Danial Zaman - Hartanah Selangor KL

  • Home
  • Danial Zaman - Hartanah Selangor KL
Directions Website Contact the business

Danial Zaman - Hartanah Selangor KL Menyediakan perkhidmatan pembelian hartanah underconstruction.

Ejen Hartanah Berdaftar di bawah DF Realty Sdn Bhd.

Di sini Nadia nak share beberapa tips yang anda boleh pertimbangkan bila nak beli rumah.⁣⁣⁣⁣🔰 1) Lokasi:⁣⁣• Pertama iala...
01/11/2022

Di sini Nadia nak share beberapa tips yang anda boleh pertimbangkan bila nak beli rumah.⁣⁣
⁣⁣
🔰 1) Lokasi:⁣⁣
• Pertama ialah jarak perjalanan rumah ke tempat kerja. Jika beli terlalu jauh walau harga sedikit murah, tapi anda perlu ambil kira minyak, tol, maintenance kereta, masa dan tenaga.⁣⁣
⁣⁣
Walau bagaimanapun, perjalanan 45 minit untuk ke KLCC masih normal bagi mereka yang menetap sekitar Lembah Klang. Terutama apabila balik kerja ke rumah yang luas, selesa dan kawasan sekitar yang ada pelbagai kemudahan lengkap dan matang, cukup untuk beri kesenangan kepada anda, kerana anda tidak perlu keluar dari kawasan ini untuk mencari barang keperluan harian. Ini sekaligus dapat bantu mudahkan urusan harian anda.⁣⁣
⁣⁣
• Kedua ialah, alamat rumah anda menentukan di mana anak anda akan bersekolah nanti. Jika nak sekolah kebangsaan, kena ikut alamat. Dan Kawasan bagaimana yang menjadi kritiria anda dan pasangan untuk anak-anak?⁣⁣
⁣⁣
➡️ Contoh: Rumah Bangi Avenue boleh bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra, SMK Bandar Seri Putra atau Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra.⁣⁣
⁣⁣
Peringkat Universiti p**a ada Kolej Universiti islam Antarabangsa Selangor bermula dari Matrikulasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Masters sehingga ke peringkat PhD.⁣⁣
⁣⁣
Ini sekaligus memberi peluang kepada anda sebagai ibu bapa untuk memantau anak-anak anda dari kecil, sehingga tamat pengajian tinggi. Tidak perlu keluar kawasan ini.⁣⁣
⁣⁣
🔰 2) Sesuai untuk disewakan atau Airbnb.⁣⁣
• Walau anda beli untuk ownstay, dan katakanlah suatu hari anda ingin upgrade rumah yang lebih besar, rumah ini boleh dijadikan sebagai sumber income kedua anda kerana boleh disewakan kerana permintaan yang tinggi dari kawasan sekitar.⁣⁣
⁣⁣
• Kerana syarat untuk jadikan sesuatu property itu terbaik apabila ia dapat create income dari pelbagai cara:⁣⁣
⁣⁣
I. Jangan overpay supaya nanti bila nak jual, kita masih boleh jual dengan harga mampu milik dan masih beri keuntungan pada kita⁣⁣
II. Boleh disewakan untuk dapat cashflow⁣⁣
III. Boleh buat Airbnb⁣⁣
⁣⁣
🔰 3) Boosters.⁣⁣
Ada 4 Booster di sini, di mana ia cukup untuk menjadi backup bagi memastikan rumah anda mempunyai permintaan yang tinggi.⁣⁣
⁣⁣
• B – Business⁣⁣
Bandar Seri Putra, Nilai 3, Bandar Baru Bangi, ni semua dalam lingkungan 10 minit. Kemudian, dengan adanya Bangi Avenue Convention Center (BACC), cuma seberang jalan. Hampir setiap minggu, sekurang-kurangnya 4 hari ada event. Dan pengunjung yang hadir selalunya datang dari negeri lain.⁣⁣
⁣⁣
• I - Industrial⁣⁣
Nilai 3 dan Arab Malaysian Industrial Park serta Bangi Industrial Park adalah dalam lingkungan 10 minit. Bangi lebih sesuai dijadikan menjadi kerana walau Pegawai ada yang bekerja di sekitar kawasan industry ini, namun, jarak Bangi ke KLCC (Tengah KL) adalah lebih dekat. ⁣⁣
⁣⁣
• T - Tourism⁣⁣
Projek ini adalah bersebelahan Bangi Wonderland, taman tema dengan harga mampu milik, maka setiap hujung minggu dan public holiday, memang ramai datang dan majoriti dari luar kawasan. Ada juga yang datang untuk tujuan2 lain seperti wedding di BACC, tapi disebabkan datang dengan family, mereka akan enjoy untuk ke Bangi Wonderland sekali.⁣⁣
⁣⁣
• E - Education⁣⁣
Di sini ada pelbagai kolej/universiti dalam lingkungan 10km. Musim konvo, musim pendaftaran, memang ramai yang datang dari outstation. Ada KUIS (paling dekat, 2KM) , UKM, UniKL MFI, GMI, Polytech Mara Bangi, Kolej KLIA. ⁣⁣
⁣⁣
🔰 Untuk projek ni:⁣⁣
⁣⁣
Harga : RM307k ~ RM317k⁣⁣
⁣⁣
Installment bank : RM1250 ~RM1400++⁣⁣
⁣⁣
Jenis/Keluasan : 3R3B , 1045sqf⁣⁣
⁣⁣
Sangat berbaloi kerana sizenya yang luas dengan harga yang mampu milik, harga per sqft yang sangat rendah berbanding projek lain di Lembah Klang. Tambahan p**a, property ini dah provide 80% perabot, jadi ia boleh bantu owner cut cost untuk kitchen cabinet, wardrobe dan aircond terutamanya.⁣⁣
⁣⁣
Menarik kan?⁣⁣
⁣⁣
🔰 Nak tahu apa yang FREE GIFT yang developer tawarkan?⁣⁣
⁣⁣
Boleh WhatsApp Encik Danial Zaman terus dan dengarkan pengalaman kami menjadi warga Bandar Seri Putra sejak tahun 2019 lagi.⁣⁣
⁣⁣
𝗣𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗕𝗮𝗴𝘂𝘀, 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗞𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻.⁣
⁣⁣
🔺️ WhatsApp: https://wa.link/iqamki⁣⁣
▪︎▪︎▪︎▪︎⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Penulis Asal: Dhiya Nadia⁣⁣
https://dnhibahfaraid.my.canva.site/ ⁣⁣
⁣⁣
KOLABORASI:⁣⁣
Danial Zaman⁣⁣
⁣⁣
Website: https://dnhibahfaraid.my.canva.site/landing-page-dzh⁣⁣

𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗟𝗢𝗔𝗡 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗞 𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕 𝗟𝗢𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗘𝗧𝗔?⁣⁣⁣⁣Ramai rupanya yang boleh relate dengan situasi ni.⁣⁣⁣⁣Mungkin anda per...
14/10/2022

𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗟𝗢𝗔𝗡 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗞 𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕 𝗟𝗢𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗘𝗧𝗔?⁣⁣
⁣⁣
Ramai rupanya yang boleh relate dengan situasi ni.⁣⁣
⁣⁣
Mungkin anda pernah dengar cerita macam ni :⁣⁣
⁣⁣
“Bank ni, mengada-ngada betul. Gaji aku RM3,000 kot. Kenapa p**ak aku tak layak dapatkan loan rumah?” , kata si A.⁣⁣
⁣⁣
Dan bila ditanya berapa jumlah komitmen yang ada, dengan bangganya si A berkata :⁣⁣
⁣⁣
“Oh, aku bayar instalment kereta Conda Hivic RM1,500 sebulan. Tu tak termasuk lagi belanja yang lain.”⁣⁣
⁣⁣
Satu jawapan ni pun, dah tahu dah punca utama kenapa si A ni tak berjaya dapatkan loan rumah.⁣⁣
⁣⁣
Daripada contoh cerita tadi, DSR si A dah dikira burst sebab bayar ansuran bulanan keretanya dah makan setengah gaji dia (RM3,000). Kat situ saja, DSR dah 50%.⁣⁣
⁣⁣
Pernah tak dengar perkataan ‘DSR’?⁣⁣
⁣⁣
Secara asas, DSR (Debt Service Ratio) adalah alat untuk pihak bank mengkaji keupayaan anda, untuk membayar pinjaman rumah yang anda nak buat.⁣⁣
⁣⁣
Dan bergantung beberapa perkara, bank mempunyai had DSR untuk setiap orang yang nak meminjam.⁣⁣
⁣⁣
Bermakna, keupayaan setiap orang adalah unik, tak sama dengan orang lain. Semua ini bergantung kat profil kewangan seseorang.⁣⁣
⁣⁣
Sebab itulah jangan terlalu terburu-buru dalam membeli kereta. Jangan pilih yang terlampau mahal dari kemampuan bulanan kerana akhirnya anda harus menanggung komitmen tinggi setiap bulan. Dan lebih teruk menjadi punca loan rumah anda tidak lepas.⁣⁣
⁣⁣
Ketahuilah, jika anda mampu beli kereta, belum tentu anda mampu beli rumah. Tapi kalau anda mampu beli rumah, pasti anda mampu beli kereta.⁣⁣
⁣⁣
Ikuti tiga formula untuk beli kereta mampu milik seperti di bawah:⁣⁣
⁣⁣
🔰 1. Harga kereta tidak melebihi gaji tahunan anda.⁣⁣
⁣⁣
Jadi jika anda bergaji RM3,000 harga kereta anda mestilah tidak lebih daripada RM36,000. RM3,000 x 12 = RM36,000.⁣⁣
⁣⁣
Proton Saga 1.3 Standard AT pun boleh dapat dah dengan harga RM35,800. (*Senarai kereta di Malaysia 2022). Atau boleh juga dapatkan Perodua Axia 1.0 GXtra (AT) dengan harga RM34,990.⁣⁣
⁣⁣
Tapi tak glemer lah p**a kalau fresh graduate atau Pegawai pakai Proton Saga atau Axia kan? Paling tidak, nak angkat Honda Jazz atau Nissan Almera. Kan kan?⁣⁣
⁣⁣
🔰 2. Ansuran bulanan mesti tidak melebihi 15% (lagi rendah, lagi bagus) daripada gaji anda.⁣⁣
⁣⁣
Jadi, jika anda bergaji RM3,000, ansuran bulanan kereta ideal anda adalah RM450. RM3,000 x 15% = RM450.⁣⁣
⁣⁣
Jika hanya 15% digunakan untuk beli kereta, baki lagi 85% daripada gaji bolehlah buat simpanan kahwin, simpanan deposit rumah dan lain-lain. Dan DSR loan rumah juga masih selamat untuk dapat kelulusan mudah.⁣⁣
⁣⁣
🔰 3. Beli kereta mengikut keperluan masing-masing.⁣⁣
⁣⁣
Habis tu, kalau gaji RM8,000 sebulan memang kena beli kereta berharga RM96,000 ke? Tak.⁣⁣
⁣⁣
Beli kereta ikut keperluanlah. Kalau tak perlu kereta mahal, tak perlu kereta besar buat apa beli. Bila anak-anak dah ramai, kalau perlu, bolehlah dipertimbangkan untuk upgrade kereta yang lebih besar untuk keselesaan keluarga.⁣⁣
⁣⁣
Dan suami isteri kalau tak perlu 2 kereta, pakai saja 1 kereta kongsi. Pergi dan balik dari ofis bersama. Dalam kereta, bolehlah sembang-sembang, gurau-gurau sambil harungi jem bersama.⁣⁣
⁣⁣
Paling bagus sebenarnya, beli kereta terpakai yang murah-murah dengan tunai. Atau tak perlu beli langsung, tunggu dah kahwin barulah beli.⁣⁣
⁣⁣
Atau beli 2 biji rumah dulu, kemudian sewakan. Duit aliran tunai positif daripada rumah sewa, buat bayar ansuran kereta kita p**a.⁣⁣
⁣⁣
"𝗞𝗘𝗥𝗘𝗧𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗜, 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗪𝗔 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗧𝗢𝗟𝗢𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡."⁣⁣
⁣⁣
🔺️ Siapa nak dapatkan rumah underconstruction yang ada aliran tunai positif?⁣⁣ 🙋🏻‍♀️⁣⁣
▪︎▪︎▪︎▪︎⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Danial Zaman⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣
Website: https://dnhibahfaraid.my.canva.site/landing-page-dzh⁣⁣⁣⁣
WA: https://wa.link/ioe8x2⁣⁣

JENIS LOAN RUMAH YANG ANDA PERLU TAHU. ⁣⁣⁣⁣🔰 1) TERM LOAN ⁣⁣• Kalau loan anda adalah term loan, walaupun anda bayar lebi...
28/09/2022

JENIS LOAN RUMAH YANG ANDA PERLU TAHU. ⁣⁣
⁣⁣
🔰 1) TERM LOAN ⁣⁣
• Kalau loan anda adalah term loan, walaupun anda bayar lebih dari bayaran sepatutnya, lebihan tu akan pergi ke advance payment. Advance payment ni maksudnya, lebihan dari bayaran bulanan anda dan ia tidak akan mengurangkan pengiraan interest anda pun. ⁣⁣
⁣⁣
• Contoh kalau installment bulanan anda adalah RM800 dan anda bayar RM1000 dengan harapan loan anda dapat settle lebih awal, ANDA silap. Lebihan RM200 tu akan terkumpul di bahagian advance payment saja. Dan term loan ni perlu bayar on time. ⁣⁣
⁣⁣
• Kalau anda hendak pinjaman perumahan tu selesai cepat dan dapat jimat interest, boleh. Ada caranya iaitu melalui principle reduction. Principal reduction untuk term loan ni hanya boleh dilakukan over the counter. Maknanya, anda kene walk-in into branch, then isi surat untuk buat principle reduction ni. Terus tolak pokok tanpa interest. ⁣⁣
⁣⁣
🔰 2) SEMI FLEXI LOAN⁣⁣
• Loan rumah jenis ini membolehkan anda membuat lebihan bayaran pada bila-bila masa untuk mengurangkan jumlah faedah pinjaman yang dikenakan. Malah, anda juga boleh menarik semula jumlah tambahan yang telah dibayar namun tertakluk pada yuran pemprosesan. ⁣⁣
⁣⁣
• Bestnya loan jenis ini boleh bayar lebih untuk jimat interest bank charge. ⁣⁣
⁣⁣
🔰 3) FLEXI LOAN⁣⁣
• Secara teknikal, ia sama seperti pinjaman semi-flexi. Cumanya, pinjaman ini dihubungkan dengan akaun semasa anda dan jumlah pembayaran semula pinjaman akan ditolak secara automatik setiap bulan daripada akaun anda. Selain itu, lebihan bayaran boleh dikeluarkan semula pada bila-bila mengikut keperluan anda. ⁣⁣
⁣⁣
• Sebarang duit tambahan dalam akaun semasa tersebut akan digunakan bagi mengurangkan jumlah prinsipal. ⁣⁣
⁣⁣
• Katakan ada seorang pelanggan yang ambik pinjaman hartanah fleksi sebanyak RM500k dan pelanggan tersebut juga ada RM400k dalam akaun semasa, faedah yang akan dikira hanyalah berdasarkan baki bersih pinjaman, iaitu sebanyak RM100k. Peminjam tu dapat jimat daripada membayar kadar faedah dari pinjaman sebanyak RM400k. ⁣⁣
⁣⁣
• Walau bagaimanapun, ada 2 kekurangan bagi pinjaman fleksi ni: ⁣⁣
i) Biasanya, kebanyakan bank akan kenakan yuran bulanan bagi maintenance akaun semasa, iaitu sebanyak RM5 hingga RM10 sebulan. ⁣⁣
ii) Tak semua bank ada tawarkan pilihan pinjaman hartanah Flexi. ⁣⁣
⁣⁣
🔰 4) GOVERNMENT LOAN/ LPPSA⁣⁣
• Ia adalah badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan pembiayaan perumahan bagi sektor awam. ⁣⁣
⁣⁣
• Marjin pembiayaan adalah sehingga 100% dengan kadar faedah 4%. ⁣⁣
⁣⁣
• Bilangan pembiayaan p**a, layak untuk pembiayaan kedua jika yang pertama selesai bayar. ⁣⁣
⁣⁣
• Ansuran bulanan perlulah tidak lebih 50% dari gaji pokok. ⁣⁣
⁣⁣
• Tempoh pinjaman p**a: pinjaman pertama 30 tahun dan pinjaman kedua 25 tahun. ⁣⁣
⁣⁣
• Had umur sehingga 90 tahun. ⁣⁣
⁣⁣
• Kelebihan pinjaman LPPSA:⁣⁣
i) Faedah atas baki pinjaman,⁣⁣
ii) ikut kaedah baki berkurangan dan⁣⁣
iii) faedah akan berkurangan setiap bulan. ⁣⁣
⁣⁣
• Kekurangan pinjaman LPPSA, kita assume market jatuh hingga 2.95% interest rate semasa pandemic, LPPSA masih kekal 4% . Tapi, once market SBR rate sampai 4.5% , LPPSA akan jadi lebih rendah daripada market. Kekurangan kedua p**a, had pinjaman sehingga RM700k saja. Sebagai contoh, beli rumah 1 juta, sama ada perlu joint loan atau bakinya perlu bayaran secara tunai. ⁣⁣
⁣⁣
🔰 5) STAFF LOAN⁣⁣
• Kebiasaannya, ia untuk staff yang kerja dengan bank. Sebagai contoh, anda adalah pekerja Maybank, dan ambil staff loan. Loan akan mudah lulus dan rate lebih rendah dari orang awam lain. ⁣⁣
⁣⁣
• Cuma kena pastikan, projek underconstruction tersebut ada panel bank dengan bank yang staff tersebut ingin mohon. Jika tiada panel bank tersebut, makan tidak boleh mohon loan untuk projek perumahan tersebut. ⁣⁣
⁣⁣
🔰 6) REFINANCE LOAN⁣⁣
• Refinance rumah bermaksud menukarkan pinjaman perumahan yang sedia ada dengan pinjaman yang baru. ⁣⁣
⁣⁣
• Selalunya, ramai yang mengambil jalan ini kerana boleh mendapatkan terma atau kadar faedah yang lebih baik, atau menurunkan bayaran ansuran bulanan. ⁣⁣
⁣⁣
• Sesetengah pemilik rumah terfikir untuk membuat refinance rumah kerana memerlukan duit lebih untuk perkara-perkara seperti:⁣⁣
- Kerja-kerja ubahsuai⁣⁣
- Membayar yuran pendidikan⁣⁣
- Membuat modal untuk mula berniaga⁣⁣
- Memerlukan bantuan perubatan⁣⁣
- Menyatukan hutang-hutang yang ada ⁣⁣
⁣⁣
• Syaratnya, value kena lebih daripada masa beli.⁣⁣
Contoh: beli RM400k , bank value dapat RM600k, refinance max.boleh pergi sampai RM600k x RM80k = RM480k. ⁣⁣
⁣⁣
Jika balance hutang bank tinggal RM200k , maka RM480k - RM200k = tunai dapat RM280k gross, sebelum potong lawyer fees + RPGT (profit gain tax). ⁣⁣
⁣⁣
🔰 Semoga perkongsian ini boleh membantu anda sekiranya anda ingin mendapatkan pinjaman perumahan untuk beli rumah baru anda. ⁣⁣
⁣⁣
Nak saya bantu?⁣⁣
▪︎▪︎▪︎▪︎⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Danial Zaman⁣⁣
⁣⁣
Website: https://dnhibahfaraid.my.canva.site/landing-page-dzh⁣⁣
WA: https://wa.link/ioe8x2⁣⁣

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Danial Zaman - Hartanah Selangor KL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Danial Zaman - Hartanah Selangor KL:

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed realtor/realty service?

Share