16/08/2026
🤷KENAPA KEDAI "KUNGFU RAMEN" KAT MANA-MANA TAPI PEMILIK LAIN-LAIN? JENAMA KE MENU? 🤔
Pernah tak korang perasan, kat kawasan korang ada kedai nama Kungfu Ramen atau Mi Tarik Kungfu, tapi pusing tempat lain ada lagi kedai nama sama tapi rupa logo lain?
Rupanya ramai yang keliru dan ingat kedai ni satu francais besar macam Mekdi atau KFC. Jom hadam fakta sebenar:
1. 🍜 Ia Adalah Nama Menu, Bukan Jenama Mutlak. Perkataan "Kungfu Ramen" sebenarnya merujuk kepada kategori hidangan.
🧨Nama asalnya ialah Lanzhou Lamian (Mi Tarik Lanzhou) dari China.
🧨Istilah "Kungfu" digunakan sebagai teknik pemasaran untuk menggambarkan kemahiran tinggi (skill) chef menguli dan menarik mi segar secara manual depan pelanggan.
🧨Disebabkan ia terma am (generic term), nama ini tidak boleh ditanda dagang (trademark) secara eksklusif oleh satu orang sahaja. Sesiapa pun boleh buka kedai guna nama ni.
2. 🏢 Pemilik & Syarikat Berbeza-beza
🧨Setiap kedai yang korang nampak kebanyakannya didaftarkan di bawah syarikat yang berasingan. Pemilik juga berlainan.
🧨Contohnya, cawangan di Batu Caves diuruskan oleh syarikat A, manakala cawangan di Cheras diuruskan oleh syarikat B.
🧨Tiada satu "HQ" (ibu pejabat) utama yang mengawal semua kedai ini.
3. ⚠️ Tiga Perkara Penting Kena Tahu:
📌 Status Halal Berbeza: Disebabkan pengurusan tak sama, status halal juga berbeza. Ada Restoran yang dah dapat Sijil Halal JAKIM, ada yang statusnya mesra Muslim (pemilik/chef Muslim Cina), dan ada yang masih dalam proses. Kena semak cawangan masing-masing ya!
📌 Nama pemilik: Semak nama pemilik samada Muslim atau bukan. Kerana ada yang cuba memanip**asi dengan corak hiasan nampak macam pemilik Muslim hakikatnya adalah bukan Muslim.
📌Rasa Tak Konsisten: Jangan pelik kalau sup kat cawangan A sedap, tapi kat cawangan B rasa lain sikit. Semuanya bergantung kepada resipi dan air tangan chef (master chef) yang kedai tu upah.
Nota Penting 👉 Lepas ni kalau singgah makan, jangan pukul rata semua kedai Kungfu Ramen tu sama ya. Semak pemilik, semak Halal sebelum masuk .
Semoga perkongsian ni bermanfaat!