Ridwan Hartanah

Ridwan Hartanah Segala pertanyaan jangan malu dan segan untuk bertanya
Bole direct whatsapp 0182209697 untuk segala berkaitan hartanah

30/04/2024

Lain kali tak payah bertekak dengan Developer klu Developer berdegil tak nak repair Defect rumah kita, buat sakit anak tekak jer. Klu rumah kita masih under Defect Liability Period (DLP) lagi mudah kita nak ambil tindakan.

Klu mereka tak nak repair defect. Buat ikut step ni.
Step 1. Hantar formal letter ke developer dan cc ke peguam S&P kita. hantar guna pos berdaftar (supaya ada record)
Step 2. Tiada tindakan after 30 hari, hantar surat kedua untuk peringatan dan akan report ke Tribunal. Surat mesti cc ke peguam S&P.
Step 3. Tiada tindakan juga selepas 14 hari, bawak 2 surat ni dan pergi ke Tribunal. Tribunal memang akan memihak pada Pembeli.

Nota:

1. Kenapa kene cc ke peguam S&P kita?
Sebab duit loan dari Bank pinjaman kita, peguam kita yang control. Kebiasaan nya peguam & bank tak kan lepas kan duit 100%, mereka hanya release 95% sahaja dan akan simpan 5% retention sum.

Contractor mesti kene settlekan semua kecacatan baru boleh terima 5% retention sum after DLP.

2. Bila peguam dan bank akan release 5% retention sum?
Bank akan release retention sum after end defects liability period (DLP). DLP adalah 24 bulan.

Tapi developer pun cuba tipu saya, mengatakan DLP just 3 bulan masa ambil kunci, tapi saya pun dari industry pembinaan, so memang tahu 24 bulan. Saya pun ada rakan-rakan dalam industry ni, mudah saya nak double confirm dengan Arkitek, Quantity Surveyor dan Contractor lain

3. Apa guna Bank tahan 5% retention sum tu?
Apabila jadi klu contractor berdegil tak nak repair defect tu masa DLP period. Pemilik boleh baiki sendiri kecacatan tu dan claim balik duit repair tu dengan syarat kita dah hantar surat ke developer seperti step2 di atas.

Developer pun boleh baiki dan deduct dari amount 5% retention sump.

4. Apa jadi keretakan selepas tempoh DLP.
Ada sesetengah kerosakan yang cover selepas DLP period, antara nya keretakan dinding. Masih ada Warranty bangunan, ni saya tak pasti berapa lama, mungkin 50 tahun (maaf saya tak ingat)

So apa tindakan yang perlu kita lakukan. Hantar surat ke Developer, dah buat 2nd step masih takde respond dari Developer, pergi Tribunal buat report.

Kawan saya beli rumah subsale kat AntaraGhapi, rumah retak (Major), sebelum masuk rumah dia basuh lantai tapi air boleh meresap ke rumah sebelah. Report ke PKNS, mereka memang baiki, ambik masa sebulan untuk buat strengthening structure balik. Rumah tersebut ada mendapan, tu yang menyebabkan rumah tu rosak teruk.

============
Pengalaman saya

Pengalama PERTAMA

Cermin di balkoni saya tiba-tiba pecah.

Saya isi form defect kat pemaju tapi alasan pemaju Cermin di balkoni tu external (luar rumah) so tu bukan under defect yang contractor perlu baiki. Pemilik kene baiki sendiri. Contractor hanya baiki dalam rumah sahaja.

Kira mereka berdegil tak nak baiki cermin di balik balkoni saya. Hurm, tak perr.

Saya just buat first step. Hantar surat formal, cc ke peguam saya dan hantar by pos berdaftar. Saya pun ada hantar by hand sebab takut pos berdaftar lambat.

Tapi klu guna pos berdaftar lagi kukuh sebagai bukti nak bawak ke mahkamah tribunal.

Hari ketiga tu, wakil developer dan pihak contractor datang kerumah saya untuk periksa dan bersetuju ganti semula.

Kes SELESAI.
.........
Pengalama KEDUA

Leaking dalam bilik air saya betul2 di atas mirror, menyebabkan mirror jadi tompok-tompok hitam.

Mirror tu saya built in, saya tambah selepas dapat kunci.

Saya dah check dengan rakan saya merupakan Quantity Surveyor, mirror saya rosak disebab kecacatan bangunan memang tanggung jawab contractor kene tukar baru.

Contractor tak nak layan, so saya buat sampai second step. Lepas tu contractor sendiri cari kita, mungkin disebabkan 5% retention sum tu peguam kita tahan.

So Contractor kene dapatkan release letter dari pemilik baru peguam kita lepaskan retention sum tu.

Tak sempat pun saya report ke tribunal

Kes SELESAI

Kredit : Wa Aqilah Aqeel.

Innalillahi Wa'Innailaihi Rojiun‎       .اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ .. الفاتحة                  Al-fatihah...
31/07/2022

Innalillahi Wa'Innailaihi Rojiun
‎ .اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ .. الفاتحة
Al-fatihah.

‎ بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
‎ ◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞
‎ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞
‎ إيَّاك نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ
‎ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
‎ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ..
‎ آمِّيْ
Semoga roh nya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan yang beramal soleh.
Amiin. Amiin Ya Rabbal Alamiin

ADMIN
31 Julai 2022/ 2 Muharram 1444H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dukacita dimaklumkan Ybhg Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim telah pulang ke rahmatullah pada pukul 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur. Allahyarham dengan tenang dan disaksikan oleh semua ahli keluarganya.

Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23hb April yang lalu akibat jangkitan pada injap jantung. Beliau meninggalkan seorang isteri, empat orang anak dan dua orang cucu.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.
Sejurus usai di Masjid Umar Al Khattab jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam bagi memberi peluang kepada rakyat di Selangor yang mahu memberikan penghormatan terakhir dan melakukan solat jenazah.

Atas titah dan limpah kurnia DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj jenazah akan disemadikan di Makam Di Raja Shah Alam.

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT khusus buat Allahyarham semoga Allah SWT memperkenan doa kita.

Ya Allah, Kau berilah pengampunan kepada Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kedudukannya, perluaskanlah tempat masuk (kuburnya), sucikanlah dia dengan air, salji dan air sejuk, bersihkanlah dia dari dosa-dosa seperti Engkau bersihkan kain yang putih dari kekotoran.
Gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah dia ke syurga dan hindarilah dia daripada azab kubur dan azab neraka.

Aamiin aamiin ya rabbal aa la miin.

07/06/2022

Baru2 ni Ahyat dapat bertalaqqi dengan sorang mahaguru hartanah. Kenapa mahaguru? Kerana dia dah hampir 40 tahun dah terlibat dalam dunia hartanah. Dan.. Haa banyak sangatlah kisah2 dan pengalaman dia yang Ahyat tak dapat nak share secara terbuka.
Kalaulah Ahyat yang baru masuk tahun ke 20 melabur hartanah ni, dan orang boleh panggil Ahyat guru, nak banding dgn dia memang sesuailah gelaran mahaguru.
Orang2 macam dia tak buat seminar Dan takde sharing2 kat medsos. Akaun medsos pun takde. Underground je. Ni antara 10 perkara yang Ahyat belajar:
1. CONTROL: dalam deal hartanah, kita mesti control kerana control adalah kuasa. Kita yang kena lead dan jangan benarkan orang pangkah kita
2. UNDANG2: untuk control, kita kena pegang undang2. Memang betul kena cari peguam yang handal tapi kita sendiri mesti kuasai ilmu undang2.
3. HITAM PUTIH: semua urusan hartanah melibatkan undang2. Dan semua mesti ada hitam putih. Dokumentasi mesti kemas dan lengkap
4. JANJI: kalau kita berjanji, kita mesti kotakan janji. Orang mesti percaya kata2 kita. Apakah nilai manusia? Nilainya pada kata2 dan janjinya
5. KENA TIPU: kalaulah ditakdirkan Allah ditemukan dengan orang yang menipu kita dalam deal hartanah, jangan bersedih berlama2. Cepat move on dan redha. Dia cakap kat Ahyat, setiap kali orang tipu dia, Allah gantikan dengan rezeki yang lebih besar
6. BIJAK: otak kena cepat nampak peluang dan kita mesti cepat sambar peluang2 yang ada. Peluang tak selalu datang
7. BERANI: kalau takut, mana mungkin kita nak berjaya capai satu tahap yang kita idam2kan?
8. WINWIN: apa2 deal mesti menang2 untuk semua pihak. Takkan kita nak menang sorang2 dan pihak lain kalah? Dan ofkos la kita taknak kalah dan orang lain menang. Cari titik di mana semua pihak akan menang
9. KAWAN: mesti pandai buat kawan. Takkan ada orang yang pandai berkawan itu merugi. Kawan2 ni kita tak tentu bila kita akan bantu dia atau dia akan bantu kita. Berbaik je dengan seberapa ramai orang.
10. ALLAH: kalau nak capai kejayaan yang besar, amalan kita pun mesti setimpal. Bukan usaha je yang kena lebihkan. Amalan pun kena lebihkan. Lagi tinggi kita nak terbang, Allah sahajalah tempat kita bergantung!

16/06/2021

MLTT adalah salah satu konsep perlindungan pinjaman perumahan bagi memastikan pinjaman tersebut dilu

29/07/2020
10/07/2020
09/07/2020

Share ramai2
Negara kita tanggungjawab kita
Kalau bukan kita siapa lagi

Mana yang makan rasuah
Jual negara jual maruah
Makan duit haram
Tangkap sita harta semua!!

07/07/2020

Saya pernah share isu OPR pada bulan April lalu, kata mungkin OPR akan turun kepada 1.75%. Hari ini OPR dah jadi 1.75% rekod terendah sejak tahun 2009.

Address

Shah Alam
40000

Telephone

60182209697

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ridwan Hartanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category