13/02/2024
SYARAT SYARAT ASAS MEMOHON PINJAMAN BELI TANAH PERTANIAN
Pemohon individu
1. Warganegara Malaysia
2.Tidak Muflis.
3. Tidak Disenaraihitam/Rekod hutang Yang Baik.
4.Waras/Tidak Gila.
Pemohon mesti layak menyertai kontrak perjanjian pinjaman mengikut tafsiran perundangan.
5. Berumur 21 tahun ke atas ketika memohon pinjaman.
6.Mampu membayar balik hutang.
Ini bermaksud peminjam mampu membayar ansuran bulanan pinjaman dengan mempunyai purata pendapatan bulanan yang mencukupi untuk menampung ansuran bulanan hutang sedia ada dan ansuran bulanan hutang beli tanah yang akan dilakukan. Pihak bank menyebutnya DSR (Debt Service Ratio).
Ratio tersebut berbeza antara bank tertakluk kepada polisi masing-masing.
Pendapatan akan diambilkira berdasarkan beberapa dokumen berikut:-
a) Slip gaji (bagi yg bekerja makan gaji)
b) Penyata Cukai Pendapatan TahunanTerkini.
c) Penyata Bank bagi 6 bulan terkini.
d) Sumber sumber pendapatan lain seperti hasil sewa, hasil jualan pertanian/sawit/getah dll dan perlu disertakan dokumen berkaitan sebagai bukti pendapatan tersebut.
Bagi Pemohon Bukan Individu seperti pemilikan tunggal, perkongsian dan syarikat sdn bhd akan di post di next post.
Oleh itu sila like dan follow page ini TANAH KEBUN