15/07/2026
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 (LPPSA) 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐈𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔
Khamis | 9 Julai 2026
Kontinjen Pulau Pinang telah menganjurkan Taklimat Program Literasi Kewangan dan Perancangan Aset Penjawat Awam 2026 yang disampaikan oleh wakil Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang di Dewan Mutiara, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.
Program ini bertujuan meningkatkan tahap literasi kewangan dalam kalangan warga PDRM melalui pendedahan berkaitan pengurusan kewangan yang berhemah serta perancangan aset yang sistematik bagi menjamin kestabilan kewangan pada masa hadapan.
Antara pengisian utama taklimat termasuk penerangan mengenai kemudahan pembiayaan perumahan yang ditawarkan oleh LPPSA, pengurusan komitmen kewangan secara berhemah, perancangan pemilikan hartanah, strategi pembinaan aset jangka panjang serta usaha meningkatkan kesedaran kewangan dalam kalangan penjawat awam.
Penganjuran program ini diharapkan dapat membantu warga PDRM membuat keputusan kewangan yang lebih bijak, mengurus komitmen kewangan dengan lebih berkesan serta merancang pemilikan aset secara mampan demi kesejahteraan diri dan keluarga.
Jurugambar : Kpl Mohd Zaidillah (HEA/HEPP IPK Pulau Pinang)