Mypropertygo

Mypropertygo We are a team full of passionate people towards real estate. We help each other and grow together with property. You can come and join us.

Contact us if you need our service! wa.me/60194410123
wa.me/60195581754
wa.me/60139366760

*EXCLUSIVE LISTING*Sebuah tanah seluas 2 ekar, dipecahkan kepada tanah lot banglo dan semi-D dengan geran individu. Tana...
07/10/2022

*EXCLUSIVE LISTING*

Sebuah tanah seluas 2 ekar, dipecahkan kepada tanah lot banglo dan semi-D dengan geran individu. Tanah tepi jalan yang cantik, tidak berbukit, akan disertakan bersama jalan seluas 50 kaki dan juga longkang.

Enklaf Mahkota Residensi terletak di dalam wilayah Lembah Klang Raya, hanya 6.2KM dari Bangi Avenue, 6.9 KM dari Pekan Bangi Lama, 5 .8 KM bandar Seri Putra Kajang. Di kelilingi oleh perbandaran Bangi Avenue, Bandar Bukit Mahkota & Serene Heights, kawasan perbandaran ini yang semakin pesat membangun & akan memberikan anda pelbagai peluang untuk diterokai dan dinikmati disini.

=================
Contact Shazwan | 0139366760
Contact Shazwan | 0139366760
Contact Shazwan | 0139366760
=================
RM38 sekaki (paling murah di Bangi/Kajang):

Lot banglo:
1) 5,102 sqft = RM193,881
2) 3,810 sqft = RM144,797
3) 3,810 sqft = RM144,797
4) 3,810 sqft = RM144,797
5) 4,230 sqft = RM160,750
6) 6,254 sqft = RM237,648
7) 3,864 sqft = RM146,842
8) 3,810 sqft = RM144,797
9) 4,176 sqft = RM158,704
10) 9,203 sqft = RM349,722
11) 7,653 sqft = RM290,822
12) 6,448 sqft = RM245,010
13) 4,381 sqft = RM166,476
14) 6,082 sqft = RM231,103

Lot Semi-D:
15) 3,886 sqft = RM147,661
16) 3,455 sqft = RM131,299

+ Tanah Reserve Melayu
+ Freehold
+ Geran INDIVIDU

Amenities
========
+ 6 min to Bangi Avenue
+ 5 min to Bandar Seri Putra
+ 100m ke Masjid
+ 1.5km ke Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir
+ 30 minit ke Putrajaya

Accessabilities
============
+ PLUS - Exit Bandar Seri Putra
+ LEKAS
+ Jalan Bangi Lama

Call / whatsapp saya segera untuk pertanyaan dan appointment!

Loan & Lawyer can be arranged.

Shazwan Abdul Ghani
REN26779
Exclusive Listing Agent
SR Property Consultants

let’s join us - all are welcome
21/02/2022

let’s join us - all are welcome

BICARA SANTAI SIRI 9/10 : PENGAMBILAN TANAH : PERKARA ‘WAJIB’ ANDA TAHU!!Fasal 13 Perlembagaan Persekutuan yang memperun...
04/02/2022

BICARA SANTAI SIRI 9/10 : PENGAMBILAN TANAH : PERKARA ‘WAJIB’ ANDA TAHU!!

Fasal 13 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan setiap rakyat mempunyai hak untuk memiliki tanah.
Hanya dengan pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960, pengambilan hak tanah boleh dibuat kerajaan dengan membayar jumlah pampasan mencukupi.

Di bawah Seksyen 3, dinyatakan pengambilan tanah hanya untuk maksud awam, iaitu membina sekolah, masjid, jalan raya dan sebagainya.
Namun begitu, Seksyen 3 akta tersebut telah dipinda pada 1991 dengan memasukkan tambahan pengambilan tanah juga boleh dilakukan kerajaan untuk maksud pembangunan ekonomi.
Oleh itu, MyPropertyGo, S.R Property Consultants akan menampilkan ‘ahlinya’ untuk berbincang secara dasar berkaitan Pengambilan Tanah dan akan memfokuskan kepada perkara-perkara yang wajib diketahui berkaitannya.
Tarikh : 05 Februari 2022 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Jemputan : Sr. Idzwan Izzuddin Shah B. Hj. Ishak, Pengarah Urusan S.R Property Consultants
Medium : Live Stream FB MyPropertyGo
Dengan menghadiri sesi live ini tuan/puan berpeluang berinteraksi atau bersoal jawab secara langsung bersama jemputan.
Like, komen & share agar lebih ramai yang bakal mendapat manfaat.




BICARA SANTAI SIRI 8/10 : BEDAH BUKU - 'JALAN MUDAH JADI KAYA'"Baca perlahan-lahan buku ini dan ambil masa untuk menghay...
21/01/2022

BICARA SANTAI SIRI 8/10 : BEDAH BUKU - 'JALAN MUDAH JADI KAYA'
"Baca perlahan-lahan buku ini dan ambil masa untuk menghayatinya kerana ada beberapa info yang memang di luar daripada kebiasaan.
Kadangkala saya sendiri pun seperti tidak percaya apa yang disampaikan oleh penulis.
Bacalah buku ini dengan 'gelas yang kosong'
Semoga anda mendapat ilmu baharu dan segera mengamalkannya" - Eza Ezamie, Penterjemah buku 'The Simple Path to Wealth (Jalan Mudah Jadi Kaya) karya JL Collins
Oleh itu, MyPropertyGo, S.R Property Consultants akan menampilkan Penterjemah buku ini untuk berbincang secara dasar kandungan buku ini.
Tarikh : 22 Januari 2022 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Medium : Live Stream FB MyPropertyGo
Dengan menghadiri sesi live ini tuan/puan berpeluang berinteraksi secara langsung dengan Penterjemah buku ini sendiri
Like, komen & share agar lebih ramai yang bakal mendapat manfaat.




BICARA SANTAI SIRI 7/10 : PERANCANGAN BANDARPerbandaran telah dianggap sebagai satu proses sosial yang telah menghasilka...
07/01/2022

BICARA SANTAI SIRI 7/10 : PERANCANGAN BANDAR

Perbandaran telah dianggap sebagai satu proses sosial yang telah menghasilkan perubahan besar dalam cara hidup manusia.
Umumnya, perancangan bandar yang baik mestilah mempunyai dasar dan polisi yang bertindak sebagai kawalan pembangunan yang kukuh. Perancangan yang baik mestilah juga mempunyai kawalan dari segi pembangunannya.
Persoalannya ???
+ Siapakah yang bertanggungjawab dalam perancancangan bandar?
+ Apakah itu Rancangan Struktur (RS), Rancangan Tempatan (RT), Rancangan Kawasan Khas (RKK)
+ Bagaimana proses perancangan dilaksanakan?
+ Kriteria dalam penentuan ‘zoning’ sesuatu kawasan?
+ Adakah perancangan bandar mempengaruhi nilai hartanah?
Oleh itu, MyPropertyGo, S.R Property Consultants akan menampilkan ahli dalam bidangnya yang bakal menjawab / merungkai persoalan ini.
Tarikh : 8 Januari 2022 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Medium : Live Stream FB MyPropertyGo

Jemputan :
Tpr. Hj. Abdul Hamid Bin Akub
Managing Director AHA Planning Consultants
Dengan menghadiri sesi live ini tuan/puan berpeluang bertanya secara langsung dengan panel jemputan.
Like, komen & share agar lebih ramai yang bakal mendapat manfaat.





02/01/2022
MAKLUMAN TERKINI!!!Bagi menghormati situasi banjir yang melanda negara pada masa ini, pihak MyPropertyGo dan Panel Jempu...
24/12/2021

MAKLUMAN TERKINI!!!
Bagi menghormati situasi banjir yang melanda negara pada masa ini, pihak MyPropertyGo dan Panel Jemputan untuk program Bicara Santai Siri 6/10 yang dijadualkan bakal berlangsung esok pagi akan :
DITUNDA kepada suatu tarikh yang bakal ditetapkan kemudian.
Semoga situasi banjir yang melanda negara berakhir segera & didoakan kesejahteraan serta ketenangan kepada semua.



BICARA SANTAI SIRI 6/10 : SIAPA KATA MELABUR HARTANAH MELALUI SYARIKAT SUSAH? Memetik artikel yang ditulis dalam majalah...
24/12/2021

BICARA SANTAI SIRI 6/10 : SIAPA KATA MELABUR HARTANAH MELALUI SYARIKAT SUSAH?

Memetik artikel yang ditulis dalam majalahlabur. com, menurut Forbes, terdapat 50 orang terkaya di Malaysia dengan umur semuda 37 tahun sehingga 96 tahun daripada kedua-dua jantina lelaki dan perempuan.
Apa yang menarik tentang pendedahan Forbes ini adalah, 5 daripada 10 teratas dalam senarai orang terkaya di Malaysia adalah yang berada dalam industri hartanah!
Mungkin disebabkan itu, tidak hairanlah mengapa semakin ramai orang mula terlibat / berminat dalam sektor hartanah.
Selain itu, jika kita bercerita berkaitan pelaburan hartanah juga, kita mungkin pernah mendengar cakap-cakap tentang membeli hartanah guna nama syarikat!!!
Persoalannya :
+ Benarkah boleh / wajar melabur hartanah menggunakan nama syarikat?
+ Bagaimana caranya? Macam susah ja..
+ Ada perbezaan atau tidak melabur hartanah secara persendirian vs syarikat?
+ Pematuhan undang-undang bagaimana?
Oleh itu MyPropertyGo, S.R Property Consultants akan menampilkan ahli dalam bidangnya yang bakal menjawab / menguraikan persoalan ini. (seperti dalam poster)

Tarikh : 25 Disember 2021 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Medium : Live Stream FB Mypropertygo

Jemputan :
Pn. Junny Erfisyahry (Peguam Hartanah)
Tetuan Law Office Of Junny, Faizah & Azura
Dengan menghadiri sesi live ini tuan/puan berpeluang bertanya secara langsung dengan panel jemputan.
Like, komen & share agar lebih ramai yang bakal mendapat manfaat.





24/12/2021

MISI BANTUAN BANJIR
MyPropertyGo hadir membantu membersihkan kediaman 'partner' kami yang turut terlibat dalam banjir di Kg. Seri Aman, Puchong.
Sr. Idzwan Izzuddin Shah Pengarah Urusan, SR Property Consultants sendiri hadir dalam misi ini. Turut hadir adalah Sr. Saiful Nizam Ali dan barisan pengurusan syarikat / komuniti.
Mari kita doakan semoga Allah memudahkan urusan dan memberikan ketenangan kepada semua mangsa banjir... Amiinn



BICARA SANTAI SIRI 5/10 : PERUMAHAN STRATA- PEMILIK PERLU BAYAR YURAN PENYELENGGARAAN?Setiap orang mengimpikan untuk mem...
09/12/2021

BICARA SANTAI SIRI 5/10 : PERUMAHAN STRATA- PEMILIK PERLU BAYAR YURAN PENYELENGGARAAN?

Setiap orang mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri yang didaftarkan atas nama sendiri sebagai pemilik harta.
Antara pilihan yang wujud dalam pasaran adalah hartanah / rumah berstrata atau berbilang tingkat yang dibangunkan di atas sebidang tanah
Contohnya seperti rumah flat, pangsapuri, apartmen, kondominium, townhouse dan rumah-rumah dalam skim berpagar dan berpengawal.
Namun, berdasarkan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2015, pemilik hartanah strata perlu membayar yuran penyelenggaraan.
Persoalannya????
+ Apa itu yuran penyelenggaran?
+ Bagaimana yuran penyelenggaraan ditetapkan?
+ Mengapa pemilik perlu membayar yuran penyelenggaraan?
+ Jika pemilik tidak membuat bayaran apakah kesannya?
+ Bolehkan bayaran dibuat secara ansuran?
+ Jika pemilik tidak mampu bayar bagaimana?
Oleh itu MyPropertyGo, S.R Property Consultants akan menampilkan ahli dalam bidangnya yang bakal menjawab / menguraikan persoalan ini. (seperti dalam poster)

Tarikh : 11 Disember 2021 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tajuk : Perumahan Strata - Pemilik Perlu Bayar Yuran Penyelenggaraan?
Medium : Live Stream FB Mypropertygo

Jemputan :
Sr. Mohd Asraf Bin Mat Yajid
Pengarah, Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB), Majlis Perbandaran Selayang
Dengan menghadiri sesi live ini tuan/puan berpeluang bertanya secara langsung dengan panel jemputan.
Like, komen & share agar lebih ramai yang bakal mendapat manfaat.





Address

9B, Jalan USJ 1/20, Taman Subang Permai
Subang Jaya
47600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mypropertygo posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mypropertygo:

Share

Category