04/01/2026
Kenapa penyewa perlu isi butiran (details) sebelum viewing?
1️⃣ Untuk tapis penyewa serius
Supaya masa tuan rumah dan penyewa tak terbuang. Hanya penyewa yang betul-betul berminat & layak sahaja akan dibawa viewing.
2️⃣ Keselamatan tuan rumah & harta
Rumah sewaan adalah harta peribadi. Maklumat asas penyewa penting untuk elakkan risiko penyalahgunaan atau perkara tidak diingini.
3️⃣ Pastikan kemampuan kewangan
Supaya sewa, deposit dan komitmen bulanan bersesuaian untuk elak viewing yang akhirnya tak boleh proceed.
4️⃣ Mudahkan urusan kelulusan tuan rumah
Bila details lengkap, proses persetujuan tuan rumah jadi lebih cepat & lancar.
5️⃣ Profesional & standard industri hartanah
Ini amalan biasa perunding hartanah berdaftar untuk jaga kepentingan semua pihak.