11/12/2024
Rezeki Allah nak beri tak kira waktu, cuma sanggup terima atau tidak.
Alhamdulillah syukur hari ni kita bantu waris dengan memberi ilmu tentang urus pusaka.
Konflik ahli keluarga suami, iaitu adik-beradik yang tiada hak faraid berkeras umpama mereka ada hak faraid, sedangkan arwah masih ada ibu, isteri, 2AL & 3AP , 2 adalah anak yang masih dibawah umur.
Rasa-rasa apa perasaan yang menuntut tu ye?
Apa-apa pun kita doakan lah ahli keluarga tu diberi hidayah.
Pada pandangan anda, apa tindakan yang perlu dipatuhi, jika sebelum ini si ibu telah menghalalkan dan menyatakan melepaskan hak kepada isteri & anak2 waris.
Tetiba mengubah pengakuan tidak akan menghalalkan hak faraidnya kepada isteri & anak2 arwah anaknya? Dan nak kan hak nya semula?
Isteri & anak2 arwah memang bersetuju utk menyerahkan bahagian faraid ibu arwah. Tetapi apabila setelah ditolak hutang-piutang arwah, duit yang ada tiada baki, malah tidak cukup untuk menampung hutang.
Bagaimana nak serahkan bahagian faraid ibu arwah?
Banyak persoalan berlaku apabila adik-beradik masuk campur.
Doakan kak yatie pusaka dapat diselesaikan kes ini segera. Dalam proses mengumpulkan dokumen.