NSA Property Subang

NSA Property Subang Do you want to "SELL / BUY / RENT'' Properties. Please click LIKE for more details.

We are Real Estate Negotiator from Nasir Sabaruddin & Associates (NSA)

11/03/2018

Pelbagai cara

Kisah penipuan hartanah... Hati-hati dengan tawaran yang menarik. Tawaran yang tidak masuk akal menyebabkan kepada pihak...
05/10/2017

Kisah penipuan hartanah...
Hati-hati dengan tawaran yang menarik.
Tawaran yang tidak masuk akal menyebabkan kepada pihak pembeli

BOY IMAN DICEKUP KES TIPU BANGLO – KOSMO ONLINE – 4/10/2017

KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A. Rahman ataupun lebih dikenali sebagai Boy Iman bersama dua lagi suspek ditahan dalam dua serbuan berasingan di Ampang, Selangor dan Setapak di sini kelmarin berhubung kes penipuan jualan rumah banglo melibatkan jumlah kerugian keseluruhan RM6.2 juta.

Syarikat pelakon telefilem Blok 404 berusia 37 tahun dipercayai bekerjasama dengan syarikat Juta Kelulut Global Resources menawarkan rumah kepada para pembeli dengan harga lebih murah daripada harga pasaran berjumlah RM60,000 bagi sebuah banglo berkeluasan 154 meter persegi (1,650 kaki persegi).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Boy Iman ditangkap di Balai Polis Bukit Indah, Ampang selepas pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang didakwa dilakukan oleh kedua-dua syarikat tersebut.

“Bagaimanapun, setelah bayaran dilunaskan, pembinaan rumah tersebut tidak dijalankan.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan di pejabat suspek di Wisma DBI, Ampang, polis telah merampas sebuah kenderaan jenis Nissan Fairlady, sebuah kenderaan jenis BMW E92 bersama tiga telefon bimbit, sekeping sijil ijazah doktor falsafah daripada Good Samaritan Mission & International University dan pelbagai dokumen milik syarikatnya,” katanya dalam satu ke­nyataan di sini semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
Hakcipta terpelihara

24/03/2017

(LOAN RUMAH ANDA)
Secara amnya, pihak bank akan memberikan kelulusan pembiayaan rumah anda dengan melihat kepada Debt Service Ratio (DSR).
DSR ini akan memberi petunjuk kepada pihak bank tentang keadaan semasa status kewangan anda. Semakin tinggi DSR anda, semakin sukar pembiayaan perumahan untuk lulus.
Antara hutang yang akan meningkatkan DSR anda adalah segala perkara yang dipinjam daripada institusi kewangan contohnya Loan Kereta, Loan Rumah, Personal Loan, Hutang Kad Kredit, PTPTN dan lain-lain lagi.
Pada kebiasaannya, kadar DSR yang dibenarkan oleh pihak bank kepada anda adalah bergantung kepada Gaji yang anda perolehi, ianya sekitar 55-80%. Semakin tinggi gaji anda, semakin tinggi kadar yang diberikan oleh pihak bank.
Cara pengiraan DSR adalah Jumlah hutang dibahagi dengan Gaji bersih. Contoh,

🚩hutang = RM 800
🚩Gaji bersih = RM4,000
🚩DSR adalah = 20%

Dalam kes ini, Jika pihak bank membenarkan DSR sehingga 60% untuk anda, ini bermakna anda boleh mendapatkan sekitar 40% lagi atau RM1,600 setiap bulan untuk memiliki sebuah rumah pada harga RM320,000.
Sekian sharing untuk petang ini.













23/03/2017

APA ITU KAVEAT?????
⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠
Kaveat adalah dokumen yang apabila di masukkan ke dalam Daftar Tanah akan memberi pelangi kepada pengkaveat untuk melindungi apa-apa hak yang ada.

Sebagai contoh, pemilik rumah (A) mempunyai hutang dengan seseorang yang lain (B). Pihak B boleh memasukkan Kaveat persendirian kepada pihak A bagi memastikan penghutang membayar kembali hutang tersebut. Kaveat ini adalah satu alat untuk Menyekat Urus Niaga

Terdapat beberapa jenis Kaveat iaitu:
1. Kaveat Pendaftar
2. Kaveat Persendirian
3. Kaveat pemegang lien
4. Kaveat Amanah

KAVEAT PENDAFTAR adalah kaveat yang di masukkan oleh pihak Pendaftar hak milik (pejabat tanah & daerah / pejabat tanah & galian) bagi melindungi kepentingan kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan. Ia juga berperanan dalam menghalang fraud atau urus niaga yang tidak jujur atau mempunyai kesilapan dalam hak milik.

KAVEAT PERSENDIRIAN p**a adalah Kaveat yang boleh dimasukkan oleh orang awam/keluarga/ sebuah badan yang mempunyai kepentingan sama ada yang melibatkan hartanah atau pun bukan.

KAVEAT LIEN p**a adalah untuk melindungi kepentingan pemberi pinjaman seperti bank dan syarikat pinjaman untuk hartanah yang dicagarkan .

KAVEAT PEMEGANG AMANAH adalah kaveat yang dimasukkan oleh Pendaftar ke atas individu atau badan yang memegang Amanah ke atas hak milik tersebut

Kesan Kaveat adalah menyebabkan masalah penjualan hartanah sama ada melalui sub-sale mahupun lelong. Pembeli rumah lelong perlu mengenalpasti hartanah tersebut bebas dari kaveat supaya pihak bank boleh memberi pinjaman kepada hartanah yang dibeli.

Terima kasih










21/03/2017

HARTANAH LELONG.
======================================
Kenapa ada hartanah yang dilelong?
Jawapannya adalah peminjam gagal menjelaskan bayaran bulanan sepertimana yang telah tertulis dalam 'Sign & Purchase Agreement (SPA)' semasa ingin mendapat pembiayaan bank.
Pembeli juga akan menandatangani 'Power of Attorney (PA)' bagi membolehkan pihak bank melelong hartanah tersebut sekiranya gagal membuat pembayaran.
Lelongan hartanah di Malaysia terbahagi kepada 3:
🔽Lelongan di Mahkamah Tinggi
🔽Lelongan di Pejabat Tanah
🔽Lelongan di Auction House (private auction)
KENAPA ADA PERBEZAAN TEMPAT LELONGAN?
Saya akan cerita kemudian.
sharing is caring









APA BENDA LA GAMBAR YANG BERKALER NI?=============================================Untuk Pengetahuan anda, warna-warna ka...
21/03/2017

APA BENDA LA GAMBAR YANG BERKALER NI?
=============================================
Untuk Pengetahuan anda, warna-warna kawasan ini merujuk kepada Kod Guna Tanah semasa di kawasan Subang Jaya, Sunway dan Putra Height.
Dalam perancangan bandar, peletakan sesuatu guna tanah perlu diambil kira bagi menyediakan fasiliti yang berkaitan denggan guna tanah tersebut.
Selain itu, Kawasan industri terutamanya industri berat perlu mempunyai zon penampan/buffer zone dengan kawasan perumahan bagi mengelakkan penduduk sekitar mengalami gangguan kesihatan. Namun, akibat masalah kepadatan penduduk di kawasan Lembah Klang, percampuran zon guna tanah/mix-use development telah mula dipraktikkan.
Berikut adalah asas kod guna tanah yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Malaysia
Coklat = Perumahan
Purple = Industri
Biru = Perniagaan & Perkhidmatan
Hijau = Kawasan Lapang & Rekreasi
Merah = Institusi dan Kemudahan Masyarakat
Kuning = Pengangkutan

Sekian











Address

Subang Jaya

Telephone

013-6284159

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NSA Property Subang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category