31/12/2020
Apa perbezaan antara MLTT 🆚 MRTT?
Bagi yang bakal membeli rumah, jangan pening dan confuse bila banker anda tanya nak MLTT atau MRTT okay? 🤔
MRTT/MLTT ni adalah insurans rumah 🏡
Anda kena tahu dahulu apa yang dimaksudkan dengan perkataan tu:
☑️ MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful
☑️ MLTT – Mortgage Level Term Takaful
Perbezaan yang ketara adalah “Reducing“ dan “Level“
🗣️ Yang pertama dari segi harga dan cara bayaran. MRTT lebih murah tapi kena bayar sekali gus dan boleh dimasukkan kedalam loan anda. MLTT pulak mahal tapi bayaran secara ansuran dan bank tak cover dalam loan.
🤷 MRTT ni yang tak best adalah penama bank bukan nama ahli keluarga anda. Tidak boleh dipindah milik. Kalau apa-apa yang terjadi kepada anda, pihak insuran akan settle kan baki loan sahaja dan waris hanya dapat rumah sahaja. Kalau anda buat refinance, polisi akan batal.
🙋 Berbeza dengan MLTT, lebih baik sebab boleh di namakan atas nama ahli keluarga, boleh dipindah milik, refinance pun polisi tak batal. Kalau apa-apa terjadi, bayaran untuk jumlah loan, bukan hanya baki loan. Jadi, waris akan dapat rumah dan juga wang.
🚨 Sebenarnya tiada paksaan untuk ambil insuran ni, tetapi bank akan suruh anda ambil untuk melindungi hak bank jika apa-apa terjadi kepada anda. Lagipun, keluarga anda pun akan terlindung 😊
Credit to: HartanahViral