20/09/2024
Mengapa guna hibah sebagai instrumen perancangan harta?
Adakah faraid tidak memadai?
Sebenarnya kita ada pilihan.
Sebelum membuat pilihan,
Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.
Keputusan kita mengikut keperluan
Selagi akal mampu membuat keputusan
Selagi hayat dikandung badan.
Mana2 keputusan tak salah
Timbul atau tak masalah
Bukan kita yang membuat olah
Jika waris yang bertelagah
Hati kita jangan gundah
Kerana harta dah bertukar pusaka sudah
Jadi sebelum harta menjadi pusaka
Selagi pentadbirnya nama kita
Sebagai pemilik sementara
Dengan kebijaksanaan yang ada
Dengan pertimbangan kemampuan waris yang ada
Dengan nilai harta yang tak seberapa
Kita hibahkan sementara masih ada
Tanda kasih berbalas tak diminta
Doakan ikhlas sudah memada
Bekalan kita di alam sana.
Bukan semua orang perlukan hibah
Tapi jika perlukan hibah bukan semua orang dapat membantu.
Insha Allah, kami cuba membantu dengan pengalaman yang ada
Sedikit bekalan ilmu didada
Semoga ada manfaat untuk semua.