11/08/2022
Gaji kecik, boleh ke beli rumah?
Ini soalan paling popular.
Ramai yang takut gaji kecil tak lepas loan nak beli rumah.
Now, solution dia mudah. Korang pun tahu apa nak buat kalau income kecil kan?
Tambah income.
Tapi aku tak nak ulas sangat pasal tambah income ni.
Man jadda wa jadda - siapa berusaha, dia dapat.
Cuma aku lebih s**a bawa mindset korang ke satu level lebih advance sikit.
Gaji kecil vs. Gaji besar
Gaji besar tak semestinya banyak duit, boleh beli rumah banyak. Here's why?
Let say, gaji RM10,000 sebulan. Beli 2 biji rumah.
Tapi semua rumah negative cashflow RM2,000 - RM3,000 sebulan!
Jadi separuh daripada gaji dia dah habis buat bayar loan rumah.
Tak termasuk komitmen lain-lain lagi.
Korang rasa dia boleh beli rumah lagi?
Confirm tak lepas. DSR dah burst!
Versus.
Orang gaji lebih kecil RM3,000 sebulan. Beli 1 biji rumah.
Dapat positive cashflow RM300 setiap bulan.
Dari income RM3,000 jadi RM3,300 sebulan.
Boleh beli rumah lagi? Boleh.
Beli lagi sebiji. Dapat lagi positive cashflow lagi RM300 sebulan.
Income dah naik jadi RM3,600.
Boleh beli rumah lagi? Boleh.
Beli lagi sebiji. Dapat lagi positive cashflow RM300 sebulan.
Income dah naik jadi RM3,900.
Ulang-ulang benda yang sama.
Now, orang yang gaji kecil income dia semakin bertambah. Rumah pun bertambah.
Berbanding orang gaji besar tadi, dia stuck kat 2 biji rumah itu sahaja.
Apa beza orang gaji kecil vs. orang gaji besar di atas ni?
ILMU. KNOWLEDGE.
Tak guna gaji besar, tapi tak ada ilmu. Beli rumah rugi.
Tak semestinya gaji kecil tak boleh beli rumah.
Carilah ilmu dulu sebelum melabur.
"The best investment is to invest in yourself"