19/06/2024
Bursa Malaysia pindah ke TRX?
Bursa Malaysia mengesahkan bahawa perbincangan dengan Mulia Property mengenai perpindahan ke Tun Razak Exchange (TRX) masih berjalan dan butirannya belum dimuktamadkan.
Bursa Malaysia dan Mulia Property sedang dalam peringkat akhir rundingan untuk memindahkan ibu pejabat bursa ke TRX.
Jika perpindahan ini menjadi kenyataan, Bursa Malaysia dijangka akan menduduki dua tingkat di bangunan Exchange 106 yang dibangunkan oleh Mulia Property.
Buat masa ini, Bursa Malaysia beroperasi dari kompleks pejabat 16 tingkat yang dikenali sebagai Exchange Square di Bukit Kewangan.
Sumber - NST