11/06/2021
10 PERKARA WAJIB BUAT SELEPAS DAPAT KUNCI RUMAH BARU
Hai korang semua, baru -baru ini ramai kawan-kawan FB yang teruja apabila rumah yang dibeli telah pun siap dan dah boleh ambil kunci, tapi korang jangan lupa setiap yang baik mesti ada yang buruknya..jadi di sini saya nak share sikit tips untuk korang yang baru ambil kunci tue.
1. Azan
Pastikan selepas dapat kunci rumah, lawati rumah tue dulu. Masuk rumah dengan lafaz Bismillah, bagi salam dan pergi ke tingkat atas sekali atau setiap penjuru rumah. Berdiri menghadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.
2. Pintu
Buka dan tutup pintu berkali-kali. Lihat keadaannya. Periksa juga tombol pintu dan kuncinya sekali.
3. Tiles kosong
Ketuk semua tiles rumah satu persatu. Tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecahkan dan tampal yang baru dengan elok. Cara untuk mengenalpasti tiles yang kosong adalah dengan mengetuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenalpasti antara tiles yang kosong (lompong) atau padat.
4. Elektrik
Untuk memeriksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya. Pastikan juga periksa setiap punca elektrik dan soket.
5. Meter Air
Apabila meter air sudah dipasang, kena periksa dan pastikan paip air di rumah kita tu mengalirkan air dengan sempurna.
6. Tingkap dan Sliding Door
Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh dikunci dengan sempurna. Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.
7. Tangga
Sila goyangkan pemegang tangga rumah kita tu, pastikan ianya kukuh sebab kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.
8. Bilik Air Tingkat Atas Bocor
Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya ialah dengan mengambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar.
Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Selepas seminggu, periksa jika ada kesan air bocor ataupun tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah kita tu. Selalunya selepas letak sealer ini, kena ditinggalkan sehari untuk kering. Periksa sealer itu penuh atau tidak.
9. Dinding Retak
Periksa dinding rumah, jika ada retak perlu maklumkan segera.
10. Kunci Semua
Seterusnya, kena kunci rumah, pagar, tingkap, tingkap tandas, sliding door dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel elektrik.
Selepas mendapat kunci rumah, pemaju tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kes kecurian kabel.
Semoga dipermudahkan urusan semua yang baru dan akan mendapat kunci rumah tu.
Like dan Follow Page Beli Rumah, 100% Zero Deposit https://www.facebook.com/NorliniAbuBakar untuk mengetahui projek-projek baru below RM500k
Hubungi saya di talian 013-2504380 atau Whatsapp saya di 📞http://www.wassap.my/60132504380
credit : -jiham.my-