07/09/2022
GAJI HARIAN DAPAT BELI RUMAH
Assalamualaikum tuan azizul azli@abah kacak.
Mohon rahsiakan identiti facebook saya.
Saya bernama SZ. Umur 27 tahun dan seorang perempuan. Saya follow tuan 3 tahun lepas. Masa tu saya baca topik gadis kena beli rumah sebelum umur 30 tahun. Masa tu umur saya 24 thn hanya bekerja sebagai pekerja sambilan harian dengan pendapatan rm54 sehari.
Ketika umur 25 tahun. Saya masih lagi bekerja sebagai pekerja sambilan harian dengan pendapatan rm54 sehari. Saya pening fikir mampu ke saya beli rumah dengan gaji kecil.
Saya tak putus asa. Saya niaga part time. Jual macam macam produk. Yang penting saya boleh dapat DUIT. Saya pergi kerja menaiki motor sahaja. Bawa bekal untuk jimat. Gaji saya sebulan rm900. Saya akan menyimpan rm200-rm300 sebulan.
Ketika umur 26thn, saya masih lagi bekerja sebagai pekerja sambilan harian tapi di sektor glc.. dengan pendapatan rm80 sehari. Sebulan saya dapat gaji rm1600. Saya upkan simpanan. Tapi sayangnya bila bila boleh tamat kontrak kerja. Masa tu saya masih lagi buat part time niaga. Saya bawa bekal. Saya Naik motor. Kalau hujan saya pinjam kereta ayah saya.
Saya nekad nak cari rumah pertama sebelum umur 30thn. Saya apply jawatan kosong yg ada. Saya nekad nak ubah hidup. Kalau perlu bekerja di bandar saya sanggup.
Tapi belum ada rezeki. Saya masih bekerja sebagai pekerja sambilan harian di glc. Rezeki milik Allah. Penghujung tahun 2016 saya dapat tawaran kerja sebagai kerani tetap di sebuah company under glc.
Awal tahun 2017. Saya survey rumah untuk di jual. Walaupun saya belum sah jawatan. Saya beranikan beli rumah pertama dengan simpanan yang ada sebagai deposit . Agak mencabar proses beli rumah pertama sebab payslip saya bebas hutang. First time hantar application pada bank. Bank reject untuk minta loan 90%. Saya resubmit dokumen balik. 2 minggu lepas tu. Dapat tahu loan rumah lulus. Syukur rasanya masa tu tuan.
Alhamdulillah. Hari ini saya berjaya beli rumah pertama sebelum umur 30 tahun atas nasihat tuan azizul azli.. Rumah saya beli rumah subsale tapi bukan di selangor/kl..
Setiap orang mampu dan boleh buktikan kita boleh. Wahai gadis/wanita yang hebat. Jom kita usahakan aset atas nama sendiri.
Walau gaji kecil dan kerja biasa biasa kita boleh dengan letakkan matlamat.
Terima kasih tuan azizul azli. A.k.a abah kacak.
Yang mana nak kak nani bantu untuk beli rumah pertama boleh contact
Www.wasap.my/+60125254099
Kak Nani property
Maxxan realty Sdn. Bhd.
WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.