02/02/2026
Pergi pasar tadi, satu aunty cina tu bagi tips cara ajar anak.
Anak dia 2 orang master. Satu kerja di China, satu di Hong Kong.
"Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You mesti selalu tanya dia. Macam hari ini you pergi pasar.
Bagitahu dia ini sayur apa ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapa dia balik, suruh dia cerita sama bapa dia.
Mama bawa pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details."
"Di rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you.
Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasih dia main. Nanti dia sudah main happy2, you panggil dia "lai" sini mama mahu tanya"
Bila bagi anak barang/makanan. Ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, "minta sikit".
Ajar dari kecil bila ada barang atau apa, itu bukan dia satu orang punya. Lagi2 share dengan parents. Nanti sudah besar dia akan ingat parents.
Lagi aunty tu pesan.
Kalau mama bapa ada buat salah, jangan ego tidak mahu mintak maaf.
"Oh ya, mama salah tadi..sorry"
Ada lagi. "Nanti anak sekolah, jangan marah dia tidak dapat nombor 1.
You marah atau tidak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa mahu dapat nombor last?
Jangan banding2 anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecil. Itu tauke besar makan ikan mahal besar. Dia kenyang kita pun kenyang"
okay. Di sini mungkin aunty tu mahu sampaikan yang rezeki masing2. Jadi, bersyukurlah.
Dia just cakap kalau s**a bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kan kita bandingkan anak tanpa sedar?)
Eh anak dia sudah pandai baca, anak aku belum.haa contohhh. Tidak ka kecil hati anak tu.
Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam & ikan tadi.
Pergi mana2 pun kita boleh dapat ilmu baru. Ini ilmu parenting.
Thank you aunty.❤️
Atika Moktar