Kumpulan Hartanah Selangor Berhad

Kumpulan Hartanah Selangor Berhad Property Developer
(4)

KHSB Menyokong Pemuliharaan Alam Sekitar Sempena Hari Bakau Sedunia 2026KHSB telah menyertai program SMG Mega Mangrove C...
27/07/2026

KHSB Menyokong Pemuliharaan Alam Sekitar Sempena Hari Bakau Sedunia 2026

KHSB telah menyertai program SMG Mega Mangrove Cleanup 2026: Restoring Mangroves, Renewing Futures bersempena Sambutan Hari Bakau Sedunia 2026 pada 26 Julai 2026 yang lalu bertempat di Mangrove Point, Pelabuhan Klang.

Penyertaan ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat KHSB dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan pemuliharaan ekosistem bakau, pemuliharaan biodiversiti serta usaha pemulihan Sungai Klang demi kelestarian alam sekitar.

Seramai 18 orang termasuk Ketua Pegawai Operasi, Encik Edi Zuhri Abd Rahim telah bersama-sama menyumbang tenaga dalam aktiviti pembersihan dan penanaman pokok bakau, sekali gus membuktikan komitmen KHSB melalui pemuliharaan alam sekitar.

Disamping itu, program ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) khususnya SDG 13 (Climate Action), SDG 15 (Life on Land) dan SDG 17 (Partnership for the Goals).

Program ini turut mencipta sejarah apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records bagi pencapaian โ€˜Penyertaan Tertinggi Dalam Program Pembersihan Hutan Paya Bakauโ€™ yang telah disertai oleh 1,523 peserta.

Terima kasih kepada seluruh atas komitmen dan semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam menjayakan program yang penuh bermakna ini.

MemperkasaKehidupanDanMembinaKomunitiBerkualiti

27/07/2026

Santai Durian Bersama KHSB is officially a wrap! ๐Ÿฅญโœจ
A heartfelt thank you to everyone who joined us and made the event a great success. Your support means a lot to us.

Stay tuned, thereโ€™s more to come! Harta Raisa is launching soon. ๐Ÿก

Antara aktiviti yang dijalankan semasa Program Governans, Integriti dan Townhall adalah ceramah bertajuk Sexual Harassme...
23/07/2026

Antara aktiviti yang dijalankan semasa Program Governans, Integriti dan Townhall adalah ceramah bertajuk Sexual Harassment In The Workplace yang disampaikan oleh YBhg. DSP Puan Norfidah binti Muhamad Dan, Pegawai Turus, Cawangan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Sesi ini memberi pendedahan mengenai definisi gangguan seksual, bentuk-bentuk perlakuan yang boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual, implikasi daripada aspek perundangan serta langkah-langkah pencegahan dan saluran tindakan yang boleh diambil. Perkongsian ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga kerja dalam mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, saling menghormati dan bebas daripada sebarang bentuk gangguan.

Ceramah Kerana Rasuah, Organisasi Terkesan yang disampaikan oleh YBhg. Tuan Superintendan Thilak Munusamy daripada Cawangan Sektor Swasta, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ibu Pejabat SPRM. Melalui sesi ini, warga kerja diberi pendedahan mengenai kesan buruk amalan rasuah terhadap organisasi, termasuk aspek tadbir urus, reputasi, kepercayaan pihak berkepentingan serta kelangsungan perniagaan. Ceramah ini turut menekankan kepentingan mengamalkan nilai integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban sebagai asas kepada pembentukan budaya kerja yang beretika dan bebas rasuah.

Selain itu, warga kerja turut mengikuti sesi pembentangan mengenai Sistem Panel Solar oleh Heliosel Sdn. Bhd. Pembentangan ini memberi penerangan mengenai teknologi tenaga solar, manfaat penggunaan tenaga boleh diperbaharui, penjimatan kos operasi dalam jangka panjang serta sumbangannya terhadap pemeliharaan alam sekitar. Inisiatif ini sejajar dengan aspirasi KHSB dalam menyokong amalan kelestarian dan memperkukuh komitmen syarikat terhadap prinsip Environmental, Social and Governance.

Semoga segala ilmu, pandangan dan perkongsian yang disampaikan sepanjang program ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga kerja dalam memperkukuh budaya integriti, meningkatkan tahap profesionalisme serta menggalakkan amalan tadbir urus yang cemerlang.

16 Julai 2026 โ€“  KHSB telah menganjurkan Program Governans, Integriti dan Townhall (02/2026) yang menghimpunkan seluruh ...
23/07/2026

16 Julai 2026 โ€“ KHSB telah menganjurkan Program Governans, Integriti dan Townhall (02/2026) yang menghimpunkan seluruh warga kerja KHSB..

Penganjuran program ini bertujuan memperkukuh amalan tadbir urus korporat yang baik, menyemai budaya integriti serta meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan pematuhan, akauntabiliti dan profesionalisme dalam melaksanakan tanggungjawab.

Di samping itu, sesi Town Hall turut menjadi medium komunikasi dua hala antara pihak pengurusan dan warga kerja bagi berkongsi perkembangan semasa syarikat serta inisiatif yang bakal dilaksanakan demi memastikan KHSB terus kekal relevan, berdaya saing dan mampan.

Diharapkan usaha berterusan ini akan terus menyokong aspirasi KHSB untuk melahirkan warga kerja yang beretika, berakauntabiliti dan berdaya saing sekali gus menyumbang kepada kecemerlangan organisasi dalam memberikan nilai terbaik kepada para pemegang taruh dan masyarakat.

Join us for Santai Durian Bersama KHSB, a relaxing weekend gathering filled with durian, refreshing drinks, light bites,...
22/07/2026

Join us for Santai Durian Bersama KHSB, a relaxing weekend gathering filled with durian, refreshing drinks, light bites, and a creative Air Clay DIY Workshop.

While youโ€™re here, take the opportunity to explore KHSBโ€™s latest property offerings and learn more about the developments available.

โœ… RSVP with us by scanning the QR code.

๐Ÿ“Kumpulan Hartanah Selangor Berhad

Pihak Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan seluruh warga kerja KHSB merakamkan ucapan salam takziah kepada Ketua Pegawa...
20/07/2026

Pihak Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan seluruh warga kerja KHSB merakamkan ucapan salam takziah kepada Ketua Pegawai Operasi KHSB, Encik Edi Zuhri bin Abd. Rahim serta seluruh ahli keluarga atas pemergian ayahanda tercinta, Allahyarham Abd. Rahim bin Haji Abd. Hamid, yang telah kembali ke rahmatullah pada 20 Julai 2026.

Semoga Allah SWT mengurniakan keampunan dan rahmat-Nya kepada Allahyarham, melapangkan kuburnya serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Semoga Encik Edi Zuhri dan seluruh keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูุŒ ูˆูŽุนูŽุงููู‡ูุŒ ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูุŒ ูˆูŽุฃูŽูƒู’ุฑูู…ู’ ู†ูุฒูู„ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽูˆูŽุณูู‘ุนู’ ู…ูุฏู’ุฎูŽู„ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽุงุบู’ุณูู„ู’ู‡ู ุจูุงู„ู’ู…ูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ุซูŽู‘ู„ู’ุฌู ูˆูŽุงู„ู’ุจูŽุฑูŽุฏูุŒ ูˆูŽู†ูŽู‚ูู‘ู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฎูŽุทูŽุงูŠูŽุง ูƒูŽู…ูŽุง ู†ูŽู‚ูŽู‘ูŠู’ุชูŽ ุงู„ุซูŽู‘ูˆู’ุจูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุจู’ูŠูŽุถูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฏูŽู‘ู†ูŽุณูุŒ ูˆูŽุฃูŽุจู’ุฏูู„ู’ู‡ู ุฏูŽุงุฑู‹ุง ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ ุฏูŽุงุฑูู‡ูุŒ ูˆูŽุฃูŽู‡ู’ู„ู‹ุง ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ ุฃูŽู‡ู’ู„ูู‡ูุŒ ูˆูŽุฃูŽุฏู’ุฎูู„ู’ู‡ู ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉูŽุŒ ูˆูŽุฃูŽุนูุฐู’ู‡ู ู…ูู†ู’ ุนูŽุฐูŽุงุจู ุงู„ู’ู‚ูŽุจู’ุฑู ูˆูŽุนูŽุฐูŽุงุจู ุงู„ู†ูŽู‘ุงุฑู.

Al-Fatihah.

KHSB terus komited melaksanakan inisiatif CSR yang memberi manfaat kepada masyarakat, selaras dengan persona jenama kami...
02/07/2026

KHSB terus komited melaksanakan inisiatif CSR yang memberi manfaat kepada masyarakat, selaras dengan persona jenama kami iaitu "Memperkasa Kehidupan dan Komuniti Berkualiti."

Menerusi Inisiatif Prihatin Pendidikan KHSB 2026, KHSB telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM66,223.00 bagi membantu pembayaran yuran persekolahan 486 orang pelajar daripada kategori B40, asnaf dan anak yatim di Sekolah Rendah Agama Bukit Kuching dan KAFA Integrasi Felda Bukit Cherakah.

Setiap sumbangan bukan sekadar bantuan kewangan tetapi juga satu harapan agar lebih ramai anak-anak dapat meneruskan pembelajaran dengan yakin dan menggapai impian mereka kerana pendidikan hari ini adalah pelaburan terbaik untuk masa depan.

Salam Maal Hijrah 1448HMarilah kita menjadikan peristiwa hijrah sebagai inspirasi untuk terus memperbaiki diri, memperku...
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H

Marilah kita menjadikan peristiwa hijrah sebagai inspirasi untuk terus memperbaiki diri, memperkukuh hubungan kekeluargaan dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Semoga tahun baharu Hijrah ini membuka lembaran yang lebih bermakna, dipenuhi rahmat, keampunan dan keberkatan daripada Allah SWT.

โ€œSesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.โ€
(QS. Al-Baqarah: 218)

Seluruh warga kerja KHSB merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Perm...
04/06/2026

Seluruh warga kerja KHSB merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-55 pada 4 Jun 2026.

Semoga Allah SWT mengurniakan keafiatan yang berpanjangan, melanjutkan usia serta melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor.

Daulat Tuanku!

Address

AR-G-03, Acappella Residences, No. 2, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60350331300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kumpulan Hartanah Selangor Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kumpulan Hartanah Selangor Berhad:

Shortcuts

Share