Taqi hartanah

Taqi hartanah jual beli hartanah, tak kira subcon atau subsale, sewa juga

22/02/2022

Insurans MRTT adalah MUSTAHAK bila anda membuat pinjaman perumahan. Pastikan anda mengambilnya bagi mengelakkan waris terbeban.

Cp hartanah dan anda

Berhati-hati bila renovate rumah tu. Jangan sampai terlebih masuk sempadan jalan awam. Kalau nak extend beranda atau por...
21/02/2022

Berhati-hati bila renovate rumah tu. Jangan sampai terlebih masuk sempadan jalan awam. Kalau nak extend beranda atau porch pun make sure tak terlebih masuk ke sempadan luar rumah.

Bukan sahaja boleh kena kompaun oleh pihak berkuasa tempatan, malah kena robohkan p**a struktur tu.

Seksyen 33 Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 (Akta 133)

Unjuran dari rumah tidak dibenarkan

33. (1) Pihak berkuasa tempatan boleh memberi notis secara bertulis kepada pemunya atau penduduk sesuatu rumah atau bangunan supaya memindahkan atau mengubah mana-mana unjuran, langgar sempadan atau halangan yang telah atau mungkin didirikan atau diletakkan pada atau di hadapan rumah atau bangunan itu, jika unjuran, langgar sempadan atau halangan itu mengunjur ke atas mana-mana jalan awam atau menjulur ke dalam mana-mana jalan awam atau dengan apa cara jua mengunjur ke dalam mana-mana jalan awam atau melanggar sempadan mana-mana jalan awam atau adalah menjadi suatu halangan kepada keselamatan dan kesenangan lalu-lalang di sepanjang mana- mana jalan awam atau menghalang atau mengunjur ke dalam atau ke atas mana-mana akuadak, parit atau betung dalam jalan itu.

Unjuran dari rumah hendaklah dihapuskan

(2) Pemunya atau penduduk itu hendaklah, dalam masa empat belas hari atau dalam masa yang dilanjutkan sebagaimana yang dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan, selepas disampaikan notis itu kepadanya, menghapuskan unjuran, langgar sempadan atau halangan itu atau mengubah unjuran, langgar sempadan atau halangan itu dengan cara sebagaimana yang diarahkan di dalam notis itu.

Cnp

Yang mana satu pilihan hati
20/02/2022

Yang mana satu pilihan hati

Cantik kan, tema hitam putih
15/02/2022

Cantik kan, tema hitam putih

Disebabkan ramai yang bertanya dan keliru tentang Deposit Rumah (10%), Saya akan bincang dan buat satu contoh mudah untu...
14/02/2022

Disebabkan ramai yang bertanya dan keliru tentang Deposit Rumah (10%),
Saya akan bincang dan buat satu contoh mudah untuk kita faham.
!!! CONTOH 1 !!!

🔴HARGA RUMAH RM100,000 #
BANK VALUE RM100,000 #

âš« LOAN BANK 90% RM90,000 #
(Bank Value)
DEPOSIT 10% RM10,000 #

🔴KOS SAMPINGAN 5%-7%
dari Bank Value RM7,000 #
(TERMASUK KOS
GUAMAN S&P,
STAMPING dll)

🔵TOTAL DUIT PERLU RM17,000 #
ADA DI TANGAN
[10% Deposit + Kos
Sampingan]

âš« Jika simpanan EPF akaun/2 mencukupi , pembeli tidak perlu lagi mengeluarkan duit

🔴 Jika simpanan EPF akaun/2 cuma separuh (RM8500) daripada RM17000, jumlah tunai yang perlu ada hanyalah separuh daripda baki tersebut iaitu (RM8500) lagi.

€ Bilakah bayaran dibuat dan kepada siapakah duit dibayar?

🔴:- Jumlah baki bayaran adalah sewaktu Perjanjian Jual Beli (S&P) .
Urusan Deposit pembayaran adalah melalui lawyer sahaja.
🌺Pecahan bayaran
3.18%-Agensi Hartanah
6.82%-Lawyer

Harap dengan sedikit pencerahan yang serba ringkas dan tidak seberapa ini dapat membantu kekeliruan tuan puan yang ingin membeli rumah.

Cp aslinda

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

Satu persoalan C&p aslinda
13/02/2022

Satu persoalan

C&p aslinda

09/02/2022

BAGAIMANA NAK TUKAR NAMA PEMILIK DALAM GERAN TANAH YANG TELAH MENINGGAL DUNIA?

Arwah emak saya ada 1/2 bahagian tanah. Semasa beliau hidup beliau kata nak serahkan tanah tersebut kepada saya. Adik beradik lain tak de bantahan.

Jadi macam mana cara untuk saya nak tukar milik tanah tu kepada nama saya selepas beliau meninggal dunia?

Jawapan secara umum:

1. En kena failkan permohonan pusaka terlebih dahulu di pejabat pusaka kecil untuk bahagian tanah arwah emak tersebut.

2. Selepas itu pejabat pusaka kecil akan keluarkan perintah pusaka dengan menetapkan bahagian setiap waris yang berhak terhadap tanah pusaka tersebut.

3. Bawak perintah pusaka itu ke pejabat tanah untuk di daftar turun milik.

4. Selepas itu barulah nama setiap waris akan ada dalam geran.

5. Jika semua waris setuju untuk serahkan bahagian mereka kepada nama encik seorang sahaja, semasa bicara pusaka di pejabat pusaka kecil, kena maklum kepada pegawai pusaka akan hasrat semua waris tersebut dan ianya akan direkodkan dalam perintah pusaka.

6. Jika semasa hidup arwah ada buat sebarang dokumentasi yang mengesahkan pemberian bahagian tanah tersebut kepada encik, semasa bicara pusaka sila kemukakan dokumen tersebut kepada pegawai pusaka.

7. Jika tiada dokumen atau dokumen hilang untuk mengesahkan perkara tersebut atau waris-waris lain membantah tentang pembahagian tersebut, maka encik perlu dapatkan perintah mahkamah untuk mengesahkan bahawa arwah telah memberikan bahagian tanah tersebut kepada encik semasa beliau masih hidup. Terp**ang kepada pejabat pusaka untuk membuat keputusan.

** Ini adalah prosedur ringkas bagaimana untuk membolehkan nama si mati dalam geran ditukarkan kepada nama si waris. Untuk prosedur yang terperinci boleh rujuk terus dengan pejabat pusaka kecil, atau peguam pusaka atau perunding pusaka.

Credit to : SALKUKHAIRI ABD SUKOR

29/06/2021

Pelaburan hartanah bukan lah satu perkara yang susah.

Syaratnya kena ada MINAT & RAJIN.

Sebabnya, banyak kerja yang diperlukan seperti berikut :

1. Research kawasan
2. Cari deal yang bagus
3. Viewing, viewing & more viewing
4. Uruskan proses pembelian & pinjaman
5. Renovate rumah
6. Repair work & maintenance
7. Proses mendapatkan penyewa
8. Menguruskan penyewa
9. Uruskan hal2 berkaitan cukai

Siapa cakap jadi 'TUAN TANAH' goyang kaki, collect sewa jer. Banyak kerja ni...

Pada yang tak cukup masa atau tak s**a buat kerja2 diatas, saya cadangkan stick to pembelian untuk kegunaan sendiri.

Lagi pun, HARTANAH bukan lah satu2nya cabang investment. Pilihnya mana yang anda minat. Diversify adalah lebih bagus.

Daripada dato.rina zaabar

Ini ada satu tip bagaimana nak sejukkan rumah, sekarang musim panas kan
23/06/2021

Ini ada satu tip bagaimana nak sejukkan rumah, sekarang musim panas kan

ADA pelbagai cara nak sejukkan rumah tanpa menggunakan penghawa dingin.

23/06/2021

Selamat pagi teman mari sama2.kita berdoa agar hari ini lebih baik dari semalam aaamin

22/06/2021

Selamat datang ke taqi hartanah ,banyak lagi info2.berguna akan di tambah tidak.lama lagi

Tip hasil.sewa rumah ,bijakkkan
21/06/2021

Tip hasil.sewa rumah ,bijakkkan

Address

Putrajaya
62250

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+601135931976

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taqi hartanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Taqi hartanah:

Share

Category