31/08/2025
Dengarlah suara merdeka,
bergema dari desa hingga ke kota.
Suara ini bukan milik seorang,
tetapi milik berjuta rakyat,
yang pernah susah, yang kini bangkit bersama.
Merdeka itu janji,
bahawa tiada bangsa dipinggirkan,
tiada insan dilupakan.
Kita teguh di bawah payung Malaysia,
bersama menjaga amanah tanah tercinta.
Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-68 dari kami team Rumah Rakit Tok Mak 🇲🇾🇲🇾🇲🇾