11/04/2026
Nampak macam retak kecil je… tapi sebenarnya boleh jadi masalah besar kalau dibiarkan.
Semasa inspection di rumah owner baru-baru ni, kami jumpa retakan halus menegak pada dinding berhampiran suis elektrik seperti dalam gambar.
Pada pandangan pertama, owner ingat ini perkara biasa dan tak serius.
Tapi sebenarnya, retakan seperti ini perlu direkod dalam report defect kerana:
❌ Jika dibiarkan, retakan boleh menjadi semakin panjang
❌ Boleh menjejaskan kemasan dinding selepas renovation
❌ Jika tak dilaporkan dalam tempoh DLP, owner mungkin perlu tanggung kos repair sendiri
Dalam kes ini, retakan berlaku sepanjang dinding dari atas ke bawah — kemungkinan disebabkan oleh pergerakan struktur kecil atau sambungan plaster yang tidak sempurna.
💡 Pengajaran penting:
Walaupun retak nampak kecil, ia tetap perlu diperiksa dan direkod sebelum renovation bermula.
Ramai owner hanya perasan defect besar, tapi retakan halus seperti ini sering terlepas pandang.
Di ERZ Properties, kami bantu owner:
✔ Kenal pasti retakan & defect tersembunyi
✔ Tanda lokasi defect dengan jelas
✔ Sediakan report lengkap untuk dihantar kepada developer
Kalau rumah anda ada retakan seperti ini, atau baru terima kunci
Sebaiknya buat inspection awal sebelum mula renovation.
📩 DM Mieza untuk pertanyaan atau slot inspection.