KĀJĪ BŪKĀN KĒJĪ

KĀJĪ BŪKĀN KĒJĪ kebenaran itu satu kepahitan

05/11/2023


05/11/2023

Kabar angin game nk start blik?... tiber tringat gambar ni🤣
27/09/2023

Kabar angin game nk start blik?... tiber tringat gambar ni🤣

Problem solved     👌
25/07/2023

Problem solved 👌

'Doktor, saya bukan isteri. Tapi saya bekas isteri.'Wajah wanita itu sayu melihat lelaki yang terlantar di atas katil IC...
01/04/2022

'Doktor, saya bukan isteri. Tapi saya bekas isteri.'

Wajah wanita itu sayu melihat lelaki yang terlantar di atas katil ICU.

Wanita itu diceraikan pada umur 50 tahun, setelah 25 tahun bersama lelaki yang terbaring koma diatas katil.

'Saya minta maaf, boleh saya bertanya anak anak puan di mana?'

'Anak kami 2 orang doktor, tetapi anak semua dah besar. Mereka tak mahu datang melawat ayahnya'

Kenapa?

'Sejak kami bercerai anak anak menjauh hati dari ayahnya doktor.'

Dia menangis teresak esak.

'Jadi siapa waris yang ada sekarang ini?'

'Dia dah kahwin setahun lepas. Ada isteri baru. Tapi setahu saya isterinya dah lama tinggalkan bekas suami saya sejak kakinya membusuk 2 bulan lalu'

Kepala aku makin pening. Namun, masih bersabar melayankan wanita di hadapan mataku ini.

Di saat lelaki ini terdampar koma di atas katil ICU, sudah menjadi tugasku untuk mencari dan mengenalpasti siapakah waris. Segala perihal pesakit, surat menyurat, kebenaran untuk rawatan perlu dibincangkan dengan waris.

Bukan sekali aku jumpa keluarga yang berantakan di lanjut usia. Banyak..

Kenapa?

Kerana lupa diri.

Ramai yang berkata 'wanita diuji sewaktu suaminya susah, lelaki p**a diuji sewaktu dia sudahpun senang'.

Itulah yang aku selalu lihat di depan mata.

Wanita yang diceraikan kerana suaminya gelap mata. Bila anak sudah besar, duit sudah tidak kemana. Rezeki p**a makin mudah. Kerja dan syarikat syarikat semuanya sudah stabil. Perkeja ramai. Hanya rileks rileks dan kaut untung sahaja.

Masa banyak. Duit banyak.

Jadi, hati pun kembali muda.

Maka ramailah betina yang tergedik gedik ingin menjadi pendengar setia masalah keluarga.

Mula mula berbual, lepas itu bercerita hal masalah suami isteri. Kemudian perasaan itu berubah menjadi kasihan dan lama kelamaan curang itu semakin dekat.

'Jadi puan datang ke sini bagaimana? '

'Mak mentua saya yang beritahu. Dia pun tak sihat, kena stroke'

'Saya datang sebagai tanda hormat lelaki ini pernah saya hidup denganya berpuluh tahun. Sedih saya lihat keadaannya doktor.'

'Tapi saya ini bukan siapa pada dia. Hanya bekas isteri. Menjaga dia pun bukan tanggungjawab lagi. Apa lagi nak buat keputusan bagi pihak dia.'

'Baiklah puan, puan duduk dan rehatlah di sini. Tenangkan diri'

Aku tinggalkan wanita itu melayan perasaannya. Biarlah airmatanya gugur.

Keesokan harinya lelaki itu meninggal dunia.

Seorang diri, hanya kami yang mengajar kalimat suci ditelinga.

Tanpa keluarga.

Tanpa isteri... Atau lebih elok disebut bekas isteri.

Tanpa isteri muda yang sudah lari.

Tanpa anak anak yang menjauh hati.

Tanpa ibunya yang juga sakit, tidak boleh bergerak sendiri.

Hanya dia dan kami.

Kami kemas jenazah itu untuk dibawa pergi ke bilik mayat, tanpa waris yang mengiringi.

Entah siapa yang tuntut kemudiannya, saya pun tak pasti.

Tua sepatutnya menjadikan kita lebih dekat dengan keluarga, lebih dekat dengan Tuhan.

Dr Nurilyani Bujang
Air mata insaf di ICU

Semoga bermanfaat.Aamiin

30/03/2022

Mungkin org kaya mampu membeli segalanya. Tapi tidak semua org kaya yg mampu membeli ADAB

28/03/2022
20/02/2022

18/02/2022

Terkezut meloncat paklong😆

16/02/2022

Kebakaran Kereta di Jalan Syed Omar, Kg. Syed Omar, Kangar, Perlis.

Bomba terima panggilan jam 08.49 malam. Balai Bomba & Penyelamat Kangar ke lokasi kejadian didapati terdapat sebuah Kereta telah terbakar. Kebakaran melibatkan sebuah kereta Perodua Alza yang telah terbakar hampir 90% .
Terdapat seorang mangsa lelaki berbangsa cina yang terbakar hampir 80% dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam.
Pasukan Bomba bertindak memadamkan kebakaran sehingga selesai dan mangsa yang cedera dan terbakar tersebut telah dihantar ke hospital oleh pihak ambulan. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 21:44:04.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sumber : Bomba Perlis

Hello komuniti H**p Malaysia 🤝Kepada sesiapa yg percaya bahawa H**p itu bukan dadah dan h**p bukannya dlm golongan g***a...
14/07/2021

Hello komuniti H**p Malaysia 🤝
Kepada sesiapa yg percaya bahawa H**p itu bukan dadah dan h**p bukannya dlm golongan g***a, diharap dapat meninggalkan semua budaya g***a & yg berkaitan dgnya supaya kekal berada di group-group yg lain ataupun di LUAR daripada vibrasi group ini. Group ini dibangunkan dengan fokus yg penting dan ia mungkin akan mengambil masa. Semua kerjasama dan peranan mahupun penglibatan kamu semua amat dialu-alukan dan sama-sama berusaha supaya ia dapat membantu lebih ramai masyarakat di Malaysia memahami aspek kelestarian dalam konteks H**p Industri.
Semoga segala perkongsian dlm group ini dpt memberikan kebaikan & faedah kepada semua yang baru mahu belajar ttg H**p Industri. Beri peluang kepada mereka dan ramai lagi rakyat Malaysia yang mungkin masih keliru.
Posting yg menjurus kepada budaya g***a akan kekal di hentikan dlm group H**P MALAYSIA . Ini supaya dapat kami membantu dlm penambahbaikan serta memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia dlm menjalani kehidupan yg lebih baik & sihat tanpa dadah. - M Johan
Terimakasih 🙏
**pUntukSemua

Address

Richards Bay

Opening Hours

Wednesday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KĀJĪ BŪKĀN KĒJĪ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category