Alzuhari Hartanah

Alzuhari Hartanah Memberi khidmat profesional rundingan hartanah kepada pembeli dan penjual.

1. Jenis Hartanah - Freehold dan Leasehold
2. Proses jual beli
3.

Memilih perkhidmatan lawyer bagi menguruskan pembelian/penjualan hartanah anda

04/09/2024

Tarikh meninggal: 22 Nov 2022
Fail kes pusaka: 3 Disember 2022
Selesai bicara: 23 Jun 2023
Cepat selesai kes tapi bagi keterangan palsu kepada hakim kerana nak bolot semua harta si mati. Tunggulah hukuman!!!

Assalamualaikum wbt. Rebut peluang untuk mengetahui bagaimana menjana pendapatan dan kerjaya sebagai Daie Mawarith di Sy...
19/07/2024

Assalamualaikum wbt.

Rebut peluang untuk mengetahui bagaimana menjana pendapatan dan kerjaya sebagai Daie Mawarith di Syarikat Amanah Patuh Syariah No. 1 di Malaysia Wasiyyah Shoppe Berhad.

Kami Agensi Mahmudah mengalu-alukan kedatangan tuan/puan ke Previu Kerjaya Pewarisan Syariah

Tarikh : 22/7/2024 (ISNIN)
Masa : 9.00 malam
Lokasi : zoom meeting

Daftar segera di :
Link Zoom: https://bit.ly/PKPS_MAHMUDAH_JUL
Pengenal : Alzuhari atau Norasiah

Sebarang pertanyaan, hubungi admin 0193326747 / 0193346747

Tuan/Puan akan layak menerima diskaun sebanyak RM 500 bagi yuran pendaftaran Daie.

Perbicaraan Pusaka Pada 2 Ogos 2023 di UPP Hulu Langat====================๐Ÿ‘‰ Pempetisyen fail pusaka arwah ayah pada Mac ...
02/08/2023

Perbicaraan Pusaka Pada 2 Ogos 2023 di UPP Hulu Langat
====================
๐Ÿ‘‰ Pempetisyen fail pusaka arwah ayah pada Mac 2013 = 10 tahun lepas.

๐Ÿ‘‰ Kes tertangguh kerana maklumat dan dokumen tidak lengkap

๐Ÿ‘‰ Waris pada tahun 2013 ada 5 anak sahaja.

๐Ÿ‘‰ 2020 salah seorang waris meninggal = waris ganti kepada simati ada 3 anak. Mereka bertiga ada hak terhadap bahagian ibunya dari harta atuknya.

๐Ÿ‘‰ April 2023 = salah seorang waris datang ke Alnur Wealth Management (AWM) mohon selesaikan kes tertangguh 10 tahun.
๐Ÿ‘‰ AWM diagnosis kes pusaka yg tertangguh dan sediakan dokumen serta maklumat terkini.

๐Ÿ‘‰ Fail semula kes pusaka pada 18 Mei 2023.

๐Ÿ‘‰ Mengadakan perbincangan pembahagian pusaka dan selesaikan semua dokumen berkaitan Borang DDA.

๐Ÿ“ข 20 Julai 2023 - dapat notis perbicaraan pada 2 Ogos 2023 = hanya ambil masa 2 bulan.

๐Ÿ›๏ธ 2 Ogos 2023- Perbicaraan pusaka hanya 10 Minit sahaja.

๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ Alhamdulillah kes pusaka pusaka 10 tahun lepas selesai hari ini.

๐Ÿ“ข Konsultasi urusan pusaka hubungi;
Alzuhari Hasan 0193326747
Kak Nur Asiah 0193346747

Tanah pusaka, selagi tak selesaikan tuntutan pusaka, memang tak boleh jual.  Kes ini p**a melibatkan waris2 yang dah ber...
16/08/2022

Tanah pusaka, selagi tak selesaikan tuntutan pusaka, memang tak boleh jual. Kes ini p**a melibatkan waris2 yang dah berlapis, memang rumit. Alhamdulillah, hari ni selesai perbincangan dengan wakil warisยฒ serta pihak pemaju yang berhasrat beli tanah. InsyaAllah moga dimudahkan urusan seterusnya.

Jangan buat urusan jual-beli tanah milik orang yang dah meninggal tanpa melalui proses yang sepatutnya. Nanti ada yang gigit jari, nangis bucu katil. Tak tahu cara dan proses, kena cari pakar.
Urus pusaka, rancang harta dengan tepat!
https://linktr.ee/hibahpusaka



www.alnurwealth.com

Assalamualaikum wbrSaya mendapat pertanyaan dari Hamba Allah untuk membantunya membuat analisa baki pinjaman bank dan MR...
27/07/2022

Assalamualaikum wbr

Saya mendapat pertanyaan dari Hamba Allah untuk membantunya membuat analisa baki pinjaman bank dan MRTT. Alangkah terkejut dia bila saya nyatakan perbandingkan ini.๐Ÿ™„๐Ÿค”

So, hari ni saya kongsi tips untuk menyemak adakah nilai takaful MRTT semasa dapat menampung baki pinjaman rumah dengan bank sekiranya peminjam meninggal dunia dalam tempoh pinjaman.๐Ÿค”

Berdasarkan kes seperti foto di bawah:

Pinjaman Bank
============
๐Ÿ‘‰ Amaun pinjaman: RM240,000.00
๐Ÿ‘‰ Tempoh pinjaman : *23 tahun ( 276 bulan)*
๐Ÿ‘‰ Tarikh mula: 14 Mei 2010
๐Ÿ‘‰ Tarikh akhir: 13 Mei 2033
๐Ÿ‘‰ Bayaran balik pinjaman : RM1,114.00/ sebulan

Takaful MRTT Bagi Membiayai Pinjaman:
=================================
๐Ÿ‘‰ Tarikh mula kuatkuasa MRTT: 14 Mei 2010
๐Ÿ‘‰ Coverage tahun pertama: RM240,000.00
Secara berkurangan dan tamat pada tahun ke 17
Dengan amaun RM18,456.81
๐Ÿ‘‰ Tarikh tamat kuatkuasa MRTT: 13 Mei 2027
๐Ÿ‘‰ Tempoh Coverage MRTT: *17 tahun sahaja*
๐Ÿ‘‰ Single Premium takaful: RM8,010.00

Perbandingan kedudukan baki coverage MRTT dengan Pinjaman Bank Pada Julai 2022
==================================
๐Ÿ‘‰ Coverage MRTT pada tahun ke 12 (2022) => RM101,551.81
๐Ÿ‘‰ Baki pinjaman bank pada Julai 2022 =>RM150,204.06

Kedudukan semasa menunjukan telah terdapat kekurangan Coverage MRTT terhadap Pinjaman Bank sebanyak RM48,652.25
===========

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Sabda Rasulullah Saw:
"Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya"
Hadis Riwayat Tarmidzi - 1079๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Persoalan semasa yang wajib diselesaikan sekarang kerana telah ada elemen hutang yang tidak dilindungi oleh MRTT
========================================

1. Siapakah waris kadim peminjam? Ibubapa, anak dan pasangan atau ada hak waris lain juga seperti adik beradik atau bapa/emak saudara juga?

2. Siapakan yang akan bayar baki hutang selepas MRTT selesaikan coverage mereka? Biasanya pasangan atau anakยฒ sahaja..belum pasti???

3. Dari mana nak cari wang untuk bayar baki hutang yang tidak dilindungi MRTT? Simpanan bank / Pelaburan / manfaat takaful / jual saham / wang simpanan waris => jika ada

Disinilah pentingnya kita membuat perancangan pewarisan harta untuk anak-anak dan pasangan masing-masing dengan kaedah yang betul supaya setiap Ringgit yang dikeluarkan bagi membiayai baki hutang peminjam dikembalikan manfaat kepada mereka yang berkenaan.

Jom masingยฒ semak kedudukan portfolio pinjaman bank masing (kecuali Lppsa)

Boleh jawab persoalan dengan membuat komen di bawah.... Sy akan respon satu persatu maklum balas tuan/puan...InshaAllah

Alzuhari Hasan CA(M)
0193326747
Perunding Pewarisan
Perunding Hartanah







๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—ง๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ž๐—”Kami mengambil maklum komen masyarakat berkaitan carta alir pengurusan harta pusaka ya...
21/07/2022

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—ง๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ž๐—”

Kami mengambil maklum komen masyarakat berkaitan carta alir pengurusan harta pusaka yang mencetuskan kekeliruan. Kami dengan ini menghasilkan poster yang lebih tepat dan terperinci yang merupakan amalan di ๐—ช๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐˜†๐˜†๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—ต๐—ผ๐—ฝ๐—ฝ๐—ฒ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ.

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ข๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ

๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ dan ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ ialah dua perkara berbeza. ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ bermakna pemiliknya masih hidup dan dia berhak untuk menghibahkan, mewaqafkan, mengamanahkan atau membuat apa sahaja transaksi yang difikirkan sesuai olehnya ke atas ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ tersebut. Apa-apa ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ yang telah ditransaksikan seperti di atas tidak lagi menjadi milik pemiliknya.

๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ p**a merujuk kepada ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ yang dimiliki pemiliknya ketika kematiannya. ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ itu sudah menjadi kepunyaan waris mengikut hukum faraid dan tidak boleh dibuat apa-apa transaksipun ke atasnya oleh mana-mana pihak kecuali dengan persetujuan waris-waris berkenaan.

Sebelum ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ diagihkan, ia perlu ditolak terlebih dahulu dengan hutang simati diikuti oleh tuntutan harta sepencarian (jika ada) dan seterusnya ditolak p**a dengan wasiat (jika ada). Baki ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ selepas ditolak semua perkara di atas, barulah diagihkan kepada waris mengikut hukum faraid.

Selepas waris mengetahui secara tepat bahagian dan nilai hak mereka, mereka boleh untuk melepaskan bahagian tersebut (takharruj) dengan redha kepada pihak lain.

Sebagai syarikat amanah patuh Syariah yang dipantau dan dikawal sepenuhnya oleh Panel Syariah berpengetahuan tinggi di dalam bidang fiqh mawarith dan berpengalaman puluhan tahun di dalam pelaksanaan undang-undang Syariah dan Sivil berkaitan penghartaan di Malaysia, ๐—ช๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐˜†๐˜†๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—ต๐—ผ๐—ฝ๐—ฝ๐—ฒ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ mengamalkan sepenuhnya semua prosedur terutama kepatuhan Syarak dan Sivil urusan penghartaan umat Islam di Malaysia.



Assalamualaikum wbrSaya menerima banyak pertanyaan berkaitan hibah.  Kebanyakan masih keliru di antara Hibah Hartanah at...
15/07/2022

Assalamualaikum wbr

Saya menerima banyak pertanyaan berkaitan hibah. Kebanyakan masih keliru di antara Hibah Hartanah ataupun Hibah Harta dengan Hibah Takaful. Ianya mempunyai perbezaan yang besar kerana Hibah Harta adalah lebih besar skopnya berbanding dengan Hibah Takaful yang merupakan 20% sahaja dalam konteks hibah harta. Hari ni saya terangkan berkaitan Hibah Hartanah terlebih dahulu. Hibah Takaful saya akan buat artikel lain.

1. Apa itu Hibah Hartanah?
Hibah Hartanah adalah pemberian atau menghadiahkan tanah atau rumah kepada seseorang samaada waris atau bukan waris secara s**a rela tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada penerima. Ini bermakna tidak ada transaksi jual beli dibenarkan dalam hibah tersebut.

2. Apakah dalil hibah?
Terdapat banyak dalil pensyariatan hibah. Saya cuma ambil yang ringkas sahaja untuk rujukan tuan/puan:
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ุชูŽู‡ูŽุงุฏููˆุง ุชูŽุญูŽุงุจู‘ููˆุง
Yang bermaksud: โ€œSaling memberi hadiahlah kamu nescaya kamu akan saling sayang-menyayangi.โ€ (Riwayat Al-Bukhari)

3. Kenapa hibah hartanah dibuat?
Hibah hartanah perlu dibuat oleh seseorang yang mempunyai tanah atau rumah disebabkan pemilik mempunyai tujuan tertentu atau kedudukan struktur faraid mereka adalah kritikal sekarang yang mana melibatkan waris-waris lapis kedua dan seterusnya atau pewarisan harta yang complicated. Contoh individu yang perlu memikirkan instrument Hibah Hartanah adalah:

a. Rumah dibeli dengan 2 nama samaada suami isteri / ayah dgn anak/ emak dgn anak/ dgn adik beradik/ dgn saudara terdekat / kawan atau sahabat. Ini bermakna pemilikan rumah adalah berdasarkan % pemilikan. Jika 2 nama bermakna pemilikan adalah 50% setiap seorang. Jika 3 orang bermakna pemilikan sebanyak 33.33%. jika salah seorang pemilik meninggal dunia, maka bahagian yang dimiliki akan diwarisi oleh waris faraid si mati tersebut. Maka, pemilik bersama asal tadi akan berkongsi pemilikan dengan waris si mati walau pun baki hutang jika ada di bayar oleh pemilik bersama tadi.

b. Rumah masih dalam pinjaman dengan MRTT diambil kurang dari tempoh pinjaman. Sekiranya pemilik meninggal dunia, waris yang ada perlu meneruskan bayaran baki hutang dengan aset tunai yang dimiliki oleh si mati jika ada. Walau bagaimanapun, apa yang dibuat oleh masyarakat kita hari ini adalah wang tunai yang ada terus dibahagikan tanpa membayar hutang rumah si mati dan meminta waris membayar hutang hingga selesai.

c. Individu yang mempunyai anak perempuan sahaja. Ini adalah kerana emak dan bapa saudara mempunyai bahagian dalam hartanah tersebut selepas ketiadaan pemilik jika bapa telah terlebih dahulu meninggal dunia. Sekiranya kita tidak mahu ada masalah kepada anak perempuan suatu hari nanti dengan bapa dan emak saudara, maka laksanakanlah hibah hartanah kepada anak perempuan semasa anda masih ada.

d. Individu atau pasangan yang mempunyai anak angkat. Anak angkat tidak mempunyai hak dalam pewarisan ibu dan ayah angkat. Ianya layak menerima wasiat 1/3 sahaja. Sekiranya pasangan hendak berikan lebih dari 1/3, maka hartanah tersebut perlu dihibahkan semasa hidup kepada anak angkat tadi.

e. Individu yang belum berkahwin atau bujang. Harta mereka akan diwarisi oleh ibu bapa dan jika ibu bapa telah terlebih dahulu tiada maka ianya akan diwarisi oleh adik beradik. Oleh itu, individu bujang ini boleh membuat hibah kepada siapa hendak diberikan rumah tersebut supaya tidak berlaku perebutan selepas ketiadaanya.

f. Individu yang berpoligami
Kepada individu yang berpoligami, pewarisan harta anda amat kritikal kerana melibatkan isteriยฒ dan anakยฒ yang berlainan ibu. Perkara ini wajib diselesaikan diperingkat awal bagi mengelakkan perebuatan yang tidak berkesudahan selepas kematian anda. Anakยฒ berlainan ibu akan susah berkomunikasi dan terdapat unsurยฒ sangkaan buruk dan dendam serta tamak. Terdapat juga kes dimana isteri atau anakยฒ akan menyembunyikan adik beradik berlainan ibu. Dalam istilah biase di panggil menyembunyikan waris semasa pembahagian harta pusaka.

g. Individu yang berkahwin semula selepas kematian pasangan
Ianya memberi makna, pasangan yang baru mempunyai hak ke atas rumah yang dimiliki dengan pasangan lama bersama anakยฒ dgn pasangan yang lama. Oleh itu, rumah atau harta yang diperolehi semasa dengan pasangan lama perlu dihibahkan kepada anakยฒ dengan pasangan lama bagi mengelakkan perbalahan dan pertikaian yang akan wujud selepas kematian pemilik.

h. Pemberian sama rata kepada anak lelaki dan perempuan.
Jika anda berhasrat mewarisi harta secara sama rata kepada anak lelaki dan perempuan, anda boleh membuat hibah sekarang.

i. Golongan Muallaf yang nak berikan harta kepada waris bukan muslim.

j. Ahli Perniagaan yang mempunyai pemilikan saham dalam syarikat dan ingin mewarisi saham syarikat kepada waris yang mempunyai pengetahuan dan minat berniaga bagi meneruskan legasi permiagaan.

k. Seseorang yang mempunyai hajat tertentu seperti wakaf / Infaq dan sebagainya.

l. Seseorang yang mempunyai anak OKU yang tidak boleh berdikari dari segi mental dan fizikal. Anak OKU kategori ini tidak boleh memegang harta. Ianya perlu diamanahkan kepada seseorang atau syarikat amanah untuk menguruskan hartanya selagi hayatnya ada.

4. Adakah Hibah ini sah dilaksanakan?
Hibah yang sah dalam hukum syarak mesti mempunyai 4 rukun yang wajib dipatuhi iaitu:
a. Pemberi Hibah
b. Penerima hibah
c. Harta milik pemberi hibah,
d. Sighah iaitu Ijab dan Qabul serta Al Qabd

Selepas keempatยฒ rukun ini dipatuhi, InsyaAllah mahkamah syariah adalah pihak berauthoriti yang akan membuat keputusan, buka individu, syarikat atau peguam syarie yang menentukan.

5. Adakah hibah nak mengelakkan hukum faraid?

Kita kena faham apa perbezaan Hibah dan Faraid. Hibah adalah pemberian semasa hidup dengan mematuhi rukun hibah seperti perenggan 4 di atas. Maka terp**ang kepada individu tadi hendak memberikan kepada sesiapa yang dikehendaki hartanya tanpa perlu mendapat persetujuan warisnya. Contoh: kalau kita nak bagi hadiah wang atau sedekah kepada surau atau rumah kebajikan atau wang kepada isteri, adakah kita wajib mendapat kebenaran dari waris yang lain??? Jawapannya tidak kan!!! Jadi sama juga dengan hibah ini.

Pada masa hibah dibuat, hukum faraid belum lagi ada pada individu tersebut kerana ianya masih hidup. Hukum faraid hanya wujud apabila 3 perkara berikut berlaku ke atas individu tersebut iaitu:

a. Mati Hakiki atau Hukmi
b. Si mati ada Waris yang ditinggalkan
c. Si mati ada meninggalkan harta alih atau tak alih atau keduaยฒnya.

6. Apakah jenis-jenis Hibah yang ada dalam hukum syarak

Di antara jenis-jenis hibah yang ada dalam hukum syarak adalah:

i. Hibah Mutlak - iaitu membuat pertukaran nama atau pemberian terus kepada waris dan penerima mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas harta tersebut.

ii. Hibah Ruqba - iaitu hibah yang dibuat kepada penerima hibah itu akan kembali kepada pemberi hibah jika penerima hibah meninggal dunia terlebih dahulu. Maka pemberi hibah boleh membuat pertukaran pemberian hibah kepada penerima yang lain.

iii. . Hibah Bersyarat โ€“ iaitu meletakkan sesuatu syarat kepada penerima hibah selagi tidak menyalahi hukum syarak. Sekiranya penerima hibah setuju dengan syarat yang ditetapkan, maka hibah tersebut adalah sah..Contoh:

a.. seorang pemberi hibah meletakkan syarat untuk tinggal dirumah yang telah dihibahkan selagi dia dan pasangannya masih hidup, atau

b. syarat supaya pemberi hibah hendak mendapat manfaat dari hartanah yang dihibahkan selagi diperlukan, atau

c. Syarat supaya semua anak kurang upaya dibenarkan tinggal dirumah tersebut atau mendapat manfaat selagi ada hayatnya.

iv. Hibah Umra โ€“ hibah umra adalah hibah yang dibuat oleh pemberi kepada penerima selagi hayat pemberi masih ada. Jika pemberi meninggal dunia, maka harta yang dihibahkan wajib dibuat pembahagian semula mengikut kaedah maufakat atau faraid dikalangan waris faraid yang ada pada masa tersebut.

Sekiranya tuan/puan mempunyai pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan kami di

๐ŸขALNUR WEALTH MANAGEMENT โ€“
๐ŸคRakan Strategik Wasiyyah Shoppe Bhd, Syarikat Amanah Patuh Syariah di Malaysia.
Wisma UNIKEB, UKM
43600 Bandar Baru Bangi
๐Ÿ‘‰๐Ÿ“ฑ019-3326747
๐Ÿ‘‰๐Ÿ“ž019-3346747








Intana Ria 2 Seksyen 7 Bandar Baru BangiTingkat 1 Keluasan 874 sqftOffer RM270K negoHubungi:Alzuhari 0๏ธโƒฃ1๏ธโƒฃ9๏ธโƒฃ3๏ธโƒฃ3๏ธโƒฃ2๏ธโƒฃ6...
22/06/2022

Intana Ria 2 Seksyen 7 Bandar Baru Bangi
Tingkat 1
Keluasan 874 sqft
Offer RM270K nego

Hubungi:
Alzuhari 0๏ธโƒฃ1๏ธโƒฃ9๏ธโƒฃ3๏ธโƒฃ3๏ธโƒฃ2๏ธโƒฃ6๏ธโƒฃ7๏ธโƒฃ4๏ธโƒฃ7๏ธโƒฃ
Ren 30137
MN Associates Sdn Bhd

Address

Wisma Unikeb UKM, Jalan Bangi
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 07:00 - 22:00
Tuesday 07:00 - 22:00
Wednesday 07:00 - 22:00
Thursday 07:00 - 22:00
Friday 07:00 - 22:00
Saturday 07:00 - 22:00
Sunday 07:00 - 22:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alzuhari Hartanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category