12/10/2021
RUMAH FREEHOLD VS LEASEHOLD
Bila korang nampak iklan rumah untuk dijual,perkara pertama yang perlu korang kena ambil kira adalah tentang kategori hartanah tersebut. Apa yang dimaksudkan sebenarnya? Setiap jualan aset hartanah yang diperdagangkan terutama rumah, akan dipecahkan menjadi dua bahagian iaitu hartanah freehold dan hartanah leasehold. Apakah perbezaan di antara kedua-duanya ini? Jom kita usya dan tengok apa maksud setiap satu.Freehold dan Leasehold ni merupakan jenis pegangan tanah.
Rumah Freehold
Rumah freehold ni bermaksud milikan tanpa had tempoh atau untuk korang mudah faham untuk selama-lamanya kepada pemilik.Bagaimana nak tahu hartanah tersebut berstatus freehold? Korang kena semak geran.Pada mukasurat pertama sekali dalam geran hartanah tu korang check dan biasanya tertulis:โGeran untuk selama-lamanyaโฆโAtauโฆโTanah yang diperihalkan di atas adalah dipegang untuk selama-lamanyaโฆโNampak perkataan โselama-lamanyaโ sahih la tu rumah freehold tu. Tapi apa kelebihan pemilik rumah freehold atau pegangan bebas ni? Jenis pegangan macam ni sangat di s**ai oleh pembeli dan pelabur hartanah. Sebab tiada sekatan dalam jual beli. Yang paling orang s**a kalau freehold ni, proses jual beli adalah paling cepat iaitu dalam masa 3 bulan dah boleh dapat rumah. Mudah kerja peguam tukar tukar nama geran sebab tiada sekatan.
Kalau anda beli yang under construction di bawah status Freehold, maka dapat la dekat anda rumah yang berstatus Freehold jugak bila dah siap.Walaupun freehold, tapi kena jugak tengok jenis lot. Bumi atau non-bumi.Bagi freehold tetapi dibawah bumi lot, hanya boleh dijual kepada bumiputra sahaja. Kerana akan ada sekatan di dalam geran atau srata ada tulis kenyataan macam ni:
"Tanah yang diberi milik ini tidk boleh dipindah milik, dipajak atau digadai melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri"
Kalau Freehold non-bumi lot, tidak ada tertulis sekatan macam tu dalam geran. So, korang bebas la nak jual kepada sesiapa saja yang korang nak.Sebab tu Ahyat tengok, untuk rumah undercon banyak pembeli bumiputra yang request nak beli non-bumi lot supaya bila mereka nak jual nanti, mereka bebas jual kepada sesiapa saja. Cuma, kalau beli non-bumi lot ni anda takkan dapat diskaun untuk bumi.Kalau untuk rumah subsale pulak, korang boleh check kepada owner sekarang dan sekatan yang ada dekat geran, kalau owner bumi, dan dalam geran ada sekatan, maknanya bumi lot la tu rumahnya.
Rumah Leasehold
Leasehold atau Pegangan Sementara. Jenis pegangan ni ada tempoh pemilikan atau tenure iaitu selalunya selama 99 tahun. Selepas tu kena mohon untuk renew tenure tu.
Kalau anda beli leasehold, tanya dulu berapa tahun lagi tinggal. Kalau rumah undercon pulak, selalunya tenure 99 tahun dikira dari rumah start dibina. Tapi kadang-kadang dikira dari tarikh rumah siap.
Kebanyakkan pembeli Ahyat tengok tak kisah pun leasehold ni sebab lokasi selalunya best-best. Cuma proses jual beli makan masa lebih daripada 6 bulan sebab memerlukan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri untuk tukar nama.Leasehold ni sama macam freehold tadi, ada jugak bumi lot dan non-bumi lot.Untuk pengetahuan korang pihak pemaju kena sediakan at least 30% bumi lot.Cuma untuk rumah subsale leasehold nak tau jenis lot kalau yang dah berkali-kali tukar nama, korang hanya boleh tengok kepada current owner. Kalau tengok kat geran, tetap ada sekatan sebab leasehold. Kalau owner bumi, pembeli pulak non-bumi, memang susah sangat.Kat geran memang korang takkan jumpa jenis lot bumi atau non-bumi ni. Kalau bumi nak jual kepada non-bumi boleh, tapi akan ambil proses yang lama sebab akan melibatkan proses rayuan dan sebagainya. Akan makan masa lebih daripada setahun dan belum tentu berjaya.
Banyak yang salah anggap sebenarnya. Mereka cakap leasehold ni tak best la Anas, sebab nilai kurang. Freehold lagi best sebab nak jual nanti harga tinggi. Korang kena betulkan tanggapan sebab tak betul tu sebenarnya.Bagi Anas leasehold pun best kalau lokasi yang gila strategik. Kalau dapat freehold tapi tempat hujung-hujung pun tak best, nanti susah jugak korang nak jual balik. Cuma tempoh jual beli ja yang lama sikit. Hopefully apa yang Anas share dengan korang ni membantu okey?