenis kesalahan bagi meningkatkan kefahaman warga kerja tentang tanggungjawab memelihara integriti dalam pelaksanaan tugas.

Semoga usaha ini terus memperkukuh budaya kerja berintegriti, telus dan amanah demi penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat.

Kediaman Anda, Tanggungjawab Kami.




TAHNIAH ATAS PELANTIKAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (INTERIM) SPNBSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Abdul Hamid...
06/10/2026

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (INTERIM) SPNB

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Abdul Hamid bin Abdullah atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (Interim) Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berkuat kuasa 5 Oktober 2026.

Semoga pelantikan ini dapat terus memperkukuh kepimpinan SPNB serta memacu organisasi ke arah kecemerlangan dalam melaksanakan amanah menyediakan kediaman berkualiti dan mampu dimiliki untuk rakyat.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab. Semoga segala urusan dipermudah serta terus diberi kejayaan dalam menerajui SPNB.




SETINGGI-TINGGI TAHNIAHSeluruh Lembaga Pengarah, Pengurusan serta Warga Kerja SPNB merakamkan setinggi-tinggi tahniah ke...
01/10/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Seluruh Lembaga Pengarah, Pengurusan serta Warga Kerja SPNB merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Kamal Azira bin Hassan, Pengerusi Usahasama SPNB-LTAT (USL) atas penganugerahan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Kedua, Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P.) yang membawa gelaran Dato’.

Penganugerahan ini adalah sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang pada 1 Oktober 2026. Semoga penganugerahan ini menjadi satu penghormatan yang bermakna serta terus menjadi pemangkin untuk memberikan khidmat bakti dan sumbangan terbaik.

Tahniah, YBhg. Dato’ Kamal Azira bin Hassan.



29/09/2026

🏡 SEBUAH RUMAH, SEBUAH HARAPAN | RMR PERLIS

Sebuah rumah bukan sekadar tempat berteduh, tetapi ruang untuk membina kehidupan dan mencipta kenangan bersama keluarga.

Menerusi perkongsian pemilik Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Perlis, beliau berkongsi pengalaman mengenali program RMR serta manfaat memiliki kediaman yang selesa dan bersesuaian dengan kemampuan.

Semoga lebih ramai rakyat berpeluang merealisasikan impian memiliki kediaman sendiri menerusi Program Rumah Mesra Rakyat.





Address

Level 1, Blok C, Dataran PHB. Saujana Resort Seksyen U2
Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60378492000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SPNB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SPNB:

Shortcuts

Share