Fazil Subhi Juruukur Tanah

Fazil Subhi Juruukur Tanah Pengukuran Tanah, Pelan Pecahan Tanah, Pemisahan Geran, Ukur Halus

30/05/2025

Ada banyak tanah persendirian berdepan masalah buat pembahagian Pusaka. Antara sebab utamanya adalah telah dibina rumah penuh atas tanah. Nak ukur pun susah, inikan nak bahagi.

28/05/2025

Bahagian nak ukur tanda mestilah dari Penama atas Geran. Jika Penama dah meninggal, ukur dahulu bahagiannya. Dari Pelan itu ditetapkan pecahan bahagian anak-anak. Begitu caranya.

27/05/2025

Waris 6 orang, 5 dah buat rumah atas tanah Pusaka. Yang ke-6 melilau cari kedudukan bahagian sebab dah penuh. Maka ukur tanda baharu akan dibuat. Bagaimana, jika baki tanah pun tak cukup ?

27/05/2025

Kerja di tapak seawal 2 minggu ke depan, minima. Deposit diperlukan untuk pengesahan kerja. Client lain dah bayar dan tunggu giliran, tiba-tiba baru tanya dan suruh buat esok, itu bukan amalan Kami.

23/05/2025

Pelan untuk kegunaan Mahkamah perlu standard. Mesti ada kesemua butiran terperinci atas tanah, termasuk kedudukan bangunan, laluan jalan. Ini kepakaran Kami.

22/05/2025

‘ Ada beberapa rumah dah masuk bahagian tanah saya, minta ukur kesemua rumah tu, saya nak fail Pengusiran ‘
Baik Puan.

22/05/2025

Tanah diduduki adalah Geran Berangkai. Semua dah buat rumah, soalannya, adalah keluasan rumah itu sama seperti pemilikan bahagian tertera atas Geran ?

21/05/2025

Jika nak buat pembangunan seperti rumah atau rumah kedai, Pelan Topografi kena sediakan dulu untuk Permohonan. Ini kosnya besar sesuai dengan projek.

20/05/2025

Tanpa Geran atau Carian Rasmi Tanah, bagaimana nak tahu bahagian siapa dan berapa luas tanah dia ? Dari situ barulah tentukan sempadan bahagian masing-masing. Ini ASAS ukur tanah.

17/05/2025

Kerajaan ambil tanah dan daftar atas Geran, tetapi tidak dinyatakan dimana. Sebab itu jika Pemilik nak buat sesuatu, kena ukur tanda semula untuk sahkan maklumat ambilan.

16/05/2025

Penama Geran 5 orang, tapi ada pihak kata patutnya 6. Jadi bagaimana ? Undang-undang ikut Geran, jika ada pertikaian, kena masuk Court. Pada ketika ini, ikut Geran iaitu 5 orang. Tak boleh Pecah Geran lagi.

15/05/2025

Jika orang perlu Sijil Lahir, Kad Pengenalan dan Sijil Nikah Ibubapa, maka tanah perlukan Geran atau Carian Rasmi. Baru tahu masalah tanah tersebut. Nak buat ukur tanda atau Pecah Geran ke, dua itu dahulu.

Address

Sungai Petani
08000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fazil Subhi Juruukur Tanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Fazil Subhi Juruukur Tanah:

Share

Category