27/04/2022
Kalau kita ada tanah ke rumah nak jual, jangan demand macam-macam bila ada buyer yang berminat.. kurangkan ego, kurangkan syarat, kurangkan kesukaran pembeli untuk pastikan urusan berjaya.. 10 perkara buyer kena memahami seperti mana buyer pernah lalui dulu..
1. Adakala bila deposit terlalu tinggi, sampai 10%, buyer bukan orang senang nak kumpul deposit setinggi itu, bila dia check layak loan dapat pembiayaan 100%, terima 3% pun ok masa sain perjanjian untuk jaminan agent..
2. Kalau buyer nego minta murah, bertoleransi sikit dengan cuba mengurangkan sedikit harga agar kedua-dua pihak berada dalam win-win situation.
3. Jangan ego dengan harga yang dah set dalam fikiran kita mesti nak ada untung RM100k contohnya sedangkan market value tak capai pun harga yang kita nak jual..
4. Jangan minta buyer buat side agreement dengan meminta agar harga jualan berlainan dengan S&P kononnya nak kurangkan cukai RPGT.. kerana buyer mohon loan mengikut harga yang tertera dalam 14A..
5. Benarkan markup loan kepada buyer kerana adakala banyak kos yang terlibat tidak mampu disediakan pihak buyer dan cuma mengharapkan lebihan cash untuk backup.
6. Baikilah kerosakan sekiranya ada termaktub dalam perjanjian.. kerana ada owner bila nak serah kunci sempat ambil kipas, kabinet dapur, gril besi sedangkan ketika viewing rumah dijual secara as is basis..
7. Memudahkan urusan buyer dengan tidak menghalang buyer untuk viewing, jika ada penyewa maklumkan kepada penyewa rumah akan dijual, dan beri laluan kepada bakal buyer untuk datang side visit.. ini kerana ramai owner lebih sayangkan penyewa dari bakal buyernya..
8. Lantiklah seberapa ramai pun agent untuk mempercepatkan jualan, dan jangan kerap tanya agent dah ada orang tanya ke, dah ada orang nak tengok ke.. kesukaran hari ini ialah mendapatkan buyer yang berpotensi.. kerana syarat loan yang semakjn ketat
9. Mudahkan urusan buyer yang berjaya, jika ada buyer yang dah lulus loan, dan hanya menunggu loan disburse, jika mereka mohon untuk dapatkan kunci terlebih dahulu, berikan je kunci walau kenakan kadar sewa yang minimum, kerana adakala mereka terdesak untuk mencari tempat tinggal lain..
10. Sama-sama bantu pihak buyer untuk follow up fail, contoh seperti kes mb consent ke, progress loan ke, progress bicara kuasa ke, progress untuk dapatkan kebenaran menjual ke.. dan jangan hanya harap dari side pembeli sahaja, kerana urusan jual beli ini sebenarnya melibatkan tahap konsisten yang tinggi kedua-dua blah pihak.
So semoga memberi manfaat kepada semua agar segala urusan dipermudahkan.