Jurukur Ceria

Jurukur Ceria Jurukur Berlesen untuk Pecah Geran, Ukur Tanda

Kami Mahukan AndaKami sentiasa mencari pekerja mahir!KAMI BERKEMBANG MAJU DAN MENCARI PEKERJA YANG BERWAWASAN UNTUK MENJ...
08/12/2025

Kami Mahukan Anda
Kami sentiasa mencari pekerja mahir!

KAMI BERKEMBANG MAJU DAN MENCARI PEKERJA YANG BERWAWASAN UNTUK MENJADI SEBAHAGIAN DARI TEAM INSPIRASI!

Di Jurukur Ceria Sdn Bhd, kami berusaha setiap hari untuk mencapai matlamat. Sehingga menjadi pilihan ramai pelanggan dan jurukur.
Semangat dan dedikasikan menjadikan team ke peringkat tertinggi dalam bidang ukur tanah.
Setiap hari membawa penemuan baru apabila kami komited untuk melakukan keajaiban kepada pelanggan dan komuniti.
Komitmen pas**an yang saling hormat menjadi persekitaran kerja lebih produktif.
Banyak peluang dan ruang bagi juruukur di sini. Jurukur Ceria tawarkan untuk menjadikan anda pemimpin masa depan.
Adakah anda yang kami cari?

Dua jawatan yang perlu diisi di Sungai Petani, Kedah.
i) Pelukis Pelan (1 Kekosongan); dan
ii) Juruukur ( 1 Kekosongan)

Calon yang berminat boleh hantar resume ke [email protected]
atau whatsapp ke no : 011-5980 5801 / 019-2008180

Kenapa viral cucu jual tanah wakaf? Apa sebenarnya berlaku? 🤔Ramai kecam cucu pewakaf sebab jual tanah wakaf. Tapi… sebe...
09/05/2025

Kenapa viral cucu jual tanah wakaf? Apa sebenarnya berlaku? 🤔
Ramai kecam cucu pewakaf sebab jual tanah wakaf. Tapi… sebenarnya kita tak tahu cerita penuh. Mungkin cucu pun tak tahu itu tanah wakaf. 😢
Daripada semakan lot tanah (rujuk gambar), besar kemungkinan wakaf dulu dibuat secara lisan saja, tak ada hitam putih, tak masuk dalam geran pun. Jadi, bila dah turun-temurun, waris pun tak tahu status sebenar. 😞
Masjid sekarang ni 'mostly' terletak atas lot 6269. Tapi sikit je bahagian masjid termasuk dalam lot 6271 yang dah dijual kepada non-Muslim. Lot 6271 ni kawasan kelapa sawit. Mungkin masa bina masjid dulu, tak ukur betul-betul sempadan tanah. 😓
Apa pengajarannya?
✅ Kalau nak wakaf tanah, pastikan 'selesai urusan rasmi'. Daftar wakaf ikut saluran betul — Pejabat Agama, Pejabat Tanah, Jurukur Berlesen.
✅ Kalau nak bina bangunan, pastikan ukur betul-betul sempadan tanah. Jangan main agak-agak.
✅ Kalau nak beli tanah, pastikan tahu sempadan jelas. Takut nanti terbeli tanah yang dah ada bangunan orang lain! Atau bangunan kita berada di tanah orang.
Kes Masjid Jamek Ar-Ridzuan ni bagi pengajaran besar untuk kita semua. Niat baik pun kena ada tindakan yang betul supaya tak jadi isu di kemudian hari. 🙏

Allahu Akbar! Tangisan syukur dan kegembiraan hari ini menggema di segenap pelusuk kariah Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Alor ...
08/05/2025

Allahu Akbar!
Tangisan syukur dan kegembiraan hari ini menggema di segenap pelusuk kariah Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Alor Pongsu.
Dalam tempoh kurang daripada 36 jam, umat Islam yang berhati mulia telah bersatu hati, berkorban demi rumah Allah dan hasilnya sungguh luar biasa! Hampir RM2 JUTA berjaya dikumpulkan! 💫💰
Ini bukan sekadar angka. Ini lambang cinta ummah terhadap masjid, simbol perpaduan, dan bukti bahawa apabila hati bersatu, tiada yang mustahil. Alhamdulillah, binaan masjid tercinta kita dapat dikekalkan, dipertahankan, dan dimuliakan.
Terima kasih kepada semua pewakaf, penderma dan mereka yang menyumbang walau sebesar zarah. Semoga setiap sen yang diberi menjadi saham jariah yang mengalir tanpa henti, hingga ke syurga. 🌸

Bagan Serai: Hanya dalam tempoh kurang 36 jam selepas kisah Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Alor Pongsu disiarkan, pengurusan masjid berjaya mengumpulkan dana hampir RM2 juta sekali gus mencukupi untuk menebus kembali tanah wakaf yang sudah dimiliki individu bukan Islam itu.

Letupan & kebakaran paip gas musnahkan banyak harta benda. Ramai terkesan terutama penduduk sekitar kebakaran.Agensi ker...
14/04/2025

Letupan & kebakaran paip gas musnahkan banyak harta benda. Ramai terkesan terutama penduduk sekitar kebakaran.
Agensi kerajaan & swasta yang terlibat berkampung di sini. Banyak faktor yang menyebabkan terjadinya demikian.
Salah satu darinya ialah paip gas yang berada di bawah tanah tidak dapat dilihat oleh mata manusia. Kita tak tahu keadaan paip dalam keadaan baik atau sebaliknya.
Lokasi utiliti bawah tanah di ukur dan di tunjukan atas pelan bagi memudahkan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek. Maklumat utiliti bawah tanah ini di panggil Pemetaan Utiliti Bawah Tanah.
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) di arah oleh jemaah menteri untuk menyimpan maklumat ini. Ianya sangat penting bagi membantu kerja- kerja korek mengorek, minimumkan risiko kemalangan dan kos pembaikan yang tinggi.

KUALA LUMPUR: Hasil kajian Dasar Pemetaan Utiliti Bawah Tanah sedang dikemas kini serta ditambah baik, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii.

22/03/2025

21 Ramadan
Sementara tunggu malam.
Sembilan hari akhir Ramadan.
Semoga kita diredahi dan ketemu Lailatulqadar.

Bila kita tanya “Antara manusia & mesin mana lebih mudah diurus”Ramai jawab, “Mesin lebih senang diurus berbanding manus...
20/03/2025

Bila kita tanya “Antara manusia & mesin mana lebih mudah diurus”
Ramai jawab, “Mesin lebih senang diurus berbanding manusia”. Bagaimana dengan anda ?
Agak menarik, semalam dan hari ini kami berpeluang belajar “Mastery to Optimize Team” (MOT) di UTM.
Satu perkara yang saya s**a ialah teknik memahami seseorang. Semudah melihat mata mereka apabila kita bertanya. Menarik kan ?
Lepas tu, buku “Mudahnya KPI” yang ditunggu-tunggu, dapat hari ini. Rasa seronok sangat. Bayangkan benda tak di jangka. Tiba- tiba dapat, macam mana rasanya ?. Hihi
Semoga Allah panjangkan umur Tuan @ dan Puan dari . Agar mereka dapat terus berkongsi ilmu ini kepada lebih ramai business owner dan pengurus sumber manusia. Aamiin



Akhirnya...dapat juga berguru dengan Coach Idahar. Selalu nampak beliau dalam media sosial tapi tak berpeluang berguru. ...
16/01/2025

Akhirnya...

dapat juga berguru dengan Coach Idahar.
Selalu nampak beliau dalam media sosial tapi tak berpeluang berguru. Alhamdulillah. Hari ini dapat lihat, dengar dan menjiwai perkongsian beliau.
Seperti syarikat-syarikat yang berjaya, Jurukur Ceria juga sentiasa berusaha agar "Hari ini lebih baik dari semalam". Ianya juga selari dengan Visi kami iaitu "Pemetaan berkualiti & cepat".
Bagi memastikan angan-angan ini menjadi realiti. Budaya belajar dan terus belajar menjadi amalan.
Hari ini berpeluang masuk kelas "STRATEGIC BUSINESS FRAMEWORK". 9 pagi - 5 petang !!.
Apa yang menarik, program sangat padat dan diterang dengan sistematik. Limpahan ilmu yang banyak, sehingga terasa kita "kerdil" dengan ilmu Allah yang luas.
Saya tertanya-tanya sekiranya saya belajar 2 tahun lepas, di manakah prestasi Jurukur Ceria pada saat ini ?
Kesempatan ini saya syer, apa yang telah dipelajari. Perkara yang saya ingat dan teruja nak buat ialah ilmu 8E. Ayat penuhnya,
8 ELEMEN SISTEM BISNES. 8E keperluan asas syarikat. Jika ianya kukuh, maka kukuhlah syarikat.
Sekiranya syarikat ada masalah, semaklah 8E
Sekiranya syarikat nak growth, kukuhkan 8E
Sekiranya syarikat nak buka cawangan, kemaskan 8E
Banyak elemen dalam 8E kita dah buat pun. Tapi kita tak tahu ia adalah "tiang seri" untuk berkembang.
Terima kasih Coach
Semoga Coach Idahar, terus memberi manfaat kepada bisnes owner. Saya doakan agar Allah tingkatkan rahmat dan keberkatan kepada Coach dan team. Aamiin.

Selamat Tahun Baru 2025 daripada Jurukur Ceria Sdn Bhd.
31/12/2024

Selamat Tahun Baru 2025 daripada Jurukur Ceria Sdn Bhd.

30/08/2024

Selamat menyambut Hari Merdeka yang ke 67

Semoga hari ini berjalan dengan lancar dalam urusan mencari rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin Ya Allah Ya Muj...
29/05/2024

Semoga hari ini berjalan dengan lancar dalam urusan mencari rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin Ya Allah Ya Mujib.

😊
28/05/2024

😊

Address

No A63/2, Jalan 3A, Cinta Sayang Resort Homes
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+6044447700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jurukur Ceria posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jurukur Ceria:

Share

Category