02/11/2024
CTOS
CTOS ialah sistem pangkalan data kewangan di bawah seliaan CTOS Data System Sdn Bhd. CTOS tidak berada di bawah pengurusan BNM.
CTOS berfungsi sebagai pangkalan data individu dan syarikat daripada pelbagai sumber yang terdapat dalam pangkalan data awam. Maklumat kewangan CTOS lebih menyeluruh merangkumi pinjaman di institusi selain bank.
Contoh: loan kedai, telco, penapis air dan lain-lain syarikat kredit.
CTOS digunakan oleh kebanyakan bank untuk menilai attitude dan komitmen bakal peminjam dengan komitmen pinjaman semasa, DSR, NDI, kemampuan untuk membayar semula pinjaman baru serta
Sumber Pangkalan Data CTOS?
Jabatan Insolvensi Malaysia Jabatan Pendaftaran Negara Jabatan Imigresen Malaysia Pendaftar Pertubuhan PTPTN SSM Notis Undang-Undang
Maklumat Dalam CTOS?
Seksyen A - Pengesahan Identiti Seksyen B - Senarai Kaitan Perniagaan Pelanggan Seksyen C - Sejarah Bayaran Balik Pinjaman Bank Seksyen D - Tindakan Undang-Undang Terhadap Pelanggan Seksyen E - Sejarah Bayaran Balik Pinjaman Dengan Institusi Bukan Bank
Cara Semak CTOS?
Download Apps CTOS. Layari https://ctosid.ctos.com.my Walk-in ke 7 Pusat Perkhidmatan CTOS (Bangsar South, Klang, Pulau pinang, Johor Bahru, Kuantan, Kuching dan Kota Kinabalu). Aplikasi TnGO.
Cara Perbaiki Laporan Kredit Anda?
Jelaskan tunggakan pembiayaan berjumlah kecil terlebih dahulu sekiranya DSR anda tinggi. Masa terbaik untuk submit pembiayaan baru ialah pada 16hb keatas bulan berikutnya sekiranya anda telah menyelesaikan beberapa pembiayaan sedia ada. Tunggu 12 bulan berikut untuk memohon pembiayaan baru sekiranya anda mendapati sejarah bayaran balik pembiayaan anda bagi 12 bulan sebelum tidak baik. Disiplinkan diri membayar semula ansuran pembiayaan dan memastikan jumlah pembiayaan semasa tidak melebihi DSR yang akan menyempitkan ruang anda membuat permohonan pembiayaan baru.
Semoga bermanfaat.
Hubungi segera atau tekan link di bwh
Jual beli rumah atau tanah
Deris A
www.wasap.my/60124901135