Tawau post Hari ini

Tawau post Hari ini Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tawau post Hari ini, Real Estate, Jalan apas, Tawau.

DENGAR BERITA TERUS HADIR, Batalkan perasmian untuk sampai tepat waktu kepada kepada magsa.3 KELUARGA TINGAL SEHELAI SEP...
15/09/2025

DENGAR BERITA TERUS HADIR, Batalkan perasmian untuk sampai tepat waktu kepada kepada magsa.
3 KELUARGA TINGAL SEHELAI SEPINGAN,RUMAH HANGUS TERBAKAR.

Ada ka lagi yang lebih layak menggantikan YB Apas Datuk Haji Nizam Ab Titingan???
Sifat belas dan prihatin pada Rakyat yang di timpah musibah.
Sifat Rendah diri,tunduk Salam Hormat kepada org yang lebih Tua walau pun beliau di Kalangan org Yang Berhormat.
Bukan gelaran, bukan pangkat Tapi beliau sedar akan Amanah Dari Allah swt..,..

Sabda Rasulullah SAW:

أَلَا ‌كُلُّكُمْ ‌رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، فَالإِمَامُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Maksudnya: “Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin, kesemuanya bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Imam adalah pemimpin ke atas orang ramai dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya.”
(Riwayat bukhari: 7138)

Pilihlah pemimpin yang Amanah akan tanggung jawab bukan bukan pemimpin yang mencari nama harta dan pangkat.

11/09/2025
05/09/2025
𝗣𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗞𝗔𝗗 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥. 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗦𝗔𝗥𝗔 𝗥𝗠𝟭𝟬𝟬 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗕𝗨𝗦 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗔𝗜𝗡 𝗗𝗜 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗨!Seorang saudari yang menetap di Selangor...
05/09/2025

𝗣𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗞𝗔𝗗 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥. 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗦𝗔𝗥𝗔 𝗥𝗠𝟭𝟬𝟬 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗕𝗨𝗦 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗔𝗜𝗡 𝗗𝗜 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗨!

Seorang saudari yang menetap di Selangor terkejut kerana diberitahu SARA RM100 telah ditebus orang lain pada 2hb September! Rupa rupanya beliau pernah datang ke Sabah dan kehilangan kad pengenalan di sini.

Kini kad pengenalannya digunakan individu yang tidak dikenali untuk menebus SARA RM100 di sebuah pasar raya di Tawau!

Rakaman kamera sekuriti menunjukkan seorang saudari berbaju merah jambu menggunakan kad pengenalannya untuk menebus SARA berjumlah RM98.60. Barang pembelian adalah 2 kotak telur dan 2 bungkus beras seperti yang ditunjukkan dalam resit.

Laporan polis telah dibuat oleh saudari tersebut. Seterusnya biar pihak polis yang menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap individu terlibat.

05/09/2025
KEMASKINI/TERKINI : 5 penuntut Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu, maut dalam kemalangan di Jalan Sulaman, berh...
05/09/2025

KEMASKINI/TERKINI : 5 penuntut Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu, maut dalam kemalangan di Jalan Sulaman, berhampiran Pusat Latihan Rela, Tuaran, petang ini.

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu, semua mangsa lelaki berusia 19 hingga 20 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan semua mangsa yang tersepit dalam kenderaan Toyota Wish, dikeluarkan oleh pasukan bomba.

Sumber: INFO X

LAPORAN PENUH KECEDERAAN ARWAH    MENGIKUT LAPORAN  PAKAR PATOLOGI, Dr Jessie Hiu.. 1. Luka jahitan di bahagian belakang...
04/09/2025

LAPORAN PENUH KECEDERAAN ARWAH MENGIKUT LAPORAN PAKAR PATOLOGI, Dr Jessie Hiu..

1. Luka jahitan di bahagian belakang kepala tanpa sebarang patah tengkorak atau muka.

2. Otak mengalami perubahan likuifaktif akibat pereputan, tidak dapat dinilai dengan jelas.

3. Rekod perubatan menunjukkan kecederaan otak teruk dan kritikal sehingga tidak sedarkan diri.

4. Bahagian bawah lengan kiri, pergelangan tangan kiri, tangan kiri serta jari kelima kiri mengalami lebam.

5. Kecacatan pada lengan bawah dan pergelangan tangan kiri akibat patah tulang radius distal kiri.

6. Pergelangan tangan kiri terkehel pada sendi.

7. Pergelangan kaki kanan mengalami lebam.

8. Fraktur remuk pada bahagian distal tibia kanan melibatkan sendi pergelangan kaki.

9. Luka melecet pada kaki kiri.

10. Lebam pada pergelangan kaki kiri dan kaki kiri.

11. Bahagian distal tibia kiri hancur dan senget.

12. Fraktur remuk pada tulang kalkaneum (tulang tumit).

13. Tulang sendi buku lali terkehel.

14. Patah tulang vertebra lumbar kedua hingga keempat (tulang belakang bawah).

15. Hematoma pada otot psoas.

16. Kecederaan retroperitoneum hematoma pada tisu pelvis.

Tambah Dr Hiu, kecederaan itu konsisten dengan maklumat yang didokumenkan dalam rekod perubatan si mati, imbasan CT, imbasan CTA dan radiograf.

Dr Hiu berkata Zara Qairina dibawa ke Hospital Queen Elizabeth pada 4.38 pagi, 16 Julai, dalam keadaan kritikal, menunjukkan kecederaan otak teruk dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Amaran trauma diaktifkan pada 4.42 pagi dan dia dinilai serta diuruskan oleh pasukan daripada pelbagai disiplin. Dia meninggal dunia pada 1.07 petang, 17 Julai akibat kecederaan otak traumatik."



Address

Jalan Apas
Tawau
91000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tawau post Hari ini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category