Surau Al-Amin Bandar Pulai Jaya 1

Surau Al-Amin Bandar Pulai Jaya 1 Religious organisation

SEMUA DI JEMPUT HADIR!😀
27/03/2018

SEMUA DI JEMPUT HADIR!😀

JADUAL MAJLIS ILMU SURAU AL-AMIN 2018
03/03/2018

JADUAL MAJLIS ILMU SURAU AL-AMIN 2018

19/01/2018

Dari Abu Hurairah RA., ia berkata, “Nabi SAW. bersabda, Allah SWT. berfirman, ‘Wahai anak Adam, sempatkanlah diri kalian untuk beribadah kepada-Ku, maka Aku akan penuhi dadamu dengan kekayaan dan Aku tutupi kekafiranmu; dan jika engkau tidak melakukannya, Aku akan penuhi dadamu dengan kesibukan dan Aku tidak akan menutup kekafiranmu’.” (HR. Ahmad, ‘Isaamuddin As-Sabaabati, Jaamiul Ahaadiisil Qudsiyyati, Jilid 3, t.t: 296-297).

Ustaz Kamaruzzaman NikPengajian Tajwid dan Tarannum Al-Quran
13/01/2018

Ustaz Kamaruzzaman Nik
Pengajian Tajwid dan Tarannum Al-Quran

13/01/2018

Tadabbur Surah al-Faatir ayat 32~35

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ (٣٢)
Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya p**a ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). (32)

Allah telah menggunakan perkataan Al-Quran tu “diwarisi” yang lazimnya dapat difahami dengan sesuatu yang berharga yang mana lazimnya bagi seorang manusia akan mewariskan sesuatu yang bernilai. Namun, sejauh mana kita merasakan yang Al-Quran itu sesuatu yang berharga dalam hidup kita. Untuk memudahkan penilaian kita, tanya dalam diri “sepanjang aku hidup, apa yang paling berharga aku pernah dapat?”. Adakah kita termasuk dikalangan hamba-hambaNya yang terlilih?

Kemudian dalam ayat ini Allah S.W.T mengkategorikan hamba-hambaNya ada diantaranya yang bersikap zalim kepada dirinya sendiri, sederhana dan bersegera dalam melakukan kebaikan. Ulama’ membahaskan urutan tersebut adalah berdasarkan jumlah paling banyak sehingga yang paling sedikit. Mereka yang zalim kepada diri sendiri diterjemahkan keburukan melebihi kebaikan, sederhana adalah keburukan sama banyak dengan kebaikan, manakala yang terbaik adalah kebaikan lebih banyak daripada keburukan.

Dan sekali lagi diulang, bahawa Allah S.W.T telah menjadikan Al-Quran itu suatu kurniaan yang besar. Namun, adakah kita menjadikan Al-Quran itu suatu kurniaan yang besar?

جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ۬ يَدۡخُلُونَہَا يُحَلَّوۡنَ فِيہَا مِنۡ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ۬ وَلُؤۡلُؤً۬اۖ وَلِبَاسُہُمۡ فِيہَا حَرِيرٌ۬ (٣٣)
(Balasan mereka ialah) Syurga-syurga "Adn", yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera. (33)

Ayat ini betul-betul menginsafkan kita betapa maha pemurah dan maha pengampunnya Allah S.W.T. walaupun kebanyakan dari kalangan hamba-hambaNya yang bersikap menzalimi diri mereka, namun mereka masih berpeluang untuk masih kedalam Syurga Allah S.W.T.

Ayat ini juga menerangkan bahawa antara yang menjadi tarikan kepada manusia adalah berupa perhiasan dan pakaian yang cantik. Maka semua ini disediakan kepada hamba-hambaNya di dalam syurga nanti.

وَقَالُواْ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِىٓ أَذۡهَبَ عَنَّا ٱلۡحَزَنَۖ إِنَّ رَبَّنَا لَغَفُورٌ۬ شَكُورٌ (٣٤)
Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat); (34)

Hamba-hambaNya pada ketika dikurniakan syurga memuji-muji Allah kerana menghilangkan kesedihan mereka. Allah menerangkan 2 sifatnya disini iaitu yang maha pengampun dan yang maha mensyukuri yang akan membalas kebaikan hamba-hambaNya yang menurut peraturanNya didunia dahulu dengan Syurga.

ٱلَّذِىٓ أَحَلَّنَا دَارَ ٱلۡمُقَامَةِ مِن فَضۡلِهِۦ لَا يَمَسُّنَا فِيہَا نَصَبٌ۬ وَلَا يَمَسُّنَا فِيہَا لُغُوبٌ۬ (٣٥)
Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal, dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ dan Kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu. (35)

Nombor Talifon Petugas Khairat Kematian bagi kawasan Kangkar Pulai
12/01/2018

Nombor Talifon Petugas Khairat Kematian bagi kawasan Kangkar Pulai

Makluman Tentang Pembayaran Yuran Khairat Kematian Bagi Tahun 2018..Bayaran Juga Boleh Dibuat Kepada En Lokman Bin Mahbob - 012-795 8512 Dan Nama Juru Pungut Khairat Kematian ( Jan 2018-Dis 2018 ) Bagi Setiap Kawasan Ada Dilampirkan di Bawah..Diingatkan Bahawa Kadar Bayaran Khairat Kematian Adalah Sebanyak RM 30.00 Setiap Ahli..

11/01/2018

Tadabbur Surah al-Faatir ayat 27~28

أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً۬ فَأَخۡرَجۡنَا بِهِۦ ثَمَرَٲتٍ۬ مُّخۡتَلِفًا أَلۡوَٲنُہَاۚ وَمِنَ ٱلۡجِبَالِ جُدَدُۢ بِيضٌ۬ وَحُمۡرٌ۬ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُہَا وَغَرَابِيبُ سُودٌ۬ (٢٧)
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang p**a ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam; (27)

وَمِنَ ٱلنَّاسِ وَٱلدَّوَآبِّ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ مُخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ كَذَٲلِكَۗ إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰٓؤُاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ (٢٨)
Dan demikian p**a di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (28)

Dalam 2 ayat ini, Allah telah mendatangkan contoh-contoh ciptaan-Nya yang menunjukkan kebesaran-Nya yang tidak dapat dicipta atau ditandingi oleh manusia. Dapat difahami juga bahawa, dengan menghayati kejadian alam akan membawa seseorang mengakui bahawa alam ini tidak terjadi dengan sendirinya melainkan ada pencipta yang maha agung iaitu Allah S.W.T.
Dalam ayat 28, dapat difahami bahawa dikalangan hamba-Nya yang takut kepada-Nya adalah dikalangan ilmuan. Mereka mempunyai pengetahuan tentang Allah, sifat-sifat Allah. Semakin mereka mengenal Allah semakin tinggi ketakutan mereka kepada-Nya. Juga dapat difahami dari ayat ini, hamba-Nya dapat mengenal Allah S.W.T melalui nama-nama Allah yang telah disebutkan dalam Al-Quran. Di penghujung ayat ini, Allah menyatakan 2 sifat-Nya iaitu yang maha kuasa dan maha pengampun.

Bagi kita perlu difikirkan, ketika ini adakah benar-benar kita kenal Allah? Sejauh mana berusaha kita untuk mengenal Allah? Jika jawapannya belum, jadi memanglah kita belum lagi takut akan Allah.

Biografi Imam al-Hafiz an-NawawiNama penuh beliau adalah al-Imam, al-Hafiz, Syaikhul Islam, Muhyiddin, Abu Zakaria, Yahy...
10/01/2018

Biografi Imam al-Hafiz an-Nawawi

Nama penuh beliau adalah al-Imam, al-Hafiz, Syaikhul Islam, Muhyiddin, Abu Zakaria, Yahya bin Sayraf, bin Muri, bin Hasan, bin Husain, bin Muhammad, bin Jumah, bin Hizam an-Nawawi
Lahir pada bulan Muharram 631 H di Nawa, Damascus.
Hijrah ke kota Damascus bersama ayahnya ketika berusia 19 tahun dan ayahnya berusia 49 tahun. Disana dia belajar di Madrasah Rawahiyyah. Dalam masa 4, 5 bulan beliau telah menghafal al-Tanbih (kitab fiqh dalam mazhab Syafei) dan 1/4 ibadat dari kitab al-Muhadzab di baki berikutnya pada tahun itu. Minatnya yang terlalu mendalam terhadap ilmu membuatkan beliau jarang bergaul dengan kebanyakan orang.
Terlalu banyak karya yang telah di hasilkan oleh Imam an-Nawawi semasa haytanya. Antara kitab yang utama adalah:
1. Syarh Sahih Muslim,
2. Riyadus Solihin,
3. al-Adzkar,
4. al-Arba’in,
5. al-Tibyan dan Mukhtasarnya,
6. al-Minhaj,
7. al-Raudhah,
8. al-Fatawa,
9. al-Idhah,
10. al-Ijaz,
11. al-Irsyad,
12. al-Taqrib,
13. al-Mubhamat,
14. Thabaqul Fuqaha’
15. Tahdzibul Asma’ wal Lughat,
16. Mukhtasar Usudul Ghabah, Manaqibuss Syarh
17. Dan banyak lagi Syarh kitab-kitab Ulama’ sebelumnya.

Menurut al-Imam adz-Zahabi menyatakan bahawa berkumpulnya 3 ciri besar tokoh jarang di jumpai pada mana-mana tokoh. Imam an-Nawawi adalah seorang yang sangat alim, seorang yang sangat warak & zuhud dan seorang yang menyuruh kepada yang ma’fruf dan mencegah kepada yang mungkar. Beliau tidak menyukai kesenangan peribadi seperti berpakaian indah, makan minum lazat dan nampak mewah.

Beliau selalu berusaha untuk melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar sekalipun terhadap penguasa. Selalu mengirim surat kepada mereka agar berlaku adil dalam pemerintahan, menghapuskan cukai dan mengembalikan hak kepada ahlinya.
Beliau kembali ke kampung halamannya di Nawa pada 676H sesudah mengembalikan semua kitab yang dipinjamnya dari sebuah badan wakaf, selesai menziarahi makam para guru beliau dan bersilaturrahim dengan sahabat beliau yang masih hidup. Pada hari keberangkatan beliau telah ditanya, “bila kita boleh bermuwajjah kembali?” beliau menjawab,” Setelah 200 tahun”. Akhirnya mereka faham yang dimaksudkan beliau adalah hari Kiamat.
Beliau kemudiannya menziarahi makam orang tuanya di Baitul maqdis dan makam al-Khalil a.s (Nabi Ibrahim a.s) sebelum meneruskan perjalanan ke Nawa. Di sanalah beliau jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia pada Rejab 676H. Dikatakan seluruh Damascus menangisi pemergian beliau. Sesungguhnya dunia benar telah kehilangan seorang ulama’ yang besar ketokohannya yang tiada gantinya. Semoga dapat kita mencontohi keikhlasan, kesungguhan dan kecintaan beliau terhadap ilmu pengetahuan yang akhirnya mebawa kita mengenal Allah S.W.T.

Ustaz Tuan Haji Mohd Rafee Bin Syed ZainalPengajian Kitab Bulughul Maram dan Riyadhus Solihin
08/01/2018

Ustaz Tuan Haji Mohd Rafee Bin Syed Zainal
Pengajian Kitab Bulughul Maram dan Riyadhus Solihin

06/01/2018

Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Merasai Mati
Daripada Sahl bin Sa'ad, dia berkata, "Jibril a.s datang menemui Nabi S.A.W lalu berkata, "Wahai Muhammad! Hiduplah sesukamu, (tetapi) ingatlah sesungguhnya kamu akan mati. Cintailah orang yang kamu cintai, (tetapi) ingat sesungguhnya kamu akan berpisah dengannya. Dan beramallah sesukamu, (tetapi) ingat sesungguhnya engkau akan mendapat balasan atas amal itu." Selanjutnya Jibril berkata, "Wahai Muhammad! Kemuliaan seorang mukmin ialah Qiamul-lail (solat malam), dan kehormatannya ialah dia tidak memerlukan bantuan manusia."
Hadis Riwayat Al-Hakim, Al-Mustadrak 'Ala Sahihaini, Juz 4, No Hadis 8002: 469.

Address

Jalan 2/2, Bandar Pulai Jaya
Singapore
81300

Telephone

+60197181017

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Amin Bandar Pulai Jaya 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category