Amira Hartanah Kelantan

Amira Hartanah Kelantan Menguruskan Jual Beli Hartanah & Bina Rumah Di Kelantan Terutama di Wakaf Bharu, Tumpat, KB,Bachok, Pasir Puteh,Pasir Mas,Tanah Merah, wsp Amira 017-9552917.

REN under Agency Keltrade Properties

Ada ramai yang tanya.. ni min share imej pulop.. Ramai yang keliru, kenapa gaji dia tinggi tapi bila semak kelayakan Pin...
22/11/2023

Ada ramai yang tanya.. ni min share imej pulop..

Ramai yang keliru, kenapa gaji dia tinggi tapi bila semak kelayakan Pinjaman, Maksimum loan dia rendah..

Untuk LPPSA, paling mudah sebab xkira komitmen selain dari payslip.. kalu loan bank, sekecil2 pinjaman / komitmen yang ada berkaitan dgn bank diambil kira..

Kelayakan Pinjaman bergantung kepada gaji bersih selepas tolak komitmen bulanan berdasarkan senarai elauan/imbuhan yang diambil kira..

Assalamualaikum wbt Semua.. Hari ni mira nak kongsikan, Cara kita nak tau berapa kita layak memohon pinjaman perumahan b...
31/01/2023

Assalamualaikum wbt Semua..

Hari ni mira nak kongsikan, Cara kita nak tau berapa kita layak memohon pinjaman perumahan berdasarkan gaji kita.

DSR tu gapo eh?

Apa itu Debt Service Ratio (DSR)

Debt Service Ratio (DSR) bermaksud nisbah hutang atau komitmen kewangan terhadap pendapatan kita. Dengan bahasa mudah, ianya bermaksud jumlah pendapatan seseorang digunakan untuk membayar ansuran pinjaman.

Semakin tinggi nilai DSR kita, bermakna sebahagian besar pendapatan kita adalah digunakan untuk membiayai hutang.

Ini menandakan kita akan mengalami kes**aran untuk mendapatkan pinjaman baru.”

Rujuk contoh pengiraan di bawah ye.

DSR hanyalah satu panduan sahaja, dan bukan jaminan yang kita akan berjaya mendapat kelulusan dari bank. kita harus semak dengan bank untuk mendapatkan penerangan lanjut.

25/01/2023

Kawan nak beli sebuah rumah subsales ,dia nampak iklan ada ejen hartanah jual rumah dengan harga RM450,000.

🔹Dia rujuk kepada valuer bank, valuer bank bagi value RM420,000 sahaja, ada juga valuer bagi RM400,000 . Dia tanya kenapa ejen hartanah jual harga lebih tinggi daripada market value?

🔹Sebelum kita beli rumah subsales perlu semak market value dulu, contoh market value adalah RM400,000 . Kita perlu pilih listing rumah jual RM400,000 atau rendah daripada RM400,000.

🔹Kalau kata kita beli rumah yang jual RM450,000. Tapi value rumah baru dapat RM400,000. Pihak bank akan bagi pinjaman 90% dari market value (RM400,000 x90%=RM360,000) . Harga beli RM450,000 - Pinjaman RM360,000= downpayment kena keluar RM90,000. Ini belum masuk kos snp dan kos lain.

Credit to : Financial Coach KY Tee

Assalamualaikum wbt Semua..Hari ni mira nak kongsi sedikit tips BELI TANAH dri pengalaman mira..1. LAWATAN KE TAPAK  VIE...
25/01/2023

Assalamualaikum wbt Semua..

Hari ni mira nak kongsi sedikit tips BELI TANAH dri pengalaman mira..

1. LAWATAN KE TAPAK VIEWING

Sebelum bayar booking @ deposit untuk beli tanah tersebut, seelok buat lawatan ke tapak terlebih dahulu. Kenal Pasti lot yang hendak dibeli dan kenal pasti lokasi. Bila dah kenal pasti lokasi, kita dah jelas ada jalan masuk atau tak, boleh tahu juga apa fasiliti yang terdekat.

2. RISIK

Lepas dah buat lawatan ke tapak tu, elok risik-risik dengan orang kampung atau orang sekeliling. Tanya sama ada lokasi tu banjir atau tak. Kalu tanya kepada penjual, semua akan cakap bebas banjir, lokasi A+++. Tapi hakikat kita pembeli yang akan tanggung segala kerugian depan hari.

Tapi sejak 2021, Kalu ikutkan cuaca dan arah pergerakan angin, bila banjir, tempat yang tidak pernah dinaiki air sebelum ni pun terkena banjir. Pola pergerakan air banjir dah berubah. Kena kira semua faktor.

3. CARIAN

Lepas dah risik, semua dah ok..elok kita mintak semua detail lot tersebut dan buat carian di pejabat tanah. Carian tu x mahal, dalam rm 30 sahaja (harga semasa & boleh berubah). Dalam slip carian tu kita boleh tahu sama ada tanah tersebut ada sekatan / kaviet atau tak. Di carian ada nama pemilik asal.. Boleh tahu sama ada pemilik sudah meninggal atau masih hidup.

Jika tanah yang hendak dijual tu masih lagi atas nama orang yang telah meninggal, tanah tersebut automatik jadi tanah Pusaka, mereka wajib menguruskan pusaka terlebih dahulu sebelum menjual hartanah tersebut.

4. BOOKING @ BAYAR DEPOSIT

Kalu semua yang diatas dah beres, boleh terus buat bayaran booking atau bayaran penuh ikut perjanjian. Yang paling penting, dalam setiap urusan jual beli hartanah, lebih baik libatkan peguam. Biar peguam yang uruskan hitam putih dan perjanjian jual beli. Walau pun dengan keluarga sendiri. Ingat ya hitam putih lebih baik dari kita menanggung kerugian.

Ok setakat ini sahaja perkongsian Amira ye.
Pesanan dari Amira, jika ada yang melibatkan harta pusaka, seeloknya diuruskan secepat mungkin. Lebih-lebih lagi hartanah. Kalu nanti penerima harta pusaka juga meninggal dunia. Dia akan melibatkan banyak proses dan yang menanggung kita-kita yang hidup ni. Ingat,makan harta orang lain, parah akibatnya. Kat dunia terlepas,akhirat sana.PASTI.

Salam sayang,
Amira RDC

Hai Assalamualaikum semua.. Nak share sikit ilmu yang mira dapat.. "Harga rumah dijangka naik mendadak tahun ni""Ramai y...
04/01/2023

Hai Assalamualaikum semua.. Nak share sikit ilmu yang mira dapat..

"Harga rumah dijangka naik mendadak tahun ni"

"Ramai yang kata, Nanti rego turun la kito beli.."
Maaf x pernah berlaku dalam sejarah, yang harga hartanah akan turun sbbnya..

1. Permintaan yang tinggi di seluruh negara untuk memiliki rumah idaman. Apabila permintaan tinggi, Sumber berkurang, jadi harga akan naik.

2. Sumber bahan mentah (bahan binaan sprt pasir, batu, bata pres) dari supplier berkurang, xde stok.. Bile stok semakin berkurang, permintaan tinggi jadi harga juga akan naik. Lebih2 lagi bile berlakunya banjir. Bukan banjir je, kalu musim hujan je memang susah nk dapat pasir.

3. Dalam minggu ni, harga simen dah naik.. Ada2 kedai dah naik ke 22ya 1 bag. Kalu harga simen naik, harga bata press pun akan naik.

Game plan menunggu memang akan merugikan. Saban tahun permintaan tinggi untuk bina rumah.
Bagi yang tinggal di Kelantan, Rata2 lebih s**a bina rumah atas tanah sendiri kerana masing2 ada tanah. Tapi harga untuk bina rumah juga berbeza dari tahun ke tahun.

Tahun 2019 dan awal 2020 ada beberapa pihak yang menawarkan harga bina rumah hanya 100 sekaki persegi.. tpi pertengahan tahun 2020 disebabkan pandemik yang berlaku, harga bina rumah semakin meningkat. Yang 100 sekaki naik ke 115 sekaki. Dan tahun 2022, sudah mencecah 135 ke 145 sekaki persegi.

Harga hartanah meningkat dari hari ke hari.. Seeloknya anak2 muda, sebelum buat loan kereta, buat loan rumah terlebih dahulu. Lebihkan aset kurangkan liabiliti.

8/10 orang yang mira sendiri semak kelayakan Pinjaman dari semasa ke semasa tidak layak memohon pinjaman perumahan kerana komitmen semasa yang tinggi.

Be wise, and stay tuned for more info🥰
Apa2 pun ukur baju di badan sendiri..

Tanah ANDA, Citarasa ANDA, Kami BINA
RDC Group Properties
www.rumahidaman.com.my
017-9552917 AMIRA
019-9016113 HASMADI

Address

Tumpat
16200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amira Hartanah Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category