Megat Khairun

Megat Khairun Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Megat Khairun, Estate agent, Shah Alam.

09/02/2023

KUAH SATAY ATAU KUAH KACANG

Untuk juadah Hujung Minggu

》600 gm kacang tanah ~ digoreng, dibuang kulit dan separuh blender halus dan separuh lagi tumbuk kasar dengan batu lesung.

Bahan Kisar

》4 biji buah keras
》1 sudu kecil serbuk jintan putih ~ di sangai dan kisar halus
》1 sudu besar biji ketumbar ~ di sangai dan kisar halus
》20 gm udang kering ~ rendam sebentar dan cuci bersih
》5 biji bawang merah ros ~ belah 4 dan di goreng dengan sedikit minyak
》3 ulas bawang putih ~ di belah 2 dan di goreng dengan sedikit minyak
》20 tangkai cili kering ~ di goreng dengan sedikit minyak
》3 batang serai ~ ambil bahagian putih sahaja
》3 cm lengkuas
》1/2 inc belacan bakar

Sangai jintan dan biji ketumbar dahulu, angkat dan ketepikan

Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan goreng bawang merah dan bawang putih

Setelah layur angkat dan ketepikan
Kemudian goreng p**a lada kering, jangan sampai hangus ya nanti kuahnya pahit.
Satukan semua bahan dan kisar halus.

Bahan Lain

》1 cawan gula Melaka atau gula kabung
》1/2 cawan minyak untuk menumis
》1/2 cawan santan
》1 batang serai ~ di titik
》40 gm asam jawa ~ di campur air dan ambil jusnya
》Garam dan gula secukup rasa
》Air secukupnya ~ air anggaran 5 cawan bila di campur dengan air lebihan perapan daging
》Air lebihan perapan daging

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan serai yang telah di titik

Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga harum dan terbit minyak
Masukkan air perapan daging, renihkan hingga terbit minyak

Kemudian masukkan kacang tanah yang di tumbuk halus sedikit-sedikit sambil di kacau hingga kacang sebati dan betul-betul masak.
Jika kuah agak pekat, tambahkan air. Kuah satay ni kalau dia sejuk nanti dia akan pekat, jadi pandai-pandai agak sukatan air.

Renihkan hingga mendidih
Kemudian masukkan gula Melaka, air asam , garam dan gula secukup rasa.

Kuah satay ni dia kena manis-manis pedas baru sedap!
Akhir sekali masukkan santan

Masak hingga kuah sedikit pekat
Dah siap boleh lah di hidangkan bersama satay kita tadi.

Tapi biasa buat kuah dahulu tau sebelum bakar satay. Kuah dah siap baru kita bakar satay, baru sedap makan satay panas dengan kuah lemak manis!

kredit: pesan bonda

08/02/2023
05/02/2023
03/02/2023
03/02/2023
03/02/2023
03/02/2023
31/01/2023
Alhamdulillah Done viewing aprtmnt mlm ni di Apartmnt Ejen Khai sendiri. Client rncg sewa nk buat SubLet. InsyaAllah sem...
20/04/2019

Alhamdulillah Done viewing aprtmnt mlm ni di Apartmnt Ejen Khai sendiri. Client rncg sewa nk buat SubLet. InsyaAllah semua berjalan lncr. Tggu sehari dua lg kptsn.

Jom kt sama2 beri pndgn n cdgn utk Dasar Pendidikan Negara kpd JKDPN demi pendidikan anak2 kita bersama. Ejen Khai dh, j...
05/01/2019

Jom kt sama2 beri pndgn n cdgn utk Dasar Pendidikan Negara kpd JKDPN demi pendidikan anak2 kita bersama. Ejen Khai dh, jom isi shbt2 semua.

Please submit your recommendations of what you would like to see improve in our education system. This effort is as per in the letter here: https://goo.gl/forms/e6PCBkDcvkiFuu0P2 Mohon untuk kemukakan cadangan dalam membantu membentuk sistem pendidikan yang lebih baik. Usaha ini adalah seperti terta...

Address

Shah Alam
40017

Telephone

+60137119679

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Megat Khairun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Megat Khairun:

Share

Category