15/04/2022
PATUT KE RENOVATE RUMAH SEBELUM JUAL?
1) Ada sesetengah pemilik rumah, mereka renovate rumah kerana nak bagi harga naik dan mudah laku.
2) Contohnya, harga rumah RM500,000 dan pemilik belanja RM100,000 untuk renovate rumah. Pemilik target untuk jual RM700,000. Berbaloi ke buat macam ni?
3) Jawapannya belum tentu berbaloi. Sebab apa?
4) Kalau kita belanja RM100,000 nilai rumah tak semestinya akan naik, especially kalau tak ada kelulusan majlis. Bahkan entah-entah penilai ambil sebahagian sahaja dari KOS RM100,000 sebagai nilai. Kalau jadi macam ni, payah pembeli nak dapat pinjaman yang cukup dari bank. Kita pun rugi.
5) Kedua kerana harga yang tinggi tadi tu mungkin dah bersaing dengan jenis rumah yang lebih baik. Contoh rumah kita adalah jenis teres berharga RM500,000. Lepas renovate kita cadang nak jual RM700,000. Tapi kalau harga RM700,000 tu dah dekat atau melebihi harga rumah Semi D, memang susahlah nak laku.
6) Lagipun pembeli boleh jadi ada selera mereka sendiri. Mereka tak minat dengan renovation yang kita buat. Diorang nak beli p**a, harga dah tinggi sebab pemilik campur dengan kos renovation tadi.
7) Pendapat saya, kalau korang nak renovate rumah sebab nak jual, jangan terlalu agresif berbelanja. Sebaliknya fokus untuk baiki impresi rumah tu. Buat benda yang kosnya minimum tapi impaknya besar.
8) Pembeli akan minat kalau rumah nampak bersih dan cantik. Contohnya macam cat baru, ada lampu hiasan, polish lantai. Kos nak buat semua ni tak tinggi tapi rumah tu akan lebih menarik dan terjual lebih cepat. Dalam jualan rumah, impresi pertama tu sangat penting. Nak dapat impresi baik, kita tak semesti belanja terlalu tinggi.
Credit to arif hussin