26/10/2026
“Menyesal dulu duk tangguh-tangguh nak beli rumah. Leni bila nak beli, bayaran bulanan dah jadi mahal. Tapi kena beli jugak sebab dah takmau hidup menyewa…” 🥹
Haaaaa… ayat ni nampak biasa, tapi sebenarnya ramai yang sedang lalui benda yang sama.
Dulu masa harga rumah masih rendah, rasa macam belum bersedia. Rasa nak kumpul duit lebih dulu. Nak tunggu gaji naik. Nak tunggu kewangan stabil. Nak tengok dulu macam mana keadaan.
Tahun demi tahun berlalu…
Harga rumah makin naik. Gaji mungkin naik sikit, tapi harga rumah pun dah naik banyak. Akhirnya, rumah yang dulu mampu dibeli dengan ansuran yang lebih rendah, sekarang kena bayar lebih mahal setiap bulan.
Yang paling sedih, bukan sebab tak pernah ada peluang. Tapi sebab peluang tu pernah ada, cuma kita sendiri belum berani ambil langkah.
Dulu boleh pilih rumah ikut bajet. Sekarang terpaksa sesuaikan bajet dengan harga rumah semasa.
Dulu boleh rancang nak beli rumah yang selesa. Sekarang mungkin kena kecilkan pilihan sebab harga dah tak sama macam dulu.
Dan bila dah terlalu lama menyewa, kita mula terfikir…
Sampai bila nak bayar rumah orang? Sampai bila nak berpindah bila tuan rumah nak jual? Sampai bila nak bayar sewa setiap bulan, sedangkan kita masih belum ada rumah sendiri?
Akhirnya, walaupun bayaran bulanan dah lebih tinggi daripada yang kita boleh dapat beberapa tahun lepas, kita tetap kena mula mencari rumah sebab keperluan hidup tak boleh ditangguhkan selamanya.
Tiqa bukan kata menyewa tu salah. Bukan juga semua orang wajib beli rumah sekarang.
Ada masa, menyewa memang pilihan yang lebih bijak, terutama kalau kewangan belum stabil.
Tapi kalau hampa memang dah ada niat nak beli rumah, dah ada pendapatan yang sesuai dan kewangan mengizinkan, jangan biarkan niat tu sekadar tinggal niat tanpa usaha untuk merancang.
Tak perlu terus beli rumah mahal. Mula dengan rumah yang hampa mampu. Kira komitmen, sediakan simpanan dan semak kelayakan pembiayaan terlebih dahulu.
Kalau rumah pertama tu sesuai dijadikan aset sewaan pun, boleh pertimbangkan strategi tu berdasarkan lokasi, permintaan sewa dan kira-kira sebenar.
Sebab dalam hartanah, kita tak boleh kawal harga pasaran, tapi kita boleh kawal bila kita mula belajar, merancang dan mengambil tindakan.
Jangan tunggu sampai menyesal baru nak mula. Jangan juga terburu-buru sampai terbeban bertahun-tahun.
Beli rumah bukan perlumbaan siapa paling cepat. Tapi bila dah bersedia, jangan sampai terlalu lama menunggu hingga pilihan yang dulu mampu, akhirnya di luar kemampuan. 🏡❤️
— Tiqa Fendy | Perunding Hartanah