04/07/2023
Cara Mohon Rumah Skim Pinjaman Kredit Perumahan (SJKP)
1. Kenalpasti jenis rumah yang ingin dibeli dan dapatkan dokumen perumahan yang berkaitan seperti draft perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan.
2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada pihak yang dibenarkan seperti Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih.
3. Surat wajib mengandungi nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.
4. Suami isteri yang mempunyai pendapatan berasingan perlu mendapatkan dua surat pengesahan.
5. Bawa penyata gaji dan penyata KWSP jika anda kakitangan yang bergaji.
6. Sediakan dokumen sokongan bagi sumber pendapatan.
Contohnya, penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen jual beli.
7. Bawa semua dokumen yang dinyatakan ke mana-mana cawangan institusi kewangan yang menyertai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) untuk membuat permohonan seperti SJKP Bank Muamalat atau SJKP BSN.
8. Permohonan SJKP ini hanya boleh dibuat secara FIZIKAL di institusi kewangan terpilih sahaja tau. Jangan p**a anda tercari-cari mana-mana pautan untuk memohon secara atas talian ya…
SUMBER : PROPERTY GURU