18/08/2021
𝟯 𝗝𝗘𝗡𝗜𝗦 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗪𝗨𝗝𝗨𝗗.
Mungkin ada dikalangan anda yang tengah berkira-kira nak beli rumah tapi pasti nak beli jenis hartanah yang mana satu?
Ok, jom saya kongsikan 3 jenis pasaran hartanah yang ada.
JENIS PASARAN HARTANAH.
1. 𝙋𝙧𝙞𝙢𝙖𝙧𝙮 𝙈𝙖𝙧𝙠𝙚𝙩 (𝙋𝙖𝙨𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙐𝙩𝙖𝙢𝙖).
- Terma biasa yang selalu guna untuk primary market ni adalah Rumah Undercon atau Rumah Baru.
- Kiranya ini kategori rumah baru yang dibeli direct daripada pemaju.
- Harga rumah baru tidak boleh tawar menawar tapi kadang-kadang pemaju akan tawarkan pelbagai diskaun atau pakej jualan.
- Ada macam-macam pakej jualan dari pemaju dan tak sama semuanya. Kadang tu ada rebate 10% kadang takde tapi bagi free gift dan macam-macam lagi.
- Anda boleh beli dari pemaju seawal dari launching projek, masa tengah bina atau pun masa projek dah siap. Bergantung jugak la projek tu laku keras atau tak. Ada rezeki dapatlah beli.
- Nak beli undercon kebiasaannya memerlukan kos. Cuma setiap pemaju tu berbeza-beza. Jadi, boleh survey-survey lah ye.
2. 𝙎𝙚𝙘𝙤𝙣𝙙𝙖𝙧𝙮 𝙈𝙖𝙧𝙠𝙚𝙩 (𝙋𝙖𝙨𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙎𝙚𝙠𝙪𝙣𝙙𝙚𝙧).
- Lazimnya orang panggil Hartanah Subsale. Ada jugak orang panggil rumah second hand tapi jarang sangat la. Maybe sebab subsale lagi sedap kot, hehe.
- Subsale ni adalah anda beli hartanah yang dijual oleh tuan rumah.
- Ada banyak sebab kenapa pemilik menjual rumah tersebut. Antaranya sebab nak pindah, sebab nak upgrade dan ada jugak yang jual sebab nak downgrade dan lain-lain.
- Kebiasaannya tuan rumah akan lantik Agen Hartanah (macam saya) untuk uruskan.
- Proses secara ringkas bagi subsale; pergi tengok rumah, bayar booking, apply loan, lawyer buat proses jual beli, dapat kunci, masuk rumah baru dan selesai, Alhamdulillah.
- Harga subsale boleh tawar-menawar tau. Kiranya boleh bincang sampai jadi lah kan.
- Bagi subsale, kebiasannya anda akan bayar 3.18% earnest deposit (dari harga rumah) masa booking. Kemudian akan bayar baki earnest deposit 6.82% masa sign perjanjian jual beli. Baki 90% lagi adalah melalui pinjaman bank. Stanby jugak kos yuran guaman ok.
- Nak tau lebih details atau nak cari deal menarik, boleh whatsApps saya laju-laju okay?
3. 𝘼𝙪𝙘𝙩𝙞𝙤𝙣 (𝙃𝙖𝙧𝙩𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙇𝙚𝙡𝙤𝙣𝙜).
- Kenapa sesebuah rumah tu dilelong ye?
- Ringkasnya, bila tuan rumah gagal bayar ansuran rumah selama beberapa bulan, bank akan lelong rumah tu. Tapi tak semudah itu sebab ada prosedur tertentu sebelum bank boleh melelong
- Berapa kos nak beli? 10% deposit wajib ada kalau nak masuk membida. 10% tu kena sediakan dalam bentuk bank draf.
- Mudah ke nak dapat rumah lelong ni? Ianya bergantung. Jika ada rezeki anda dan takde orang masuk membida, dapatlah menang tanpa bertanding atau istilah biasa dapat RP (Reserve Price). Tapi jika ada lebih dari seorang atau ramai yang masuk membida, terpaksalah lawan sehingga ada pembida yang berjaya.
- Pesanan saya, sebelum masuk membida, set kan limit anda untuk membida sebab dalam dewan lelong ni “berhantu” kata orang hehe. Penting jugak untuk anda membida ikut bajet dan paling penting tahu kelayakkan loan anda.
- Lelong ni kalau anda menang tetapi tak dapat loan, 10% deposit akan hangus melainkan anda selesaikan secara tunai.
Begitulah perkongsian ringkas 3 Jenis Pasaran Hartanah.
Tuan/Puan Nak JUAL / BELI / SEWA Hartanah?
www.wasap.my/60183910800
ISA HASHIM - 018 - 3910 800
SALES MANAGER
REN 18315
BC PROPERTY CONSULTANTS SDN BHD
SEKSYEN 13, SHAH ALAM