08/06/2025
📆 8 Jun 2025
🕋 11 Zulhijjah 1446H
Assalamualaikum,
Hari ini telah selesai program tahunan Masjid Al-Muhsinin Kampung Raja iaitu:
Pelaksanaan Ibadah Korban 1446H
Sebanyak 8 ekor lembu telah berjaya disembelih hari ini oleh Matan Imam Masjid Al-Muhsinin Kampung Raja, Ustaz Alias Che Nus, bertempat di Surau Taman Berlian.
Daging korban telah dibawa ke Masjid Al-Muhsinin untuk proses pembahagian dan penyediaan juadah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.
Dalam masa yang sama, pihak Masjid Al-Muhsinin ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada para peserta, petugas dan kepada semua anak kariah yang terlibat bertungkus-lumus menjayakan program pada kali ini.
Akhir kata, jangan bersedih jika tidak dapat menyertai ibadah korban pada tahun ini...
InshaAllah, semoga tahun hadapan tidak terlepas peluang untuk berkorban bersama Masjid Al-Muhsinin Kampung Raja.