02/09/2026
Kebelakangan ini, kita sering mendengar tentang kemalangan yang berlaku di lebuh raya, khususnya melibatkan motosikal dan kereta, terutama di emergency lane ketika musim perayaan dan cuti sekolah apabila trafik sangat sesak.
Kepada para penunggang motosikal, sentiasa fokus, berhati-hati dan kurangkan kelajuan, terutama ketika melalui emergency lane. Jangan ambil risiko hanya kerana ingin sampai lebih cepat.
Kepada para pemandu kereta p**a, jangan sesekali masuk atau menukar laluan secara mengejut, lebih-lebih lagi ke emergency lane. Pastikan anda memeriksa keadaan sekeliling sebelum menukar lorong.
Ingatlah, lebuh raya bukan tempat untuk berlumba. Di rumah, ada keluarga yang sedang menunggu kep**angan kita.
Jadilah pengguna jalan raya yang berhemah. Patuhi undang-undang dan utamakan keselamatan.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PDRM, petugas hospital dan anggota bomba yang bertungkus-lumus bertugas sepanjang musim perayaan ini.
Semoga kita semua sampai ke destinasi dengan selamat dan dapat kembali kepada keluarga yang tersayang.
Pandu cermat, ingat keluarga. Jangan jadikan perjalanan terakhir kita.
God bless Malaysia