19/11/2026
MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN
SEMPENA MAJLIS IM20 KENDURI RAKYAT RUMAH ISKANDAR MALAYSIA
Dimaklumkan bahawa penutupan jalan akan dilaksanakan di hadapan Pejabat Rumah Iskandar Malaysia pada ketetapan berikut:
Tarikh: 21 November 2026 (Sabtu)
Masa: 7.00 pagi hingga 2.00 petang.
Manakala, satu (1) laluan di sebelah kiri dari A1 menuju ke A21 akan ditutup dan digunakan sementara bagi program IM20 Fun Walk, bermula dari jam 8.00 pagi sehingga selesai.
Segala kesulitan yang timbul amat dikesali. Pihak pengurusan mengucapkan terima kasih atas kerjasama, perhatian dan kesabaran semua penduduk.
Sekian, terima kasih.
Pihak Pengurusan
Rumah Iskandar Malaysia