12/08/2026
Kalau dapat geran ada tulis hak milik sementara....jgn risau ..sebab 👇
Geran Hak Milik Sementara (HSM) ialah dokumen hak milik tanah yang dikeluarkan sementara sebelum hak milik tetap/definitif dikeluarkan
Dalam bahasa mudah:
🏡 Tanah/rumah masih ada geran yang sah, bukan bermaksud tanah itu “tak ada geran”.
🏡 Biasanya berlaku apabila proses ukur/pemetaan atau penyediaan hak milik muktamad belum selesai.
🏡 Selepas proses berkaitan selesai, ia boleh ditukar kepada Geran Hak Milik Tetap.